Jihyo sangat berasa sunyi semenjak dirinya dan Jeongyeon bergaduh. Dia teringin untuk berbaik semula dengan Jeongyeon tatkala melihat Jeongyeon dan membersnya yang lain bergelak ketawa keseronokkan.
Jihyo sebenarnya sedikit jeles dengan membernya yang lain kerana dirinya dan Jeongyeon sudah kenal lebih lama namun masih tidak dapat memahami antara satu sama lain.
Semua members TWICE pergi balik ke rumah keluarga masing-masing untuk meluangkan masa bersama keluarga.
Kini di dorm TWICE hanya ada Jeongyeon dan Jihyo sahaja. Jeongyeon mahu balik ke rumahnya tetapi berasa malas untuk ke sana.Jihyo pula mengurungkan hasratnya untuk balik ke rumah setelah dia tahu Jeongyeon masih tidak pulang ke rumah keluarganya.
"Nah ambil lah Kopi ni." Jihyo membuatkan Jeongyeon kopi apabila melihat Jeongyeon di ruang tamu menonton TV. Jeongyeon sedikit ragu dan malu untuk menerimanya tetapi masih meminumnya. "Terima kasih." kata Jeongyeon yang masih tidak memandang muka Jihyo.
Tiba-tiba Jeongyeon terkejut Jihyo memeluknya dengan erat seperti tidak mahu di tinggalkan lagi. "JEONGYEONNA MAAFKAN AKUU." menangis jihyo dengan kuat. Dia tidak mampu menyimpan semuanya lagi.
Jeongyeon yang mendengar itu mengikutnya menangis sekali tetapi dia masih mendiamkan diri. "Aku tahu aku dah melampau sangat. Aku tak patut cakap macam tu kat kau." kata Jihyo yang masih tidak berhenti menangis.
"Kau tak salah pon, aku yang salah sebab hanya pentingkan diri tanpa pikirkan kawan aku yang lain." Jeongyeon memegang bahu Jihyo lalu mengesatkan air mata Jihyo. Hatinya sakit melihat Jihyo menangis.
"Tak Jeongyeon, aku mengaku kadang-kadang aku jeles dengan kau sebab selalu kena puji dengan Once. Aku sedar orang yang pentingkan diri tu sebenarnya aku sendiri. Aku tak patut pegang jawatan leader ni kalau tak mampu bagi contoh yang baik kepada kawan-kawan aku." Kata Jihyo panjang lebar.
"Dengar sini Hyo, kau adalah leader yang terbaik yang pernah aku jumpa. Aku berasa bersyukur sangt ada leader macam Hyo. Aku faham bukan senang nak jadi leader walaupun kau lebih muda dari aku tapi kau dapat selesaikan banyak masalah dengan cepat. Sebab tu lah aku akan lebih berusaha untuk dapatkan part lagu yang banyak untuk comeback akan datang tak kiralah ia ambil masa berapa lama." Kata Jeongyeon membuatkan Jihyo tersentuh kemudian dia memeluk Jeongyeon lagi.
"Kenapa tiba-tiba leader TWICE ni jadi manja pulak. " usik Jeongyeon membuatkan Jihyo tersenyum lebar.
Selepas Jeongyeon dan Jihyo memperbaiki hubungan mereka. Jihyo sering meluangkan masa bersama Jeongyeon. Jihyo juga mangajak Jeongyeon berkhemah bersama keluarganya.
Kini Jihyo berjanji untuk cuba mempelajari sikap Jeongyeon supaya kejadian yang sama tidak berulang kembali. Jihyo juga cuba mencari cara untuk memperbaiki hubungan Jeongyeon dan Nayeon.
Dr. Oh juga memberitahu perkembangan nya semakin membaik dan itu membuatkannya berasa gembira.
Bersambung.....
YOU ARE READING
Maafkan aku TWICE - yoo Jeongyeon
Fiksi RemajaCerita ini mengisahkan seorang gadis dari girl group TWICE yang menghidap masalah depressed yang melampau. Hal ini tidak disedari oleh member TWICE sehingga lah Jeongyeon.....