"Lee Mark!"
Mark yang baru ingin membuka pagar rumahnya terhenti bila nama dijerit. Dia menoleh ke belakang dan melihat Sorin yang sedang berjalan ke arahnya dengan memegang kotak.
"Yaa, kau buat apa-,"
"Ambil ni!"
Dengan kasar, kotak itu ditolak ke arah Mark. Dan lelaki itu tidak mampu menolak dan mengambilnya.
"Kau ingat aku nak sangat simpan barang-barang kau?" soal Sorin kasar.
"Kau patut buang je kalau kau tak nak simpan," ujar Mark.
"Buang lah sendiri," ujar Sorin.
Dia kemudian terus berpaling untuk pergi dari situ.
"Yaa!"
Mark meletakkan kotak tadi ke tepi sebelum dia berlari anak untuk mendapatkan gadis itu. Bahu Sorin ditahan menyebabkan gadis itu terhenti langkahnya.
"Apa lagi? Aku rasa aku dah letak semua barang kau dalam tu. Takde yang tertinggal pun!" Sorin mendengus.
"Bukan. Kau tu. Memang keluar rumah macam ni ke? Tak sejuk?"
Sorin memerhatikan penampilannya. Baru dia sedar, akibat marah pada Mark dia hanya keluar dengan memakai baju tidur sahaja tanpa jaket. Sedangkan cuaca sejuk pada malam itu.
"Kau kisah apa? Dah lah, aku balik dulu!"
"Yaa!"
Sekali lagi Mark menahan. Jaket di tubuhnya ditanggalkan lalu diletak pada badan gadis itu dan dizip sehingga atas.
"Aku ni takde lah kejam sangat. Aku tak nak lah kau sakit pula sebab esok kita ada ujian bulanan. Nanti takde orang nak bersaing dengan aku,"
"Tch,"
"Dah, nak balik sangat kan! Pergilah!"
Mark terus meninggalkan gadis itu dan masuk ke rumahnya semula. Sorin memandang tubuhnya yang kini dibaluti jaket milik lelaki itu.
"Haish, aku baru je pulangkan semua barang kau,"

ANDA SEDANG MEMBACA
Together
Fanfiction"The universe brought us back together this time," Start|02/08/2022| End|02/08/2022|