DDL~58

1.7K 166 1
                                    

"Diaz.."

Bagai tak cukup tanah Delilah mengejar langkah si jejaka yang laju berjalan di hadapan sana. Berkali-kali diseru namun dia langsung tidak dipedulikan.

"Diaz, kejaplah!" Tangkas Delilah merengkuh lengannya, membuatkan Diaz terus berpaling dan menepis.

Jayden serta Eden yang turut bersama sekadar terkebil-kebil sambil berpandangan. Bergaduh lagi?

"Kau apa hal!" Bengis wajah Diaz merenung Delilah.

"Kau ni kenapa nak melampiaskan marah dekat aku pulak?" Selar Delilah jelas tak berpuas hati.

Sejak dari kelmarin sebenarnya, dia ingin membuat perhitungan dengan Diaz. Setiap tingkah dan sikap Diaz terhadapnya, semua itu sangat menyebalkan.

"Sana lah!"

"Kau jangan jadi budak-budak boleh tak, Diaz?"

Mendengarkan itu, Diaz semakin hilang pertimbangan. Langkah yang diatur kembali tergendala.

"Hei! Aku bersabar dengan kau ni kira dah cukup baik, tau? Ikutkan hati, aku memang tak nak tengok muka kau langsung! Yang kau pulak terhegeh-hegeh ni kenapa? Saja nak pancing marah aku?" Sembur Diaz. Meruap amarahnya pagi-pagi begini. Walhal, sejak keluar dari rumah tadi dia sudah bertekad tidak mahu bertemu empat mata dengan Delilah.

"Aku tak faham kenapa kau nak marah aku semata-mata sebab aku bagitau kau pasal tu. Ini bukan salah aku pun, Diaz! Kau tak adil. Kenapa aku pulak yang kena?" Delilah meluahkan ketidakpuasan hati.

Tersinggung? Ya! Dia tersinggung. Diaz buat macam semua yang berlaku itu salah dia.

"Bukan salah kau, kau kata? You shouldn't step in my life in the first place! Kau dengan mama kau tak patut wujud pun dalam hidup baba aku."

Mencerlung mata Diaz meratah segenap wajah Delilah. Si gadis tercengang tidak percaya.

"Oh.. hanya disebabkan mama aku cinta pertama baba kau, kau nak salahkan aku? Hei.. aku ke yang minta semua tu jadi? Dorang memang kenal sebelum kita wujud lagi! Dekat mana logiknya yang kau wajar salahkan aku? Aku cuma sampaikan apa yang aku tahu." Cemuh Delilah dengan nada yang mula meninggi. Tak adil untuk dia bila Diaz bertingkah begini.

"That's it. Aku benci mama kau sebab bagi aku, dialah penghalang dan punca orang tua aku bercerai. Wajarlah aku benci dekat kau, sebab kau tu anak dia!" Kali ini, Diaz menunding Delilah. Membuatkan Jayden dan Eden mula kebimbangan.

Di tengah-tengah kolej elit ini, Diaz dan Delilah bertengkar seolah mahu membuka gelanggang gusti. Sikit pun mereka tak peduli dengan orang-orang di sekeliling yang mungkin akan mendengar butir bicara mereka tentang perkara itu.

"Bullshit! Nampak sangat kau ni tak matang, Diaz. Kau kaitkan hal-hal yang tak sepatutnya kau sebut. Tak payah nak tuduh mama aku bukan-bukan. Ya! Mama aku mungkin cinta pertama baba kau, tapi tak semestinya dia perosak hubungan ibu dengan baba kau. Guna akal sebelum bercakap. Fikir dulu sebelum nak tunding jari dekat orang." Delilah bertempik di hujung kata. Merah padam wajahnya menahan segala emosi yang kini menyelubungi jiwa.

"Terpulang kau nak cakap apa. Yang pasti, aku memang tak boleh terima kau orang dalam keluarga aku. Kau.. dengan mama kau boleh berambus!"

Bicara Diaz kala itu benar-benar menjentik hati Delilah. Bertubi-tubi perasaan terkilan dan marah menghentam. Diaz yang kini berpaling daripadanya, dihalang semula dengan merengkuh kemas pergelangan tangan jejaka itu.

"Tarik balik kata-kata kau."

"Lepas.." Diaz menderam.

"Kau buat aku dengan mama macam pengemis, Diaz. Tarik balik apa yang kau cakap tadi!" Jerkah Delilah dan serentak itu, Diaz bertindak drastik dimana mengundang rasa cemas mereka yang menjadi saksi.

Dia.. Delilah Lavelle[O/G]Where stories live. Discover now