"Still main Genshin ke?"
"Haah"
Mila mula berasa lenguh setelah meniarap selama 30 minit sambil bermain game kesayangannya. Pandangannya hanya tertumpu terhadap skrin telefon, seakan-akan mahu disedut masuk.
"Nak aku masak atau kau masak?" Sahabat Mila yang sebaya dengannya mengeluh perlahan. Dia menjeling sejenak untuk cuba menarik perhatian Mila.
Gadis berambut coklat muda itu pantas menggeleng. Sudah tentu dia tidak akan memasak melihatkan dirinya yang terlampau leka berusaha mendapatkan full stars abyss.
"Fine, aku masak. Tapi jangan nak bunyi macam-macam kalau tak sedap."
Apron hijau ditarik dengan sedikit ganas daripada rak dapur. Gadis berkulit sawo matang atau dikenali sebagai Ema itu segera mengeluarkan peralatan memasak. Lauk telur goreng dengan kicap pun sedap juga.
"AKU DAPAT FULL STARS ABYSS!!"
Cukup kuat jeritan kegembiraan Mila dari bilik. Ema mengetap bibir tanda separa geram. Namun dia cuba sabar.
Mila muncul keluar dari bilik lalu memeluk Ema dari belakang, "Ema!! Tengok ni, aku dapat full stars!"
"Ye, aku tak pekak. Kalau boleh, jerit la kuat lagi."
Mendengar kata-kata Ema, Mila berubah raut wajah menjadi muram. Ema perasan tetapi dia menghiraukannya.
"Ala, aku happy sangat. Kau tahu tak, susah gila nak kalahkan Cryo Cube tu. Aku terpaksa ganti character Ayaka dengan Yanfei. Lepastu, boleh pula Cryo Hypo tu bunuh Zhongli aku..."
Ema sudah terbiasa mendengar segala explanation mengenai strategi game, maka dia hanya mengiakannya. Tangan mulus masih sibuk menghiris bawang putih.
"Then, aku ingatkan aku akan mati. Tup tup semua mati. Automatik aku menang and dapat full stars. Yoo, this is my first time dapat full stars penuh kat Abyss. Now aku dah received namecard dia!!"
Ema tersenyum paksa tatkala bahunya digoncang dengan penuh keterujaan oleh Mila. Dia juga player Genshin. Cuma belum mencapai tahap menggila seperti Mila.
"Begitukah? Wah tahniah~ aku actually dah lama ada namecard tu..."
Terus terdiam budak Mila itu mendengar kata-kata Ema yang penuh bangga. Beberapa saat kemudian, mata coklatnya menjegil luas menunjukkan dirinya langsung tidak menjangka perkara tersebut.
Mila mendesup laju seperti Boboiboy halilintar menuju ke arah ruang tamu. Telefon berjenama Redmi Note 9 dirembat sebelum dia double tap permukaannya, "Apa password?!"
"Nak buat apa?"
Gadis itu mendengus, "Aku nak tengok account kau."
Ema lantas ketawa. Sungguh dia rasa puas dapat melihat riak wajah Mila yang menghiburkan. Pada masa yang sama, Mila sudah tidak boleh tunggu untuk unlock phone itu. Bukan kerana cemburu atau geram, tetapi dia ingin merujuk demi characters sendiri.
"Meh sini, biar aku buka..."
2 jam kemudian...
Tsuyoku nareru riyuu wo shiittaa...
"Mila, ada orang call!!"
Mila yang sibuk mencuci pinggan melaung kembali, "ya kejap!"
Pintu rumah dibuka sebelum kunci disumbat ke dalam beg biru kepunyaan Ema. Dia sudah bersiap sedia mahu keluar untuk bekerja. Manakala Mila tidak mempunyai pekerjaan tetap. Maka dia seorang sahaja yang tidak keluar rumah dengan kerap.
"Hati-hati naik kereta!"
"Oke!"
Bunyi pintu ditutup memberikan signal kepada Mila supaya dia perlu menyiapkan tugasannya di dalam rumah. Tanpa menunggu lagi, gadis berkaca mata itu terus mengambil penyapu dan mula membersihkan kawasan ruang tamu sehingga ke dalam bilik. Kalau makcik-makcik luar tengok, mesti mereka akan cakap, "bakal menantu yang baik..."
Tsuyoku nareru riyuu wo shiittaa...
Eh bunyi lagi ringtone phone miliknya. Mila menjenguk untuk melihat gerangan manusia yang masih call. Sebentar tadi, nombor yang tidak dikenali muncul di skrin. Mila tidak menjawab dan sekarang tidak mungkin nombor yang sama menelefon dirinya.
"Oooh, Aisyah...aku ingatkan scammer tadi."
Dia lantas menjawab panggilan.
Aisyah
Mila! Jawab pon kau. Kenapa tak angkat call tadi?Mila
Angkat call? Bila masa kau call?Aisyah
Laa, baru je tadi aku call. Nombor 018-******* tu. Aku guna phone sepupu.Mila
Laaa, kau ke? Aku ingatkan scammer mana tadi. Tu aku tak angkat. Sorry...Aisyah
Hehe takpe. Haa ni aku call sebab aku nak jemput kau join kenduri kakak aku.Mila
Kak Aina nak kawin ke?Aisyah
Tak, kenduri kesyukuran sebab dia dapat naik pangkat kat company dia. Kenduri tu kami buat minggu depan hari Jumaat. Macam mana? On?Mila
Fuuhh naik pangkat. Tahniah kat kakak kau. Aku boleh je pergi. Nanti jumpa kat sana. Umm, rumah kau kan?Aisyah
Haah and pakai je baju apa-apa yang sesuai. Jangan tetiba tanya aku kena pakai baju apa. Ni bukan sekolah tau!Mila
Ye ye aku tahu. Okelah nanti kita jumpa kat sana. Aku nak kemas bilik ni. Bye!Aisyah
Haa alright. Bye!Panggilan ditamatkan dengan ucapan salam. Mila kembali menyapu bawah katil di dalam biliknya dengan penuh dedikasi. Dia memang tidak boleh tidur dengan bilik yang berhabuk. Boleh selesema teruk pada waktu malam. Paling serius, sakit kepala dan sesak nafas.
"Ehh, aku nak pakai baju apa nanti?"
Baru sahaja tadi topik mengenai baju dibual oleh Aisyah. Mila memang tidak berubah. Sikapnya yang suka bertanya tentang "baju apa yang kena pakai" sudah menjadi suatu keperluan dalam hidup. Kalau tidak disoal, mesti rasa pelik.
Dia mengangkat bahu tanda tidak tahu, "lantak la pakai baju apa pun."
Cakap seperti tidak kisah padahal nanti dia tentu akan panik jua.
Abyss susah ke?
YOU ARE READING
Daily Life of Genshin Player [Malaysia]
De TodoKarmila Sofia/Mila/20 - AR 58 - Main Anemo Traveler/Ayaka °°°°° Nur Ema Maisara/Ema/20 - AR 59 - Main Diluc/Klee Mila dan Ema bersahabat baik sejak zaman sekolah menengah. Mereka bertuah kerana dapat memasuki universiti yang sama dan kini tinggal di...