Mark berjalan untuk ke bilik rawatan pada waktu rehat itu. Niatnya ingin melihat keadaan Mina memandangkan gadis itu tidak masuk ke kelas selepas waktu pendidikan jasmani tadi.
"Yaa, kau nampak tak tadi?"
Mark tidak jadi menyelak tirai yang melindungi katil di situ bila mendengar suara Mina.
"Tak sia-sia aku korbankan diri aku sampai macam ni. Padan muka Sorin. Mark mesti dah benci dia sekarang," Mina ketawa perlahan.
"Tapi kau yakin ke diorang takkan berbaik dah kali ni?" suara Doyeon pula kedengaran.
"Yakin lah. Aku terdengar Sorin sendiri yang cakap diorang betul-betul putus kali ni. Lepas macam-macam aku buat untuk rosakkan hubungan diorang, akhirnya menjadi juga,"
Mark menggenggam tangannya tanpa sedar.
"Tapi, kau betul-betul okay ke ni?"
Mina ketawa lagi.
"Mesti lah okay. Apa lah sangat hidung berdarah. Yang penting lepas ni aku boleh raih simpati Mark. Lepas tu, aku akan jadikan dia boyfriend aku pula. Biar Sorin merana,"
Tidak tahan mendengar semua itu, Mark menyelak tirai dengan penuh rasa marah.
"Mark? Bi-bila masa kau sampai?" soal Mina gugup.
"Baru je. Tapi sempat lah aku dengar apa yang kau cakap,"
"Mark, aku boleh jelaskan. Sebenarnya-,"
"Cukup Mina! Selama ni aku layan kau sebab kau kawan lama aku. Tapi tak sangka, kau ada niat tak baik nak rosakkan hubungan aku dengan Sorin. Kau memang teruk!"
"Mark, aku buat semua tu sebab aku sukakan kau,"
"Mianhei Kang Mina, tapi aku memang anggap kau sebagai kawan je. Tak lebih dari tu,"
Usai menghabiskan ayatnya, Mark melangkah pergi dari situ.
YOU ARE READING
Together
Fanfiction"The universe brought us back together this time," Start|02/08/2022| End|02/08/2022|