Karmila Sofia/Mila/20
- AR 58
- Main Anemo Traveler/Ayaka
°°°°°
Nur Ema Maisara/Ema/20
- AR 59
- Main Diluc/Klee
Mila dan Ema bersahabat baik sejak zaman sekolah menengah. Mereka bertuah kerana dapat memasuki universiti yang sama dan kini tinggal di...
Button 'back' pada papan kekunci laptop HP ditekan lama, membaiki semula ayat aduan untuk dihantar kepada Hoyoverse. Runsing fikiran Mila dalam bertungkus-lumus membina ayat.
"Berapa perenggan dah ni. Boleh ke ayat macam ni?" Kerisauan jelas terpapar pada wajah sahabatnya. Ema menghela nafas berat, cuba memproseskan sel otak demi mencari idea.
Tablet bertukar tangan. Walaupun Ema mendapat keputusan yang cemerlang dalam English Test, dia tetap buntu waktu kecemasan seperti sekarang. Apa yang kurang pun dia tidak tahu. Mungkin dirinya hanya pandai pada masa tertentu sahaja?
Brightness skrin bertambah tatkala awan di langit bergerak ditiup angin. Sinar matahari memasuki ruang tamu mereka melalui tingkap kaca lut sinar. Dengan pantas, tangan menutup auto setting. Terang sangat pun tak boleh juga. Nanti rosak mata.
"Done, cuba kau check sekali lagi." Suruh Ema sambil memulangkan tablet tersebut.
Setiap patah perkataan dibaca dengan teliti. Dalam masa yang sama, dia cuba mengesan sehabis mungkin sebarang kesalahan ejaan, ayat dan lain-lain. E-mel itu bakal dihantar kepada pihak rasmi Hoyoverse. Maka, perlulah kelihatan profesional.
Gadis itu membuat isyarat 'thumbs up' mengatakan dia puas. Dengan itu, aduan selamat diterima oleh pihak syarikat. Hanya perlu menunggu jawapan sahaja.
Tsuyoku nareru riyuu wo shiittaa...
Aria seakan-akan tahu sahaja Mila mahu bercakap dengannya. Panggilan dijawab.
"....macam mana?" Kedengaran serak suara Aria. Mila berasa simpati. Dia tahu sangat perasaan apabila account Genshin digodam oleh insan yang tidak bertanggungjawab. Adakala perasaan perit itu sehingga boleh mengganggu kondisi mental seseorang.
Bayangkan, account Genshin yang setia menemani hidup player selama beberapa bulan sehingga setahun lebih tiba-tiba lesap dari genggaman. Sudah tentu sedih, marah, stress dan selebihnya. Situasi yang sama menimpa diri Aria. Mila ingin sahaja teleport dan berada di sisi sahabatnya. Namun, sekarang bukan waktu yang sesuai.
Nada penuh memujuk Mila bersuara, "Sabar ye Aria. Insha'Allah, account kau mesti akan dapat balik. Doa banyak-banyak."
"Betul tu. Kau patut bersyukur, bukan account bank yang kena hack. Kalau tak, lebih merana nasib kau..."
Kata-kata mereka tidak mendapat sebarang balasan. Mereka faham dan terus menyuruh gadis itu menenangkan diri dengan rehat. Apa-apa pun, mereka perlu menunggu jawapan daripada Hoyoverse.
°°°°°°°
Masa berlalu dengan pantas. Celik mata sahaja sudah masuk seminggu setelah kejadian 'hacker' baru-baru ini. Sehingga sekarang, gadis bernama Aria itu gelisah tanpa kesudah.
"Takpe Aria. Kita tunggu lagi. Mana tahu, nanti dapat balik akaun kau." Lembut Mila bersuara, menenangkan perasaan kucar-kacir dalam jiwa Aria.
Gadis bermata hitam itu sekadar mengiakan. Gelas plastik berisi White Coffee dengan logo ikan duyung hijau langsung tidak disentuh. Harga mahal, RM 16.45 tetapi tekak Aria tetap tiada selera.
Keluh Mila, "Dah la tu, jom makan. Ni, aku beli air Starduck favourite kau. Better kau minum sebelum aku sumbat muffin ni dalam mulut kau." sambil berpura-pura ugut, Mila memaksa tangan gadis itu untuk mengenggam cawan.
Aria tersentak sejenak dengan aksi Mila. Ketawanya geli hati melihat sahabat rapatnya itu.
"Yela, thanks beli."
Senyum juga minah ini. Mila menongkat dagu sambil membuang fikiran negatif dari minda dengan melihat rimbunan pokok hijau di luar jendela. Mereka kini sedang bersantai di ruang tamu rumah Syaza, sahabat Aria merangkap dua pupu gadis itu.
Kebetulan, Syaza tiada di rumah kerana urusan kerja. Maka, hanya mereka sahaja yang ada.
"Ahh! Hampir lupa..." Terhinjut bahu Aria dek tersentak sesaat dengan suara Mila yang kuat. Gadis itu terus menggerakkan jarinya mencari nota dalam telefon. Kemudian, nota tersebut dihantar melalui WhatsApp kepada Aria.
Mila sengih, "Senarai untuk keselamatan akaun Genshin kau. Aku yakin, Hoyoverse mesti dapat retrieve semula akaun kau. Maybe, diorang terlalu sibuk? Anyway, lepas dah dapat akaun, kau kena buat semua benda yang ada dalam list tu. Okay?" padat penjelasannya.
Mata bertukar fokus ke arah setiap bait perkataan yang tertera dalam skrin. Dia mengangguk faham akan peneranga Mila.
"Thanks tau. Aku hargai sangat..." sedikit sebak nada gadis berusia 20 tahun itu. Terharu dengan sikap prihatin sahabatnya.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Cawan plastik air tadi diberikan semula kepada Mila. Gadis itu meneguk White Coffee yang menyelerakan sebelum aplikasi HoYoLab dibuka semula. Sebagai seorang Genshin player, adalah menjadi suatu kewajipan untuk mereka claim daily rewards dari aplikasi tersebut.
Terdapat banyak lagi game selain Genshin yang menjadi topik halaman utama. Semuanya berasal daripada syarikat yang sama, iaitu Hoyoverse. Antaranya termasuklah Honkai Impact 3rd, Tears of Themis, Honkai Starrail dan Zenless Zone Zero.
Dan ya, sudah tentu semuanya memakan data yang bergunung.
Pada kala ketika dua gadis itu berehat, satu notis muncul naik di dalam skrin milik Mila. Dengan segera dia mencapai phone tersebut untuk melihat maklumat notifikasi.
Satu senyuman terukir dengan perlahan pada wajahnya, "Aria, berita gembira..." Lalu dia menunjukkan permukaan skrinnya kepada Aria.
Aria cuba membaca dan tatkala ayat "your account is safe" telah berjaya membuatkan gadis itu menghela nafas lega diikuti tangisan kesyukuran.
"Ya Allah, nasib akaun dapat semula..." hampir menitis air mata Mila, tumpang gembira. Gadis itu menepuk lembut belakang badan Aria sambil mengenyit mata.