"Aku balik lambat sikit tau harini. Jangan tunggu aku!"
Pintu ditutup dari luar, meninggalkan Mila keseorangan seperti selalu. Gadis itu sudah tidak dengar kata-kata Ema dek kerana telinga elok tersumbat dengan earphone putih. Lagu Moon Halo by HoYo-Mix bermain di gegendang deria menaikkan semangat pagi.
"May all, the beauty be blessed~"
Sungguh tenggelam gadis itu dalam menyanyi sehinggakan dia tidak perasan akan ketukan pintu yang bertalu-talu.
"Delivery!!"
Mila masih tidak sedar. Dua minit kemudian baru hatinya terdetik untuk menarik keluar earphone. Panik sebentar dibuatnya kerana tidak menyahut panggilan delivery guy.
Pantas tudung bercorak batik dirembat dari penyidai.
Tombol dipulas, "Ya Allah maaf ye bang! Saya tengah solat tadi." Cantik alasannya. Kalau begini, rasa gelora dalam jiwa pekerja delivery itu pasti akan hilang.
Pemuda bersarungkan uniform pink itu hanya mengangguk lalu memberikan kotak kepada Mila. Selesai tugasnya di situ, dia melangkah meninggalkan bangunan apartment tingkat 12 itu menuju ke arah lif.
"Yes!! Baju cosplay dah sampai~ Zhongli, wait for me~" Ceria nada suara Mila sambil tangan tidak henti-henti membuka kotak tersebut.
Seminggu yang lalu, dia telah membeli baju cosplay Zhongli dari Shopee menggunakan duit simpanan khas untuk hobinya. Cosplay bukan perkara baru bagi gadis itu memandangkan pengalaman pertamanya adalah ketika dia cosplay sebagai Shinobu dari anime Kimetsu no Yaiba.
Maka, kali ini dia akan memastikan aura Zhongli wujud dalam rumah mereka.
"Cantiknya vision ni!!" monolog Mila, membelek Vision Geo yang dibalut di dalam plastik lut sinar.
Kemudian, costume berwarna coklat keemasan itu dibawa lari masuk ke dalam bilik. Pintu dikunci dan sesi menukar pakaian bermula.
°°°°°°°
Lelaki berumur lingkungan 20-an itu mengeluarkan telefonnya saat notification WhatsApp masuk.
Faiz
Zack, kau kat mana sekarang?Zack
Aku ada kat Taman xxxxx, Apartment xxxxxxx, baru je selesai delivery barang.Faiz
Ada lagi ke barang nak kena hantar?Zack
Takde dah. Aku bukannya kerja bahagian delivery pun. Aku tolong cover member je sekarang ni.Faiz
Ha, oke oke. Aku ada kat highway lagi. Kejap lagi jumpa dekat tempat biasa.Zack
RogerHabis menaip, Zack lekas menyimpan phone bersarungkan casing hitam ke dalam poket seluar. Helmet dipakai lalu kaki menghidupkan enjin.
Belum sempat dia bergerak, mindanya tiba-tiba teringat akan lagu yang dinyanyikan oleh gadis yang menjadi punca dia terpaksa berdiri selama seminit lebih.
"Bukan ke, lagu tu lagu Honkai Impact 3rd?" soal dia sendirian. Kepala ditoleh melihat bangunan apartment di belakangnya. Tingkat 12 menjadi tumpuan.
Hakikatnya, dia sudah tahu sejak awal lagi bahawa gadis itu menipu. Dikatakan dia tengah solat walhal dirinya sibuk menyanyi di ruang tamu. Namun, Zack memilih untuk berdiam diri. Biarlah dia menyimpan perasaan malu gadis itu daripada terdedah.
Motosikal kerja ditunggang memasuki jalan. Bangunan apartment kian mengecil di pandangan.
°°°°°°°
"Jadi, tudung ni kena pakai macam ni?"
Berkerut wajah Mila menyoal tentang tutorial memakai hijab untuk cosplay. Suara Aria dari hujung panggilan menjawab 'ya'.
"Kalau kau tak nak pakai tudung pun takpe. Lagipun, kau bukan jenis ambil gambar dan post dalam media sosial. Just pakai je wig."
Kata-kata Aria memang benar. Mila selama ini tidak pernah upload gambar dirinya ke dalam mana-mana akaun media. Dia hanya post dengan tujuan kerja dan akademik sahaja. Facebook, Instagram, Twitter dan lain semuanya penuh dengan post mengenai Genshin, anime dan games lain.
"Aku tak pernah pakai wig. Apa yang aku kena buat untuk pakai rambut Zhongli ni?" Duga gadis itu sambil siap sedia mengikat rambutnya.
Aria membalas, "Kau ada plastik untuk pakai kat kepala?"
"Takde"
"Kau cari jela plastik apa-apa pun. Plastik sampah pun jadilah..."
Mila berhenti melipat lengan baju, "excuse me?"
Tergelak gadis itu mendengar reaksi Mila. Plastik sampah pun tidaklah teruk mana. Ambil, sarungkan ke kepala dan ikat ketat.
Seperti apa yang Aria suruh, Mila giat mencari plastik kecil untuk disarungkan ke kepalanya. Saat tangan memegang plastik sampah, dia mendengus.
"Better tak perlu pakai plastik. Pakai jela terus wig tu!"
"Ha tahu takpe.."
Eh? Begitu pula balasan manusia ini. Buat kali kedua, Mila merapikan rambut agar muat memakai wig Zhongli yang berwarna coklat dan sedikit emas pada hujung.
Proses memakai cosplay menelan masa selama 30 minit bagi Mila. Dia memusingkan badan di hadapan cermin, melihat dirinya yang kini bergelar Zhongli. Bangga, gadis itu membuat beberapa posisi attack termasuk skill burst dengan melaung, "I will have order!"
"Wei, aku kena off ni. Nurse datang."
"Alright. Take care tau kat hospital."
Panggilan ditamatkan. Mila menyambung semula imaginasinya.
°°°°°°°
"Jom lunch."
Sahabat Ema yang bekerja di department yang sama dengannya mengajak.
Ema mengeluh dan hanya akur, "Alright jom..."
Entah kenapa, tengah hari itu terasa amat terik bagi Ema.
Pernah cosplay?
YOU ARE READING
Daily Life of Genshin Player [Malaysia]
RandomKarmila Sofia/Mila/20 - AR 58 - Main Anemo Traveler/Ayaka °°°°° Nur Ema Maisara/Ema/20 - AR 59 - Main Diluc/Klee Mila dan Ema bersahabat baik sejak zaman sekolah menengah. Mereka bertuah kerana dapat memasuki universiti yang sama dan kini tinggal di...