DDL~46

4.7K 292 34
                                    

Delilah terlentang di atas katil luasnya sambil merenung kosong kearah siling. Tapi sayangnya, fikirannya tak sekosong renungannya kala ini. Ada satu perkara yang bermain-main di minda seharian ini sehingga buat dia rasa pening. Malah sejak dia melihat sekeping gambar itu pagi tadi, dia jadi tidak keruan.

Qash Hayyan..

Orang yang sama yang pernah dia kenal dulu ke? Tapi kenapa Qash langsung tak beritahu dia? In fact, kenapa Qash seolah tidak mahu dia tahu ketika dia tanpa sengaja terlihat gambar yang terselit di dompet jejaka itu pagi tadi?

"Qash Hayyan.."

Nama itu meniti di ulas bibir sambil otaknya ligat memikirkan segala kemungkinan yang ada.

"Hayyan.. Yan? YAN?!" Hampir dia terjatuh dari katil sebaik sahaja tubuhnya drastik bangun dari perbaringan. Dia terlongo sendiri disaat sel-sel otaknya mula berhubung.

Bingkas bangun, entah kenapa dia boleh terfikirkan Diaz. Lantas langkah diatur menuju ke bilik lelaki itu. Namun dia tidak terus mengetuk. Sekadar berdiri disitu sambil kembali mencongak.

Lalu, secara tiba-tiba.. klak!

Diaz yang baru nak menapak keluar sambil mengelap rambut menggunakan tuala kecil hampir saja melatah melihat wajah Delilah.

"Hoih! Terkejut aku.. kau ni dah kenapa tercongok depan bilik aku ni? Tepi.."

"D.."

Terkedek-kedek Delilah mengikuti langkah Diaz ke tingkat bawah.

"Aku nak tanya sesuatu ni."

"Apa lagi?" Diaz menyahut malas. Masuk ke ruang dapur, dia bawa keluar sebotol air mineral dari peti ais.

Seharian dia tidur gara-gara terlalu penat dengan kem yang berlangsung selama dua malam tiga hari. Tambah lagi dengan hukuman yang diberi.

"Hari tu kau cakap yang kau pernah baik dengan Qash?" Delilah mengusulkan soalan lagi.

"Dah tu?"

"Qash.. kau tahu tak dia asal mana?"

"Dah kenapa tiba-tiba tanya aku ni?"

Soalan berbalas soalan. Diaz kerling sikit si gadis yang kelihatan bersungguh menanti jawapannya.

"Jawablah!" Dengus Delilah. Saat Diaz naik mendaki tangga, dia juga mengekor.

"Aku dengar daripada budak-budak lain, si frost tu baru lepas pindah dari Korea. Sebab itulah agaknya dia berlagak, kerek lain macam.." Diaz tetap melayan walaupun dia rasa pelik lain macam.

Hairan sudah semestinya bila Delilah tiba-tiba saja bertanyakan Qash pada dia. Dah gila sungguh ke minah ni?

"Bila dia pindah kat sini?"

"Waktu sekolah rendah kut.. entahlah. Tak ingat!"

"Kau rapat tak dengan dia? Ada gambar dia tak?"

Dan bila semakin dilayan, semakin menjadi-jadi pula soalannya. Membuatkan Diaz rasa meluat. Dia bukannya suka bercakap tentang orang yang tiada kaitan dengan hidup dia.

"Kau ni dah kenapa Delilah? Buang tebiat? Kesah pulak aku nak simpan gambar si frost tu.."

"Alah..!" Delilah berdecit tak puas hati. Namun tetap tidak berputus asa untuk bertanya.

"Waktu sekolah rendah dulu.. rupa dia macam mana?"

"Kau ni tanya soalan macamlah aku rapat dengan dia."

"Kau kata kau pernah berkawan dengan dia."

"Kawan tak semestinya rapat, sampai nak simpan gambar bagai! Dan aku tak cakap pun yang aku pernah berkawan dengan dia." Tempelak Diaz, keras.

Dia.. Delilah Lavelle[O/G]Where stories live. Discover now