DDL~6

4.3K 239 4
                                    


Cuaca yang cerah tadi mula bertukar mendung menjelang tengah hari. Mujur, kelas mereka berakhir lebih awal. Keluar saja dari kelas, Delilah lantas menghantar pesanan kepada mama untuk mengambilnya dari kolej.

Selesai berbalas mesej, telefon pintarnya dimasukkan kembali ke dalam tote bag sambil menuju kearah pagar utama.

"Delilah Lavelle."

Strettt..

Langkahnya termati terus. Sedikit tersentak apabila namanya diseru penuh oleh seseorang. Toleh ke belakang, dia jadi bungkam. Terkejut melihat gerangan yang memanggilnya.

Mister hot potato!

Jejaka itu pandang dia dengan riak wajah datar tanpa sebarang ekspresi. Sepasang matanya pula merenung tepat kepada dia. Jarak yang memisahkan mereka hanya dalam beberapa tapak sahaja.

Delilah diam menanti bicara. Agaknya mamat ni dah bersedia nak buat perhitungan dengan dia.

Sesaat..

Dua saat..

Mamat mata empat itu masih diam tak bercakap.

"Awak panggil saya ke?" Sudahnya, Delilah yang menyoal.

"Ada orang lain lagi ke yang guna nama Delilah Lavelle?"

Aik?

Hampir-hampir Delilah nak menyembur marah. Dah panggil orang, lepas tu buat perangai kerek pulak. Mamat ni memang tak center ke macam mana?

"I didn't know that you're such a forgetful person."

Tiba-tiba telinganya mendengar sebaris ayat yang tak best untuk didengar.

"Excuse me?" Delilah masih cuba untuk bersabar. Entahkan hanya khayalan dia atau tidak, bait katanya seperti tersirat sesuatu yang dia sendiri tak faham.

Apa sebenarnya yang jejaka itu hendak katakan?

Qash menapak dua langkah mendekatinya. Selamba, tangan kirinya menyeluk poket seluar. Delilah hanya menjadi pemerhati sehingga jejaka itu hulurkan tangan yang menggenggam sesuatu.

Sesaat kemudian, berdenting bunyi keychain yang dipegang oleh Qash. Delilah terpana. Terus periksa zip beg yang biasanya dihiasi dengan keychain Koala berwarna kelabu.

Tapi.. keychain dia tak ada!

"This is yours, isn't it?" Suaranya lembut, namun masih terselit ketegasan. Langsung tak mesra alam!

Delilah mula cuak apabila menyedari bahawa dirinya sudah salah sangka. Rasa berdosa sebab mengutuk Qash beberapa saat yang lalu. Perlahan-lahan, dia sambut huluran keychain tersebut. Agaknya keychain itu terjatuh awal pagi tadi ketika dia buat drama tarik rambut dengan Diaz.

"Thanks.."

"My pleasure."

Wah! Tak sangka mamat ni boleh cakap baik-baik rupanya..

"Err..- pasal potato semalam.." Teragak-agak Delilah nak membahas soal kelmarin. Namun sekali lagi, jejaka di depannya itu memberi culture shock kepadanya.

"Sorry. I didn't know it was you."

Terkapai-kapai dia mendengar bicara Qash.

"Hah?"

Dia yang tak faham English atau ayat mamat ni yang tak betul sebenarnya?

"Aku tak kenalkan diri lagi dekat kau. Qash Hayyan, that's my name." Ujar Qash lagi.

Dia.. Delilah Lavelle[O/G]Where stories live. Discover now