"Ada apa-apa yang jadi ke?"
Lucas memandang Sorin yang baru mengambil tempat di sebelah Yuqi. Dia sedang duduk sambil memusingkan kerusinya ke arah meja dua gadis di belakang itu.
"Jadi apa?" soal Sorin sambil menggantung beg sekolah di tepi meja.
"Mark mana?" soal Lucas.
Selama ini, setiap pagi pasti Sorin dan Mark datang bersama memandangkan rumah mereka yang hanya diselangi satu lorong itu. Kecuali jika mereka bergaduh, pasti mereka datang berasingan.
"Mark? Tch, buat apa aku nak datang dengan dia?"
Yuqi dan Lucas berpandangan sesama sendiri.
"Korang gaduh lagi?"
"Nope. Kitorang dah break,"
Mark yang baru tiba itu bersuara sambil duduk di tempatnya.
"Lagi?" soal Lucas dan Yuqi serentak.
Itu adalah perkara biasa bagi mereka semenjak Mark dan Sorin bercinta enam bulan lalu. Jika mereka bergaduh terlalu lama, pasti mereka akan memutuskan hubungan mereka.
Tetapi ianya tidak lama kerana beberapa hari selepas itu, mereka akan berbaik semula. Dan ianya sudah terjadi banyak kali.
"Yaa, korang jangan risau. Kali ni kitorang betul-betul putus. Korang tak payah susah-susah nak pujuk kitorang suruh berbaik. Sebab kitorang memang takkan berbaik lagi," ujar Sorin.
"Betul. Aku dah malas nak ada hubungan dengan perempuan kuat cemburu macam dia," ujar Mark selamba.
"Mwo? Kuat cemburu? Tch, fine! Aku pun tak nak lah ada hubungan dengan lelaki flirty macam dia ni," ujar Sorin pula.
"Yaa, kau-,"
"Dah, dah. Apa kata kita pergi breakfast dekat kafeteria?" cadang Yuqi untuk menghentikan pergaduhan yang baru ingin bermula itu.
"Jom, pagi ni aku belanja," Lucas sudah bangun.
"It's okay, aku dah makan kat rumah tadi," tolak Sorin.
"Jom lah!" Mark ikut bangun membuatkan hati Sorin makin sakit.
Nampak sangat lelaki itu tidak mahu melihat muka dia.
"Pergi lah, aku okay," Sorin meyakinkan Yuqi.
"Jumpa kejap lagi,"
Yuqi dan Lucas melambai ke arah Sorin sebelum mereka bertiga keluar dari situ.

ANDA SEDANG MEMBACA
Together
Fanfiction"The universe brought us back together this time," Start|02/08/2022| End|02/08/2022|