Prolog

28 1 0
                                    

7 pagi, Januari 2022


"Aila dah siap ke? Cepat makan sarapan ni, nanti lambat pulak pergi sekolah" kata seorang ibu kepada anak perempuannya yang bernama Norlaila atau panggilannya Aila. Aila seorang pelajar tingkatan Lima di sebuah sekolah menengah yang terletak di Rawang. Kali ini dia bersama pelajar lain akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada hujung tahun ini.Aila sempat membelek telefon pintarnya dan membaca beberapa ciapan di akaun Twitter miliknya. Itu sudah menjadi rutinnya walaupun dia akan pergi sekolah beberapa minit lagi. Ibunya pula menggeleng kepala melihat tindakan anaknya.


"Sampai bila kau nak tengok phone kau tu? Kau tau tak sekarang dah pukul berapa? Dah, kau pergi sekolah sekarang" tegas ibunya.


"Yela yela, orang nak geraklah ni" jawab Aila sambil mengambil beg sekolah.


Aila menaiki basikal dan terus bergerak ke sekolah. Hari ini ialah hari pertamanya ke sekolah di Tingkatan Lima. Kawasan jalan di sekelilingnya amat gelap walaupun tiang lampu ada di sekitar. Aila tak hirau semua itu, asalkan dia dapat pergi ke sekolah dengan cepat....Cuaca cerah menjadi suasana yang menenangkan di sebuah sekolah menengah yang terletak di Rawang, sebuah mukim yang terletak di daerah Gombak . Semua pelajar pada waktu ini dibenarkan keluar kelas untuk menikmati makanan dan minuman pada rehat. Begitu juga dengan kelas 5 Prihatin, semua pelajar turun ke tingkat bawah menuju kantin, kecuali Aila.


"Aila, kau tak turun makan ke?" tanya rakannya Fisya.


"Kau pergi dulu kalau kau nak, aku pergi nanti".


"Betul ni kau nak turun?".


"Ya, nanti aku turun".


"Ok aku turun sekarang".


Fisya menuju ke kantin bersama rakan rakannya yang lain. Tak seperti sebelumnya, Aila tidak pergi ke kantin Fisya malah dia melencong ke tempat lain. Tidak pasti ke mana lokasi dia nak pergi ketika itu. Dalam masa sama Fisya duduk di meja selepas mengambil makanan bersama rakan rakan yang lain.


"Aila mana? Dia tak turun makan ke?" tanya Amelia, rakan Fisya.


"Entahla, tadi dia kata nak turun makan. Dah berapa minit pun tak turun lagi" jawab Fisya.


"Maybe dia ada homework tak siap agaknya, tu pasal dia tak turun" balas Zakirah.


"Eh biar betul? Mana pernah Aila tak turun makan sebab tak siap homework? Setahu aku jarang Aila tak siapkan homework dia. Kalau dia masalah, mesti dia bagitau kita. Kita kan kawan dia".


Kali ini mereka sangsi dengan tindakan Aila. Selepas habis makan, mereka bertiga sepakat pergi ke perpustakaan untuk mengetahui jika benar Aila ingin menyiapkan kerja sekolah. Perpustakaan sekolah berada di tingkat tiga di bangun kedua bersebelahan kelas mereka.


"ARGHH!!!"


Mereka bertiga terdengar satu jeritan dari tingkat bawah. Dipercayai jeritan itu datang dari tandas perempuan. Jeritan itu juga didengari semua pelajar dan beberapa orang guru.


"Siapa jerit tu?" tanya Zakirah.


"Entahla, jom kita tengok" balas Fisya.


Mereka bertiga bergegas ke tandas tingkat bawah untuk mengetahui apa sudah berlaku. Bila sampai di situ, ramai pula pelajar yang berkerumun di depan tandas itu. Agak sukar untuk mereka melihat dari jauh.


"Sila ke tepi! Biar saya dengan pekerja saja yang masuk" kata Cikgu Samsul, guru disiplin yang sudah lama bertugas di situ.


Cikgu Samsul tergamam bila ternampak sekujur tubuh pelajar perempuan terbaring atas lantai dengan baju berdarah. Cikgu meminta pekerja terlibat untuk memeriksa tubuh pelajar. Bila diangkat tubuhnya, Cikgu Samsul sedar bahawa pelajar itu ialah pelajar dari kelas 5 Aman, kelas paling depan dari setiap kelas tingkatan lima.


"Astagfirullahalazim, siapa yang buat ni? Kenapa boleh jadi macam ni?" kata Cikgu Samsul."Apa nak jadi dengan sekolah kita ni?" kata pekerja sekolah.


"Panggil polis dengan ambulans sekarang!" arah cikgu kepada pekerjanya. Cikgu juga mengarahkan semua pelajar pulang ke kelas masing masing.


Fisya, Amelia dan Zakirah terus bergegas naik kelas mereka. Mereka juga terkejut dengan berita pembunuhan pelajar perempuan tingkatan lima yang juga rakan mereka. Ini kali pertama mereka lihat depan mata mereka sendiri.


"Eh mana Aila?" tanya Fisya.Bersambung...

AILAWhere stories live. Discover now