DDL~59

1.8K 191 15
                                    


Hari berganti hari. Minggu berganti minggu dan masa terus berlalu. Hubungan Diaz dan Delilah pula masih kekal seperti mula-mula mereka bertengkar. Bahananya, seisi kolej yang merasakan bahang kemarahan dua insan yang saling bermusuhan itu. Setiap kali bertembung, pasti wujud satu fenomena yang sangat tidak menyenangkan semua pihak.

Diaz lah yang paling ketara mengelak apabila Delilah berada berdekatan. Sebolehnya, Diaz tidak mahu bernafas satu udara dengan Delilah.

Sepanjang minggu ujian juga Diaz menetap di rumah Jayden. Pulang hanya untuk mengambil pakaian dan benda penting, selebihnya dia banyak meluangkan masa di luar.

Dan hari ini, nasib tidak menyebelahinya bila turun saja dia dari tingkat atas, Tuan Amza sudah tercegat di sudut ruang tamu. Barangkali orang tua itu mendengar bunyi motornya sebentar tadi, telah Diaz.

"D nak kemana?"

"Mind your own damn business." Diaz terus menonong pergi tanpa sedikit pun melihat kearah babanya.

Dia datang lewat malam begini kerana mahu mengambil baju renangnya. Sangkanya bolehlah dia mengelak dari bertembung dengan penghuni rumah ini sebab dah tiba masa untuk semua orang melelapkan mata. Rupanya tidak.

"We need to talk.. D!" Sia-sia Tuan Amza berbicara apabila Diaz sendiri langsung tidak mahu mendengar dan terus hilang dari pandangan.

Mengeluh berat, Tuan Amza picit dahi yang mula terasa denyutnya. Langkah dibawa ke bilik kerja. Lama dia duduk berdiam diri sambil memikirkan anak terunanya. Silap dia terlalu berkeras dengan Diaz. Silap dia kerana membentak Diaz dan kini, anak muda itu mengelak lagi untuk berjumpa dengannya. Tingkah yang acap kali seorang Diaz Raiden lakukan setiap kali mereka berselisihan faham.

Tuan Amza mengaku, dialah yang silap dalam hal ini dan sehingga ke detik sekarang dia menyesalinya. Dia tidak sewajarnya mengikut emosi kala itu. Terlalu cemaskan Delilah sehingga Diaz yang menjadi mangsa amarahnya.

Sejenak, telefon pintar yang tergeletak diatas meja kerja berdering. Membuatkan Tuan Amza terus hilang fokus. Dengan mata yang masih terpejam, tubuh yang sepenuhnya bersandar pada kerusi, dia angkat panggilan yang masuk.

"Along, sorry aku tak angkat call tadi. Ini pun baru sampai rumah." Arzhel, si adik yang Tuan Amza telefon dua jam yang lalu tadi kini bersuara.

Tuan Amza diam mengangguk. Macamlah Arzhel nampak reaksi dia tu.

"Along?" Sudahnya, Arzhel menyoal hairan.

"Ya.. aku dengar." Acuh tak acuh nada Tuan Amza. Arzhel di hujung talian terus memerli.

"Ni aku patut tanya ke kau sendiri yang nak cerita masalah kau? Dengar bunyi kau yang macam nak mati tu, ada hal lah tu.."

Sempat Tuan Amza tergelak kecil. Kalau datangnya dari Arzhel Ghibran, apa lagi yang boleh Tuan Amza harapkan kalau bukan kesinisan dan sikap sarkastik lelaki itu. Kesinisan Arzhel itu juga yang dituruti Diaz.

"I need your help, Zhel." Ucapnya kemudian. Sukar rasanya untuk dia meminta bantuan dari adiknya itu. Tapi apakan daya, hanya Arzhel yang lebih layak. Posisi Arzhel lebih tinggi dari dia.

"What is it?"

Mendengarkan Arzhel yang langsung tidak menyabar itu, Tuan Amza telan air liur payah. Seolah dapat dia agak reaksi Arzhel sebentar nanti. Sekejap lagi, keluarlah segala bebelan dan selaran lelaki itu.

"Boleh kau minta D untuk datang ke rumah kau hujung minggu ni? Cuti semester dah mula. Aku cadang nak bawa Lea dan Delilah datang jumpa kau." Terlepas jua apa yang dia ingin katakan sejak siang tadi.

Dia.. Delilah Lavelle[O/G]Where stories live. Discover now