DDL~60

2K 168 12
                                    

Lea memberhentikan kereta di kawasan Inca College yang mulai sibuk dengan kedatangan pelajar. Meliar pandangannya mencari sosok yang dia nanti-nantikan sejak dari rumah tadi.

"Ma cari apa?"

Delilah yang sedang memasang kasut di sebelah, mengerling sekilas kearah wanita yang kelihatan tidak senang duduk itu.

"Agak-agak, Diaz datang kolej pukul berapa?"

Kali ini, dahinya serta-merta berkerut. Delilah mendengus dalam diam. Pagi-pagi lagi mama dah bercakap pasal Diaz. Rosak moodnya!

"Kenapa tanya pasal Diaz pulak ni? Manalah D tahu dia datang pukul berapa." Getusnya separa merungut.

Seketika, dia mula sangsi tentang kenapa wanita itu beria mahu menghantarnya pagi ini sedangkan pakcik Razak ada.

Lea hulur bekas makanan kepada Delilah yang menjuihkan bibir. Semakin jelas tidak berpuas hati wajah si gadis.

"Nanti kalau D terserempak dengan Diaz, D bagi ni dekat dia ya.."

"I thought this is for me?" Aju Delilah.

"Bukan ke mama dah siapkan sebekas untuk D? Yang ni untuk Diaz lah.." Terang Lea pula. Untuk Delilah, dia sediakan dua kali ganda supaya Delilah dapat berkongsi dengan rakan-rakannya.

"Tch! Mama ni.."

Masam wajah Delilah kala itu. Kurang gemar bila mama masih lagi mengambil berat tentang Diaz yang terang-terangan tidak akan menghargainya.

"D tak bercakap dengan dia lah, ma." Dia beralasan lagi.

Memang dia tak bercakap dengan Diaz pun! Mogok untuk jangka masa yang dia sendiri sudah lupa.

"Ish, jangan macam tu. Mama risau kut dia tak makan ke apa. D tolonglah bagi dekat Diaz, ya?" Pinta Lea penuh mengharap. Setiap hari, dia risau memikirkan keadaan Diaz andai anak muda itu tidak terlalu prihatin dengan diri sendiri.

"Kalau D tak jumpa dia?" Delilah masih berusaha mahu melepaskan diri. Dalam masa terdekat ni, dia tak rasa nak mematahkan permusuhan mereka berdua.

"Diaz ada exam pagi ni, bukan?"

Pulak! Macam mana mama tahu ni?

"Yalah, yalah.." terpaksa Delilah akur dengan permintaan mamanya. Bekas yang dihulur, dia sambut malas walaupun di dalam hati sudah berbakul-bakul rungutannya terhadap Diaz.

"Salam?" Lea menagih bila Delilah yang bermuka masam itu seolah terlupa.

Usai menyalami wanita itu, Delilah membuka langkah bersama wajah yang masih monyok. Dia tenung bekas berisi makanan yang disediakan oleh Lea tadi. Decitan berserta dengusan kasar turut terzahir di bibir.

Egonya terlalu tinggi untuk menemui Diaz kala ini. Jadi macam mana dia nak serahkan makanan kepada Diaz? Derhaka ke dia kalau dia beri aje kepada orang lain dan berbohong kepada mama?

Mula dah otak dia keluarkan idea jahat. Tapi nak buat macam mana lagi? Dia tersepit di antara ego dan permintaan Lea.

"Heads up, Delilah."

Dalam pada dia hanyut melayan fikiran, beberapa tapak di hadapan berdirinya Qash yang sememangnya menanti gadis itu. Dari kejauhan dia sudah menyaksikan langkahnya yang lemah gemalai. Bermaksud ada sesuatu yang tak kena.

"Good morning." Sapanya bersama bibir yang melengkung ke bawah. Tersenyum lucu melihat wajah monyok Delilah.

"It's not really good at all." Balas Delilah secara langsung. Pun begitu, dia tak lepaskan peluang untuk mengagumi penampilan Qash pagi itu.

Dia.. Delilah Lavelle[O/G]Where stories live. Discover now