Sudah seminggu yang lalu semenjak Tzuyu pulang dari hospital. Tapi kehidupan TWICE tidak seperti biasanya. Hal itu menyebabkan banyak rumor-rumur yang beredar mengatakan TWICE telah berpecah belah. Ada juga artikel yang mengatakan TWICE hanya berpura-pura menjadi kawan dihadapan fans nya.Ada sebahagian fans TWICE yang menyedari hubungan Nayeon, Jihyo dan Jeongyeon menjadi semakin renggang. Hal ini telah menyebabkan fans mereka berasa kecewa dengan TWICE.
*Dibilik Jeongyeon dan Momo*
"Jeongie." panggil Momo dan Jeongyeon pon memberhentikan aktiviti bermain telefonnya.
Ya Jeongyeon masih lagi tinggal bersama TWICE berkat pujukan daripada para maknae yang disayanginya.
"Hmm?" sahut Jeongyeon singkat. "Jeongie kenapa semanjak ni Momo tengok Jeongie banyak diamkan diri."
tanya Momo dengan serius." Saja...kalau Jeongie diam je bukan ada siapa-siapa yang kisah kan." jawab Jeongyeon dengan muka selambanya.
"Aduh sakit lah momo." Jeongyeon yang kesakitan kerana kepalanya di ketuk oleh Momo. "Sebab tu lah Momo tanya, Momo risaukan Jeongie tau." Kata Momo dengan wajah yang merajuk. "Alah Momo merajuk ke meh sini." Jeongyeon pon mula gelitik badan Momo sehingga Momo tidak cukup nafas untuk ketawa.
Disebalik pintu bilik mereka kelihatan Jihyo yang memerhati. Jihyo yang kebetulan ingin ke dapur terdengar suara ketawa Momo yang nyaring itu. Tanpa Jihyo sedar dia tersenyum sendirian. Tiba-tiba terlintas difikiran Jihyo memori masa lalunya dengan Jeongyeon.
Tatapi Jihyo memiliki hati yang keras. Dia sukar meminta maaf sekiranya orang itu tidak memulakan dulu.
s
k
i
p" Jeongie petang ni kita jalan-jalan nak tak Momo belanja." ajak Momo. "Okay baiklah kalau Momo belanja Jeongie okay je." jawab Jeongyeon dengan suka.
Pada pukul 2 petang Momo berjanji untuk membawa Jeongyeon berjalan-jalan. Jeongyeon pon sudah bersiap dengan mengenakan baju hoodie hitam dan seluar jean. Tiba-tiba Jeongyeon mendapat pangilan daripada Momo yang keluar tanpa memberitahu Jeongyeon.
"Jeongie.. sorry Momo tak dapat ikut berjalan harini. Nayeon unnie tiba-tiba ajak Momo pergi. Lain kali ye kita keluar. Sorry sesangat Jeongyeon na."
" Okay... takpa Momo pergilah. Bye." Jeongyeon terus meletakkan telefonnya dengan perasaan yang sangat kecewa. Jeongyeon mahu menangis tapi dia merasa hanya sia-sia sahaja.
"Jeongyeonie" peluk sana dari belakang. "Eah unnie tak pergi lagi ke dengan Momo?." tanya sana hairan.
"Tak jadi Momo keluar dengan Nayeon unnie ." jawab Jeongyeon dengan dengan seyuman yang paksa. "Ouhh... Jeongie , Sana, Mina dan Jihyo nak pergi keluar ni. Unnie jaga diri kat rumah tau." bagitahu Sana kepada Jeongyeon.
Jeongyeon sedikit kecewa dengan Sana kerana tidak mempelawanya sekali untuk keluar bersama dengan mereka. Kini Jeongyeon tinggal sendirian di dorm TWICE. Tzuyu, Chaeyoung dan Dahyun sudah keluar dari pagi tadi untuk bershopping.
Jeongyeon terasa seperti disisihkan oleh members nya sendiri. Dengan tiba-tiba air matanya keluar. 'Kenapa mereka pergi tanpa mengajak aku. Adakah mereka menganggap aku sebagai pengacau dalam twice. '
Fikir Jeongyeon lagi.Kepalanya menjadi pusing secara tiba-tiba. Jeongyeon menjerit dengan kuat kerana kesakitan kepalanya yang luar biasa. Namun tiada siapa yang dapat mendengar jeritannya itu.
Jeongyeon cuba untuk bangun dan mengambil telefonnya didalam bilik namun kakinya berasa lemah. Pandangan Jeongyeon menjadi kabur dan akhirnya dia tidak menyedarkan diri.
*Di shopping mall*
"Unniee!!" jerit Chaeyoung apabila ternampak Sana dan members yang lain. Jihyo yang melihat memanggil mereka untuk makan bersama. Dalam masa yang sama jugak mereka terserempak dengan Nayeon dan Momo.
Mereka berlapan menghabiskan harian mereka dengan menonton wayang dan berseronok tanpa menyedari seorang member yang tidak ada.
*MALAM*
Malam itu Jeongyeon tersedar dari pingsannya. Ia mendapati dirinya masih berada di tempat yang sama di mana dia pingsan petang tadi. "aish sakitnya kepala aku" ucap Jeongyeon sambil memegang kepala nya.
Jeongyeon melihat jam di dinding "HAA!! dah pukul 10 malam, lama jugak aku pingsan. Diorang masih tak balik lagi ke." Gumam Jeongyeon sendirian.
"Takpa juga diorang lambat balik. Takdalah diorang nampak aku terbaring kat lantai tadi." sambungnya lagi. Jeongyeon tidak mahu menyusahkan members nya sekiranya mereka dapat tahu penyakitnya itu.
Bersambung.......
YOU ARE READING
Maafkan aku TWICE - yoo Jeongyeon
Teen FictionCerita ini mengisahkan seorang gadis dari girl group TWICE yang menghidap masalah depressed yang melampau. Hal ini tidak disedari oleh member TWICE sehingga lah Jeongyeon.....