DDL~61

4.5K 320 61
                                    


Dia sendiri tidak mengerti dengan situasi yang dihadapinya saat ini. Tercongok di depan muka pintu sir Hanil untuk jangka masa yang agak lama walaupun dia sudah dipanggil kesini sepuluh minit yang lalu. Dia tak rasa nak masuk. Dia rasa berat hati.

Takut? Ah, sudah beberapa kali dia membuat kesalahan dan dipanggil untuk menghadap pengetua kolej bersama orang tua mangsanya, sekalipun dia tidak pernah gentar.

Lalu, mengapa dia harus berasa gerun untuk kali ini? Kerana yang terlibat itu anak tiri Tuan Amza Khaizan? Begitukah? Tapi segala masalah yang dia lakukan, dia memang akan berdepan dengan lelaki itu. Dan dia tak gentar sama sekali!

Tapi kenapa, untuk detik ini.. dadanya seperti hendak pecah. Bahkan jantungnya terasa mahu terkeluar dari rangka.

Langsung Diaz tidak mengerti akan dirinya sendiri. Tarik nafas dalam-dalam, dia berniat mahu masuk ke dalam ruangan sir Hanil. Namun niatnya terus terbantut ketika pada waktu dia mahu memulas tombol pintu, ianya turut terkuak dari dalam.

Dan di depannya kini berdiri seorang lelaki bersut kelabu. Tampang mukanya yang bercermin mata, terbias ekspresi yang sukar untuk Diaz tafsirkan.

Mungkin kesal.

Mungkin marah.

Atau kedua-duanya.

"Baba.. D.." Diaz merasakan suaranya tenggelam timbul. Matanya yang sentiasa utuh menikam mata lawan, kini terasa tidak mampu untuk berbalas pandang dengan baba.

Dia pasti sir Hanil yang kini sedang berdiri melihat mereka berdua, sudah pun menceritakan segalanya kepada Tuan Amza.

"Silap baba mempertemukan korang berdua dengan cara macam ni. Silap baba sebab gagal mendidik Diaz."

Diaz terhenyak. Hati bagaikan tertusuk sembilu mendengar ucapan penuh kesebalan Tuan Amza.

Tak! Bukan ini yang dia mahukan. Dia lebih tegar menghadap amarah baba, berbanding kekecewaan lelaki itu.

Diaz tak sengaja, baba..

Ayat yang cuma bergema di hati dan tak mampu dia ungkapkan kepada Tuan Amza. Tanpa bebelan panjang, tanpa tatapan serius, lelaki itu melangkah pergi. Kepergian yang meruntunkan jiwa lelaki Diaz.

"Masuk, Diaz." Arah sir Hanil.

Diaz menurut tanpa banyak bunyi. Tertunduk kepalanya sambil berdiri di hadapan lelaki itu.

Agak lama sir Hanil berdiam diri, menatap anak sahabatnya sebelum membuang keluh.

"Tadi Delilah dah buat pengakuan yang dia langsung tak curi rantai Diaz. Sepanjang dekat kolam tu pun Myra ada bersama dia. Ini.. Diaz nilai sendiri apa yang cctv tunjukkan."

Sir Hanil hadapkan skrin komputer yang menayangkan rakaman cctv di kolam renang kepada Diaz.

Perlahan mata Diaz menyoroti rakaman tersebut. Dimana, pada ketika itu Delilah dan Myra sedang berjalan santai mengelilingi kolam renang. Tiba-tiba, tepat di sekitar bangku yang menempatkan tuala dan barangan Diaz, kedua-dua gadis itu berselisih dengan Ailinisha. Sempat berlanggar bahu dan walaupun kelihatan agak tidak jelas, jika diperhatikan dengan teliti, tangan Ailinisha seolah mencapai sesuatu di atas bangku.

Tiada sepatah kata yang keluar dari mulut Diaz saat ini. Tatapan matanya pula mendatar. Namun di dalam hati, bergelodak seribu satu emosi.

"Delilah minta untuk tak panjangkan hal ni. Jadi, sir tak panggil Ailinisha kemari. Baba Diaz pun tak cakap banyak." Tutur sir Hanil.

Diaz kekal diam. Langsung tak pandang wajah sir Hanil juga. Melihat Diaz yang tak bereaksi, akhirnya lelaki itu menghela nafas panjang. Sudah tiada apa lagi yang harus dia sampaikan.

Dia.. Delilah Lavelle[O/G]Where stories live. Discover now