DDL~38

3.9K 259 17
                                    

Knit cardigan di tubuhnya dia rapikan buat kali terakhir

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Knit cardigan di tubuhnya dia rapikan buat kali terakhir. Selesai semuanya, dia bawa keluar totebag serta beg kertas berisi baju milik Qash yang dia guna tempoh hari.

Sebagai tanda terima kasih kerana telah bersusah payah membawa dia ke klinik kali lepas, jadi dia bercadang hendak bertemu Qash hari ini.

Baru beberapa langkah dia menuruni tangga, telefon yang diletakkan di poket seluar bergetar. Pantas Delilah mengangkat panggilan tersebut usai melihat nama yang tertera.

Qash Hayyan..

"Helo!"

"Delilah.." nada si jejaka kedengaran teruja.

"Kenapa Qash?"

"Kau dah bersiap?"

"Ha'ah.. kenapa?"

"Sungguh ni taknak aku jemput?"

Delilah tergelak sekerat. Sudah beberapa kali Qash asyik bertanyakan soalan yang sama. Kebetulan, mama juga mahu keluar hari ini. Jadi ada baiknya dia menumpang mama.

"Sungguh! Kita jumpa dekat STC aje okey?" Usulnya kemudian.

Qash diam untuk sesaat sebelum kembali bersuara. "Alright then."

Telefon diselit semula ke dalam poket dengan senyuman lebar. Kembang kuncup hatinya saat ini. Menyedari itu, Delilah geleng kepala sambil berdehem. Haih! Dia dah gila agaknya.

Bertemu Qash saja pun.. dia dah senyum mereng begini.

"Kau nak kemana?"

Dupp!

Terkejut Delilah saat Diaz menyergah dari arah dapur. Sekilas, mata menjeling geram seraya melangkah melintasinya.

"Urusan kau ke?"

Diaz bercekak pinggang saat mendengar balasan Delilah. Eh.. dia nampak Delilah senyum-senyum tadi!

"Dating? Kau dah pandai dating sekarang ni eh.. mama kau tau tak?" Mula dah dia serkap jarang sambil bergerak sama di belakang Delilah yang sudah keluar rumah.

"Kau jangan sibuk boleh tak Diaz Raiden?"

"Dengan siapa? Siapa boyfriend kau kat kolej tu?"

"Kau ni apa hal!" Selar Delilah lagi. Diaz yang sedang berpeluk tubuh sambil bersandar di muka pintu itu dikerling tajam.

"Aku tak rasa ada student yang buta dekat kolej tu.." Diaz kerut dahi dengan gaya berfikir.

"Apa pulak kaitannya ni, gila!"

"Kalau normal, dia takkan nak dekat orang sinting macam kau ni. Kesimpulannya, mesti dia buta sebab nak dekat kau." Selamba badak jawapan Diaz.

Apa lagi.. pantas Delilah menerkamnya bersama kaki yang menyepak kuat.

Dia.. Delilah Lavelle[O/G]Where stories live. Discover now