DDL~13

3.7K 210 3
                                    

Vroomm..

Terdengar bunyi motor yang kuat, Delilah pantas berlari dari ruang dapur ke luar rumah. Buka saja pintu, motor dan penunggangnya tadi sudah keluar dari perkarangan rumah. Refleks dia berdecit.

Punya lama dia tunggu Diaz, fikirnya jejaka itu akan turun bersarapan. Alih-alih, Diaz dah start motor tanpa sepatah kata. Asap pun dia tak tinggal.

Mamat ni pun.. menyusahkan dia aje!

"Kenapa?"

Lea langsung menyoal sebaik sahaja Delilah menjejakkan kaki ke ruang makan.

"Diaz dah pergi." Sahut Delilah selamba. Dengan baju tidur yang masih elok terletak di tubuhnya, dia melabuhkan punggung di kerusi kosong.

Hari ini kelasnya bermula pada sebelah petang. Jadi dia ada masa untuk bermalas-malasan.

"Tak apalah, nanti kat kolej D boleh jumpa dia."

"Tak naklah, ma. Nanti orang syak macam-macam pula. Diaz, kan popular dekat kolej tu." Delilah menyahut dalam nada meluat.

"Yang awak bergaduh dengan Diaz tu, orang tak syak pulak?"

Delilah buat muka sikit. Malas nak komen lebih. Nanti ada saja yang dibebel mamanya.

"Orang lain tak tahu ya, pasal D dengan Diaz?"

"D perlu rasa bangga ke sebab Diaz tu abang tiri D?"

Lama Lea memandang wajah anaknya.

"Hal personal, orang lain tak perlu tahu." Sambung Delilah lagi.

Tak sempat Lea nak mengata lebih, muncul Tuan Amza yang masih berbaju T-shirt dan seluar pyjamas.

"Good morning, kiddo."

Delilah terkejut! Bukan kerana suara husky-nya tapi..

Tuan Amza selamba saja mengusap kepalanya.

"Good morning sayang.."

Uhukk!

Sekali lagi dia terkejut. Air teh yang baru disisip hampir saja tersembur apabila melihat Tuan Amza yang tak berselindung untuk mengucup pipi Lea.

"Oh, sorry.. am i not allowed to do that?"

Tuan Amza kelihatan terpinga-pinga. Lea pula sudah menahan malu. Mana tak malu kalau anak daranya sedang menonton drama spontan dari Tuan Amza.

Lantas disiku perut suaminya yang masih menempel dekat dengannya.

Lambat-lambat Delilah sengih. Tak tahu nak bereaksi macam mana. Gila!

Tuan Amza ni langsung 'tak tahu malu' rupanya.

"Tak apa, kan? D pun bukannya underage lagi." Tuan Amza senyum seraya duduk di sebelah Lea.

"Kalau ya pun takkan you nak buat macam tu depan anak? You tak malu ke?" Bisik Lea keras. Merah padma wajahnya menahan malu.

"Apa yang nak dimalukan? You isteri I yang sah. Tapi D jangan pernah buat macam tu dekat orang tau. Dan kalau ada yang buat macam tu dekat D, bagitau uncle. Kalau tak kerat empat belas, uncle gosok mulut dia atas jalan tar." Ujar Tuan Amza berbaur gurauan.

Delilah tak tahu sama ada nak senyum atau sebaliknya. Bicara lelaki itu kedengaran seperti jenaka, namun pada waktu yang sama terdengar seperti peringatan.

"Bunyi macam berani sangat nak buat macam tu dekat orang." Celah Lea pula.

"Eh, berani.. apa pulak tak berani."

Dia.. Delilah Lavelle[O/G]Where stories live. Discover now