07

133 16 0
                                    

"Ayden,"

"Hyung,"

"Sorin ada?" soal Mark.

"Ada. Tapi dia tengah berkurung kat dalam bilik. Tak tahu sebab apa,"

Mark mengetap bibirnya. Dia tahu puncanya apa.

"Hyung nak jumpa Noona ke? Kalau nak, Ayden boleh panggilkan. Tak pun buka pintu dia guna kunci pendua,"

Mark laju menggeleng.

"Takpe, Hyung tak nak kacau dia. Tolong beri ni pada dia boleh?"

Beg kertas yang berada di tangannya dihulur pada Ayden.

"Baik Hyung," Ayden menyambutnya.

"Hyung balik dulu," Mark meminta diri.

Sementara itu, di biliknya, Sorin sedang berdiri di tingkap dan memerhatikan segalanya.

"Tch, sibuk je datang rumah orang," ujarnya sebelum kembali ke katil.

Baru sahaja dia ingin berbaring, pintu biliknya diketuk.

"Noona!"

Sorin tiada pilihan selain bangun dan membuka pintu. Dilihatnya si adik sedang tersengih sambil menghulurkan beg kertas ke arahnya.

"Ais krim favourite Noona," ujarnya.

"Kau makan lah,"

"Betul? Ala, tapi Mark Hyung bagi untuk Noona,"

"Makan je lah. Noona tak nak,"

Sorin ingin menutup pintu namun Ayden menghalang.

"Lama betul Noona bergaduh kali ni. Dah dekat sebulan. Tak nak berbaik ke? Tak lama lagi kan birthday Mark Hyung,"

Sorin terdiam. Siapa sangka sudah hampir sebulan sejak dia putus dengan Mark. Selepas mereka memulangkan kembali barang masing-masing tempoh hari, mereka sudah jarang bercakap sesama sendiri.

Dan tadi, buat pertama kalinya setelah sekian lama mereka bercakap lagi. Atau lebih tepat, mereka bergaduh lagi.

"Aigoo, sibuk betul kan nak tahu masalah orang. Pergi makan ais krim sana," kepala Ayden ditolak perlahan.

Pintu ditutup dan dia ke meja belajarnya. Laci meja dibuka dan satu sampul surat dikeluarkan. Mata Sorin memandang tulisan yang dia sendiri tulis di atasnya.

Duit untuk hadiah hari jadi Mark Lee<3

"Nampak gayanya, aku guna untuk diri sendiri je lah duit ni,"

Together Where stories live. Discover now