"Fuuhh cantik rumah kau..."
Pujian Ikwan tidak dibalas. Zack membuka kasut hitam jenama Nike miliknya, melangkah masuk ke dalam rumah kediamannya.
"Assalamualaikum...."
Ketiga-tiga pemuda di belakang turut mengikut jejak Zack. Kasut disusun rapi di tepi pintu sebelum memberi salam tatkala masuk ke dalam rumah orang.
"Duduk la dulu. Aku pergi ambik charger kau kejap." Zack mempelawa mereka dengan nada sedikit dingin.
Belum sempat mereka menjawab, susuk tubuh lelaki itu sudah lesap di sebalik dinding pemisah antara ruang tamu dengan ruang makan. Laju betul mamat itu. Ikwan, Aniq dan Faiz hanya mengendahkan sahaja.
Aniq mula membelek rak dan TV yang terletak di hadapan mereka. Beberapa DvD games dan anime elok tersusun di setiap tingkat rak. Terdapat juga beberapa pasu bunga kecil. Pokok palsu agaknya.
Faiz menyelongkar majalah di bawah meja kaca berbentuk bulat di hadapannya dan mula membaca artikel-artikel menarik berkaitan kisah seram. Banyak juga majalah Mastika yang ada. Ikwan juga tidak melepaskan peluang untuk baring di atas sofa biru gelap itu.
"Nah Ikwan, charger kau."
Ikwan mencelit matanya dua saat, bangun dan mengambil kembali charger laptop yang dipinjam oleh Zack untuk beberapa hari lalu.
"Thanks." Wayar hitam setebal 0.7cm digulung lalu disimpan ke dalam beg galas. Zack menghilangkan diri sekali lagi menuju ke dapur, ingin menyediakan beberapa gelas air buat tetamu.
Gelas air kosong pun sudah cukup. Kawannya bukan peminat air manis. Jimat sedikit serbuk milo di dalam rumahnya, "Senang kerja aku.."
Kedatangan mereka ke rumah Zack sudah menjadi rutin setiap minggu. Anak-anak muda ini akan lepak dan bermain game seperti apa yang orang muda lain di luar gemar buat. Salah satu game yang wajib dimain, sudah tentu Genshin Impact.
Suis TV dipetik diikuti memasukkan beberapa DvD games. Gaming console berwarna hitam diagihkan kepada tiga manusia lagi. Sudah tiba masanya untuk mulakan battle.
°°°°°°°
"Resin aku habis."
Ketawa terus Aniq mendengar Faiz mendengus geram kerana kehabisan resin. Ikwan masih berkerut muka menekan butang game tanpa henti, seakan-akan mahu bunuh sahaja alat elektrik tersebut.
Zack meneguk air sebelum menyambung challenge, "Lapar tak?" ialah soalan yang keluar dari mulut Zack setelah berdiam diri sejak login Genshin.
"Lapar la wey, ada makanan apa kat dapur kau?"
Lelaki berambut hitam lebat itu menghentikan permainannya untuk membuka telefon bimbit. Skrin sudah retak seribu tetapi masih belum dibaiki selama sebulan. Sedangkan, playstation dan gaming laptop boleh dibeli.
"Aku nak order grab food. Nak makan apa?"
"Boba tea!!"
Ketiga-tiga pemuda tersenyap sejenak mendengar suara Aniq yang separuh menjerit. Sejak bila Aniq suka minum teh? Tambahan lagi, boba tea? Pelik dan hairan mereka.
Faiz gelak, "sejak bila kau suka boba tea ni?"
Lelaki berkaca mata itu mengusap belakang lehernya sambil meregangkan lengannya, "Sejak aku win 50/50 Ayato"
"Oh? Aku lost 50/50 thou masa banner dia. Cuba teka aku dapat character apa..."
Zack mengangkat bahu dan Ikwan menggeleng kepala tiada idea. Sekarang, hanya ada lima standard 5 stars character di dalam sistem pity. Jean, Diluc, Mona, Keqing dan Qiqi.
"Keqing?"
Faiz membalas 'tidak' dan menunggu lagi untuk sahabatnya meneka.
"Qiqi?"
"Noo please jangan Qiqi. Trauma aku tengok splash art dia masa pull banner..." Meremang bulu roma Ikwan saat mindanya mengimbas kembali memori silam.
Majalah mastika yang ketiga dibuka perlahan. Faiz duduk sambil menyilangkan kakinya. Kemudian dia mengukir senyuman penuh pasrah, "Diluc."
"Diluc dps so aku rasa oke je kalau dapat dia." kata Zack tenang.
Sistem pity di dalam Genshin agak unik bagi mereka. Kadangkala player akan menang 50/50 dengan soft pity, iaitu pada pull paling sikit. Akan tetapi, hard pity merupakan nightmare bagi setiap player. Kalau menang 50/50 takpe. Namun, nasib malang kepada insan yang kalah 50/50 pada hard pity.
"Begitu. Aku pun dapat Ayato." Ikwan menyampuk perbualan antara Zack dan Faiz. Dua pasang mata beralih kepadanya.
Terus dia sengih lalu menyambung ayatnya, ".....sebab aku guarantee."
°°°°°°°
"Aku nak beli air Tealive kejap." beritahu Aniq kepada Faiz dan Ikwan yang masib berhelmet di kepala.
10 minit kemudian, dia kembali dengan memegang erat dua air boba tea bersama dua set nugget ayam. Aniq meletakkan makanan dengan cermat ke dalam raga motosikal, kemudian memakai topi keledar.
"Apesal sampai dua tu?"
"Untuk adik aku."
Abang yang baik. Walaupun hari-hari bertekak, dalam diam sayang. Sanggup dia membeli air kegemaran si adik walaupun gaji pada bulan itu tidaklah banyak mana.
Logo Tealive yang tersangkut pada bahagian hadapan bangunan meniup memori ke dalam kepala Faiz.
"Bro, ingat tak event Tealive sebelum ni?"
Ikwan melontar kembali soalan, "Event apa?"
"Collaboration Tealive X Genshin. Masa tu, diorang letak board besar gambar Kamisato Siblings dan beri cupsleeve Genshin percuma kepada pembeli. Aku rasa cupsleeve Genshin tu dah hilang dalam rumah lama aku. Agak kecewa tetapi tidak mengapa..."
Aniq membalas, "Aku ingat. Masa tu memang jadi gila aku sebab tak dapat nak join dan beli air boba kat mana-mana Tealive yang ada event. Tak silap aku, hanya tempat terpilih je yang buat event. Masa tu aku ada kat Kedah, tapi Tealive kat situ takde yang collab dengan Genshin. Sedih aku."
Perbualan mereka bertiga diteruskan sehingga Aniq terpaksa meninggalkan mereka demi mengelakkan ais daripada cair sekali gus menghilangkan aroma rasa boba tea. Beberapa minit selepas itu, barulah Faiz dan Ikwan ikut sama menunggang motosikal masing-masing memasuki jalan raya.
"Hati-hati woi!! Tumpah air kau tu nanti!!"
Pernah join tak event Tealive X Genshin?
YOU ARE READING
Daily Life of Genshin Player [Malaysia]
RandomKarmila Sofia/Mila/20 - AR 58 - Main Anemo Traveler/Ayaka °°°°° Nur Ema Maisara/Ema/20 - AR 59 - Main Diluc/Klee Mila dan Ema bersahabat baik sejak zaman sekolah menengah. Mereka bertuah kerana dapat memasuki universiti yang sama dan kini tinggal di...