"Kau free?"
"Ya aku free." Balas Aniq sambil mata masih tekun berlawan dengan Cryo Cube dalam Spiral Abyss. Hampir-hampir sahaja character Childe dengan crit/rate 60% dan crit/dmg 173% mati diserang oleh ais. Skrin telefon Realmi penuh dengan bekas cap jari hasil ditekan berulang kali oleh pemuda itu.
Ikwan menuju ke arah dapur demi melegakan dahaga. Puas minum, dia kembali ke ruang tamu lalu duduk di atas sofa bertentangan dengan housematenya.
"Jom coop"
"Oke"
°°°°°°°
"Shika! Kau tengok player ni! Mentang-mentang dia ada Xiao, dia slander Diluc aku."
Ema menarik hujung kolar kemeja sahabat sekerjanya, Shika agar mendekat. Shika ialah gadis non-muslim yang berasal dari Sarawak. Nama 'Xiao' automatik menarik perhatian Shika.
"Wuish. Kau tengah coop ke? Aku nak join juga." Rengek Shika yang dalam diam, dia ingin mengajar rude player tersebut dengan show off character kesayangannya, Xiao.
Gadis itu menghantar uid milik random player tersebut kepada Shika melalui WhatsApp. Pada masa yang sama, Shika membuka status detail Xiao dan memperlihatkannya kepada Ema.
"Kau tengok aku punya Xiao.."
Cemburu dibuatnya Ema melihat crit/rate dan crit/dmg Xiao milik Shika yang tinggi. Tambahan pula, attack dan artifacts Xiao boleh dikatakan 'godly'. Pihak Hoyoverse gemar memberikan artifacts useless seperti def dan hp kepada player.
"Aku dah add friend player tu. Jap aku join world dia."
Xiao has joined the world
Xiao - Hi! Can I join you guys?
CEOofGEO - Yoo
BobaSword - Hello..
Ella - Hi! Of course you can join us~
-------
Shika mencuit lembut bahu Ema, "Ella tu kau ke?"
"Ya tu aku. But, jom pura-pura tak kenal."
-------
BobaSword - Woah, your Xiao dmg is good! How did you do that?
Xiao - Hehe thanks! But I think Diluc's dmg is more terrifying than mine.
CEOofGEO - Who? This Diluc? She never crit even once. What kind of useless artifacts you put on him...
Ella - I farm everyday just to get a good artifact for Diluc. What's your problem with him. He's dps so nothing wrong with not crit.
CEOofGEO - Oh yeah? Tell me, what is your crit/rate and crit/dmg?
Ella - Why don't you look it yourself on my profile. I didn't hide it.
-------
Aniq membisik dengan nada sinis, "Habisla kau Ikwan...macam mana kalau Diluc player tu lagi OP daripada Xiao kau. Hahahaha!!"
Lelaki berbaju t-shirt hijau itu mengetap bibir. Jari menekan profile player bernama 'Ella' itu dan melihat satu per satu status Diluc.
"Aku pelik..." Ungkap Ikwan tatkala melihat crit/rate dan crit/dmg Diluc di skrin telefon.
Sahabat Ikwan mengheret punggungnya mendekati lelaki emo itu. Mata hitam turut menatap skrin, "Wow, 70% dan 210%. Impressive, lagi banyak berbanding Xiao kau."
"Diam."
Serupa Xiao dah mamat seorang ni. Emo. Tidak mahu mengalah walaupun dengan random player yang entah berasal dari mana. Barangkali mungkin player Indonesia? Kebanyakan player yang mereka jumpa sebelum ini semuanya berasal dari negara jiran itu. Jadi tidak hairan kalau 'Ella' itu benar merupakan player Indo.
"Apa-apa jela."
Aniq tidak lekang dari senyuman sinisnya. Dia merehatkan kepala ke atas bantal lalu meneruskan exploration world dalam game.
"Jealous la tu. Build la Diluc kau juga. No need to be rude."
Ikwan mengunci mulut seperti tidak mendengar apa-apa, menutup profile player itu dan turut menyambung kembali permainan mereka.
Agak lama juga mereka meluangkan masa di hadapan game. Azan asar berkumandang di masjid memanggil jemaah. Ikwan segera menghabiskan resin yang terakhir lalu mengajak Aniq untuk menunaikan perkara wajib.
"Ha jom..."
°°°°°°°
Mata saling bertentang mata. Langit kian menjadi jingga dan bayu petang menyapa suasana.
Aisyah meraup wajahnya, perasaan kecewa masih berbaki di isi hati. Tubuh sesorang yang terdampar di atas katil hospital hanya dipandang tiga saat sebelum dia berdiri.
"Aku nak turun bawah kejap. Kau nak makan apa?"
Soalan Aisyah tidak mendapat sebarang respon oleh pesakit lelaki tersebut. Malas tunggu, Aisyah menghiraukan dan keluar dari bilik wad A112 itu.
Pintu kayu dibiarkan tidak ditutup rapat. Pesakit itu tetap membisukan diri. Setelah menunggu selama 30 minit, kelibat Aisyah muncul kembali di muka pintu.
Beg makanan diletak, "Aku beli nasi dengan buah sikit untuk kau. Makan la..."
Lelaki bermata lesu hanya patuh. Bekas nasi dan lauk lantas dibuka. Aisyah turut sama membantu membersihkan tumpahan di atas meja.
"Terima kasih..." Muram, dia tetap menundukkan kepala walaupun berhadapan dengan sepupunya sendiri. Inilah nasib dan pengajaran yang dia tanggung. Keinsafan turut menjelma.
Dan, keadaan bertukar sunyi seperti sebelum ini.
°°°°°°°
Retak kuku Mila akibat digigit tanpa henti. Panggilan masih tiada respon, mengundangkan gundah gulana di jiwa gadis itu.
"Aria...angkat la call..."
Mila berjalan mundar-mandir di kawasan ruang tamu. Berkerut wajah menunggu suara muncul di hujung talian. Namun, tetap menyecewakan.
"Assalamualaikum... Mila, aku dah balik..." Mendengar suara Ema, Mila sepantas kilat berlari ke arahnya.
"Ema!! Tolong aku! Tolong Aria!"
Terkejut, Ema cuba menenangkan sahabatnya. Terus dia meminta kepastian, "Kenapa ni? Apa yang berlaku?"
"Akaun Aria!!"
Ema menunggu.
"Akaun Genshin Aria kena hack!!!"
Prefer Co-op atau solo?
YOU ARE READING
Daily Life of Genshin Player [Malaysia]
AcakKarmila Sofia/Mila/20 - AR 58 - Main Anemo Traveler/Ayaka °°°°° Nur Ema Maisara/Ema/20 - AR 59 - Main Diluc/Klee Mila dan Ema bersahabat baik sejak zaman sekolah menengah. Mereka bertuah kerana dapat memasuki universiti yang sama dan kini tinggal di...