Reaction

19 2 0
                                    

Hari Jumaat sudah tiba. Hari yang ditunggu-tunggu oleh Aisyah. Baju kurung bercorak bunga orkid sudah kemas digosok dengan seterika. Tudung bawal berwarna ungu juga masih dalam bentuk lipatan, menunggu giliran untuk dipanaskan.

"Aisyah, kawan ramai ke nak datang kejap lagi?" Soal Aina, kakak kepada Aisyah dan juga watak utama untuk majlis hari ini.

Aisyah menjawab, "Tak ramai. Sikit je yang Aisyah jemput. Lagipun, kakak yang tak nak ramai orang datang."

Wanita itu menghembus nafas lega mendengar perkataan 'sikit'. Jujur dia katakan, lagi sikit orang yang datang, lagi senang kerja dibuat.

Jarum jam berdetik sehingga menunjukkan angka tepat 9 pagi. Tetamu pertama yang hadir ialah Hana, sahabat Aisyah semasa belajar sekolah menengah dahulu.

"Assalamualaikum.." Hana memberi salam dengan senyuman lebar menghiasi wajah.

Aina segera mempelawa masuk lalu menghidangkan segelas jus oren. Mereka berbual sekejap sahaja kerana tetamu lain pula muncul di hadapan pintu.

°°°°°°°

"Sorry aku datang lambat. Makanan tak habis lagi kan?"

Semput nafas Mila sambil melawak kecil kepada Aisyah.

"Ish takpe! Bukan masalah besar pun kalau lambat. Tengok la dalam rumah ni, tak sampai 20 orang pun yang datang. Ni majlis kecil je untuk celebrate kakak aku." Ujar Aisyah gelabah melihat keadaan Mila yang kepenatan.

Mila bukan penat berlari, dia hanya lelah kerana separuh daripada tenaga diguna semasa dia sesat di perhentian bas. Itulah keburukan selalu berkurung dalam rumah. Bas pun tak reti nak naik.

"Oh, sorang jeke? Mana Ema?" Muncul Aina dari belakang. Mila menoleh.

"Dia kerja..."

"Busy betul budak tu."

Beberapa topik semasa disentuh dan Aina kembali mendapatkan sahabat sekerjanya di ruang lain.

Dengan masa yang ada, Aisyah mengajak Mila dan Hana untuk lepak di ruang tamu kedua yang lebih sunyi.

20 minit selepas itu...

"Okay, sekarang aku nak korang beri pendapat, first impression I means untuk setiap character Genshin yang akan aku tunjuk kejap lagi."

Hana dan Aisyah akur dengan penjelasan Mila. Gadis berbaju kurung biru muda itu menyambung, "Perkara yang perlu korang teka ialah semua benda ni. Jantina, umur, race, weapon, pekerjaan dan elements!"

"Race?"

"Macam human, fairy, angel, demon, vampire..."

"Ooohh" Kedua-dua mengangguk faham.

Mila teruja, "Jom kita mulakan!"

Gambar pertama dipapar luas dalam phone. Dua pasang mata terus tertumpu kepada figura animasi yang muncul.

 Dua pasang mata terus tertumpu kepada figura animasi yang muncul

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Teka la"

Hana meneliti gambar dan berasa kagum dengan seni character tersebut. Lukisan dan effect percikan air dan buih, semuanya tenang dan breathtaking.

"Jantina kan? Hmmm, perempuan obviously. Kalau umur, maybe 20 macam kita?" Duga Aisyah.

"Race dia ni confem mermaid! Nama pun boleh tahan, Sangono....Sangonomo..." Berusaha gadis itu menyebut nama character Genshin tersebut.

Mila membantu, "Sangonomiya Kokomi."

"Ooohh."

"Kalau weapon, aku rasa dia ni pakai ikan tu."

Terus ketawa Mila mendengar tekaan Aisyah, "Ikan? Ikan mana?"

Aisyah mengangkat dahi, hairan, "Tu, ikan kat tangan dia. Tu la weapon dia."

Hana turut melihat ke arah ikan kecil di tangan character Kokomi. Lalu, dia juga menyokong tekaan Aisyah. Masuk akal juga.

Mila menutup mulut, "Fufu, teruskan..."

"Lagi dua lagi apa yang kami kena teka?"

"Pekerjaan dan elements."

Giliran Hana pula untuk berkongsi pendapatnya, "Since dia ni mermaid, pekerjaan dia of course, menjaga lautan. As for her elements, sudah terang lagi bersuluh air. Tengok arts dia, semua air."

"Macam betul tu.."

Mila akhirnya memberi jawapan sebenar. Puas dia sengih dengan segala tekaan sahabatnya. Gadis itu pun mula memberikan penerangan.

"Nama dia Kokomi. And nope, she's not a mermaid. Dia manusia biasa. Umur dia 17 atau 18 dan hahahaha, weapon dia bukan ikan tu."

"Dah tu, apa weapon dia?"

"Catalyst. Macam buku or device terapung."

Habis sahaja berbual tentang Kokomi, watak lain pula menjadi tekaan seterusnya.

Habis sahaja berbual tentang Kokomi, watak lain pula menjadi tekaan seterusnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Now, character ni pula."

Saat melihat watak Ganyu, mata Hana bersinar. Dan detik itulah sejarah tercipta, iaitu Hana jatuh hati dengan Ganyu.

Tangan Mila digenggam erat oleh Hana, "Aku nak main game ni!!"

"Ehh?"

3 jam kemudian...

"Terima kasih sebab sudi datang. Nanti apa-apa kami jemput lagi."

"Terima kasih juga sebab jemput saya. Apa-apa pun, tahniah Kak Aina."

Aina gelak kecil, malu dan gembira. Mila dan Hana mengucap salam, menyarungkan kasut masing-masing dan berhati-hati berjalan keluar dari pintu pagar rumah banglo milik Aina.

"Jumpa lagi!" Aisyah melaung dari pintu utama. Tangan melambai perlahan dari jauh.

°°°°°°°

Semasa dalam perjalanan pulang, motosikal yang ditunggang oleh Hana terhenti secara mengejut. Syukur hati kerana jalan itu masih lenggang walaupun matahari sudah semakin tegak di langit. Jikalau tidak, kemalangan pasti berlaku.

Bunyi enjin motosikal membingit gegendang telinga Hana. Seperti yang disangka, dua lelaki berhelmet hitam memberhentikan kenderaan mereka.

"Kenapa ni? Motor rosak ke?"

Mahu tidak mahu, Hana terpaksa mengangguk. Sudah la dia memakai baju kurung dengan tudung shawl, hangatnya perit menembusi lapisan kain baju. Berpeluh dan melekit semua mengundang ketidakselesaan dalam hati.

Lelaki yang turun dari motor mendekatkan jarak antara mereka. Motosikal Hana dibelek demi mencari punca masalah. Kemudian, dia menoleh bersua muka dengan sahabatnya yang menunggu.

"Zack, aku rasa enjin motor dia ni ada problem!"














Apa favourite characters Genshin korang?

Daily Life of Genshin Player [Malaysia]Where stories live. Discover now