Mark memandang jam di tangannya. Satu keluhan terlepas dari mulutnya. Cuma tinggal sepuluh minit sahaja sebelum hari itu berakhir.
"Semuanya salah kau Mark," ujarnya perlahan.
Dia berpaling untuk kembali masuk ke rumah memandangkan ibunya sudah memanggil dia tadi. Baru sahaja dia ingin melangkah, dia terdengar bunyi tapak kaki seperti orang berlari.
"Yaa, Mark Lee!"
"Kwon Sorin,"
Sorin tercungap-cungap mencari nafas akibat kepenatan setelah berlari.
"Kau-kau kenapa?" soal Sorin setelah nafasnya sedikit stabil.
"Kenapa kau kat luar lagi? Dah lewat kan?" soal Sorin lagi.
"Aku tunggu kau,"
"Kan aku dah cakap aku takkan datang!"
"Tapi, sekarang kau kat sini. Maksudnya aku betul. Kau tetap akan datang," ujar Mark.
"Pabo! Kalau aku tak datang tadi, kau nak tunggu sampai bila? Pagi esok?"
Mark ketawa perlahan.
"Yaa, aku tengah serius ni," Sorin memandang Mark tajam.
"Aigoo, tengah serius pun comel," pipi Sorin dicubit.
"Yaa, kau-,"
"Mianhei. Mianhei Kwon Sorin," Mark memeluk tubuh Sorin secara tiba-tiba.
"Aku tak pernah dengar cakap kau. Aku kata kau kuat cemburu sedangkan memang patut pun kau rasa macam tu. Mianhei," ujar Mark lagi.
"Tiba-tiba je kau ni," ujar Sorin hairan.
Mark lantas meleraikan pelukan.
"Sebulan ni buat aku sedar yang aku perlukan kau. Aku sayangkan kau Kwon Sorin. Hidup aku tak lengkap bila kau takde dengan aku. Aku takut sangat apa yang kau cakap tu jadi kenyataan. Yang kali ni, kita betul-betul akan putus dan takkan kembali sama-sama lagi,"
Sorin sedikit tersentuh mendengar itu. Sangkanya cuma dia yang merasakan seperti itu.
"Aku pun. Aku rasa lain bila kau takde dengan aku. Macam ada sesuatu yang kurang," luah Sorin.
"So, nak jadi girlfriend aku semula tak?" soal Mark.
Sorin perlahan mengangguk dan Mark memeluknya lagi. Dan kali ini dia membalasnya erat.
"Oh ya, lupa nak cakap,"
Mark meleraikan pelukan dan mengerutkan dahinya.
"Happy Birthday Mark Lee," Sorin tersengih.
"Gomawo," balas Mark.
"Hadiah kau, nanti aku bagi. Lupa nak bawa tadi,"
"It's okay. Kau dah balik pada aku pun dah dikira hadiah paling bermakna dah,"
Keduanya berbalas senyuman sebelum kembali berpelukan. Mengharapkan hubungan itu kekal selamanya. Dan tidak lupa mengucapkan terima kasih kepada Tuhan kerana menyatukan mereka kembali.
~The End~
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.