Karmila Sofia/Mila/20
- AR 58
- Main Anemo Traveler/Ayaka
°°°°°
Nur Ema Maisara/Ema/20
- AR 59
- Main Diluc/Klee
Mila dan Ema bersahabat baik sejak zaman sekolah menengah. Mereka bertuah kerana dapat memasuki universiti yang sama dan kini tinggal di...
Ema memekakkan telinga di ruang tamu. Dia sudah terbiasa dengan beberapa jeritan di dalam rumah pada waktu yang amat random. Mila yang sedang terkinja-kinja bermain di dalam bilik menjerit buat kali kedua. Itu tandanya dia menang.
"Mila! Jangan lupa hari ni turn kau cuci dapur!"
Peringatan Ema sedikit sebanyak merosakkan mood Mila. Gadis itu bangun dari pembaringan dan duduk bersila dengan malas di atas katil empuk. Kaki dilunjurkan sekejap menghilangkan rasa lenguh.
"Haa!!"
Puas duduk, dia bangun menuju ke dapur. Giliran untuk membersihkan dapur hari ini. Mula-mula, perlu cuci sinki. Mila melipat lengan baju sehingga ke paras siku diikuti memegang kemas kain basah. Sesi gosok-menggosok bakal dimulakan.
10 minit berlalu dan gadis itu selesai dengan kerjanya. Badan sudah berpeluh dan berbau. Lebih baik dia mandi dengan cepat. Mila tidak tahan kalau berbau busuk lama-lama.
"Kau nak pizza tak? Aku nak order."
Perkataan 'pizza' menarik perhatian Mila. Ema dapat lihat dengan jelas sinaran kegembiraan berbentuk bintang di mata gadis berambut kusut itu. Dia senyum sambil mengecilkan mata.
Pizza?
"Eh takpelah. Tetiba aku kenyang."
Hampa manusia itu, "nooo..! Why? Aku lapar!"
Ema kekal tersenyum. Senang hati melihat reaksi Mila yang kecewa. Kedengaran psycho tetapi tidak. Hakikatnya, dia juga lapar.
Warna pink, putih dan hijau pada cawan dan pinggan di tepi sinki menangkap pandangan Ema. Dia berfikir sejenak sebelum secara sepintas lalu, satu idea muncul di minda.
Dia meletakkan remote TV ke atas meja, "Nak tak makan dango?"
°°°°°°°
"Bahan-bahan semua dah ada. Tinggal bamboo skewer saja takde."
Mila menyelak halaman buku resepi yang lusuh dengan teliti. Otak cuba memahami prosedur memasak yang mengingatkan dirinya tentang laporan sains zaman sekolah dahulu. Rindu pula hati ini dengan guru-guru tercinta.
Kulit buku ditutup, "Jom mulakan."
Mangkuk kaca ditarik dekat dan kedua-dua mula menjalankan peranan. Mila akan menjadi tukang membuat kerja manakala Ema pula menjadi tukang memberikan arahan.
"Kau tak nampak ke aku tengah mengacau benda putih ni? Next!!"
Bunyi ketukan hasil lagaan antara mangkuk kaca dengan meja jelas melantun ke setiap ruang. Mila mula fokus dengan resepi dan penuh berhati-hati semasa menuangkan gula. Dia tidak ingin kejadian lepas di mana Mila secara tidak sengaja menumpahkan paket gula di dapur berulang. Akhirnya, dapur bertukar menjadi pesta semut.
"Kacau lagi."
Banyak cakap pula manusia bernama Ema ini. Gadis itu mampu akur sahaja dan terus mengacau adunan sehingga sebati.
Halaman resepi diimbas sekali lagi sebelum arahan seterusnya keluar dari mulut Ema, "120g rice flour, masukkan dan kacau lagi!"
"Baiklah..."
Sesi membuat dango mengambil masa tidak begitu lama tetapi memerlukan teknik yang tepat. Mila tidak mengeluh, namun dia sedikit sedih melihat hasil dango mereka yang agak tidak memuaskan. Tekstur terlalu lembik dan tidak sekata. Ema dan Mila saling melihat wajah masing-masing, seakan-akan menyampaikan mesej melalui sel otak.
"Kau ikut resepi yang betul kan?"
Ema menggerakkan kepala ke atas dan ke bawah, "Sebiji seketul semua aku ikut.."
"Dah tu, kenapa tak jadi ni? Api kuat sangat ke? Terlebih tepung? Air banyak? Terlalu sejuk? Eh apa aku merapu ni?"
Tiada pilihan lain. Mahu tidak mahu, tricolor dango yang tidak menjadi itu tetap perlu ditelan. Jangan membazir makanan, rezeki. Bak kata ustazah, kena bersyukur walaupun tidak suka. Bangga pula Mila mencontohi ajaran ustazah kegemarannya yang comel itu.
Perasaan bangga itu lesap sekelip mata tatkala dango lembik itu disumbat laju ke dalam gua miliknya oleh Ema. Kembung pipi dibuatnya.
"Hmmm!!! Ema—"
"Haa makan! Jangan nak ludah!" jegil sungguh matanya menusuk tajam ke dalam mata Mila. Terpaksa ditelan jua.
Ema turut sama mengunyah dango tersebut. Rasa manis dan melekit. Biarlah tidak berhasil kali ini. Mereka boleh buat lebih baik kelak.
Skrin phone menyala dan wallpaper Tartaglia menyapa pandangan Mila. Password enam digit ditekan lalu aplikasi Pinterest menjadi pilihan.
"Tricolor Dango ni lagi lawa berbanding kita punya."
Ema merilik ke arah phone gadis berkulit cerah itu, "Wow, impressive..."
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
"Berkilat dango tu. Kita punya? Lembik, melekit."
"Nak buat macam mana, dah memang hakikat kita berdua tak reti buat manisan."
Kedua-duanya mengeluh kecil, kecewa apabila membandingkan dango mereka dengan gambar di dalam Pinterest. Bagai langit dengan bumi.
Sebut tentang dango, Mila teringat akan Raiden Shogun yang suka makan manisan tetapi langsung tidak tahu memasak. Dango...manisan...susu..
Susu?
"Ema!! Jom buat lagi sekali! Kita buat dango milk!"
Cadangan Mila mendapat persetujuan oleh Ema. Ema tersenyum, "Boleh juga, tak la membazir semua bahan extra ni."
Dengan itu, sekali lagi meja makan itu bersepah dengan tepung dan beberapa bahan adunan yang lain.