AILA – part 5
Hasan takut apabila ada seorang penduduk datang membawa gergaji mesin dan mula menggergaji pintu rumah. Orang lain pula cuba memecahkan cermin tingkap dengan sabit dan pisau. Cermin tingkap di tingkap dua pula dipecahkan dengan tangga besi untuk penduduk panjat masuk ke dalam rumah. Hasan benar benar dikepung semua arah.
"Aku tak boleh lama dalam rumah ni, aku kena keluar sebelum aku mati kat sini" kata Hasan.
Hasan berlari ke tingkat atas untuk mencari jalan keluar. Dia terjumpa almari kecil dan berkaca. Hasan ternampak ada senapang patah dan kotak peluru. Hasan isikan peluru senapang itu dan mula menggunakan senjata panjang itu.
"Tangkap dia!".
Penduduk kampung mula memasuki rumah di tingkat bawah nak bunuh Hasan. Hasan tembak lampu pelita yang tergantung di shiling sehingga terjatuh ke lantai. Apinya menyebabkan mereka menjerit kerana kulit terbakar, tetapi tidak kepada lelaki yang memegang gergaji mesin.Hasan terus melompat ke luar rumah dari tingkap atas. Dia berada di atas bumbung rumah lain memerhatikan penduduk kampung tadi tidak berhenti mengejarnya dari belakang. Hasan cuba tembak mereka semua sehingga mati.
"Berapa ramai dorang semua ni? Takkan aku nak mati kat sini".
Hasan terkejut kerana lelaki bergergaji mesin berada di depannya. Dia terus mengejar Hasan sambil mengangkat gergaji dengan tinggi. Hasan tidak sempat menembak tetapi menepis mata gergaji itu dengan senapangnya.
"hahaha, daging kau akan berkecai kejap lagi" kata lelaki itu.
Hasan ambil kesempatan menikam badan lelaki itu dan menolak gergaji itu terus ke mukanya."ARRHHH!" lelaki itu kesakitan sehinggalah mukanya berkecai dan bergolek jatuh ke tanah.Hasan memerhati penduduk kampung yang mengejarnya tadi. Mereka semua jatuh ke tanah secara tiba tiba, seolah olah tidak bermaya untuk bergerak. Hasan terjun ke bawah rumah."Dorang semua mati mengejut ke? Takkanlah sakit jantung kot".
Hasan periksa nadi di leher salah seorang penduduk kampung itu. Tiada degupan bermakna tiada nyawa. Dari firasat Hasan dia yakin penduduk kampung itu sudah lama mati. Macam mana orang mati boleh hidup untuk seketika?
Tiba tiba Hasan rasa ada seseorang berada dekat di tempat dia berdiri."Kau cari aku?" suara halus datang dari belakangnya.
Hasan pusing dengan pantas. Dia terkejut kerana memang kenal dengan orang itu."Aila! Kau tau tak apa kau dah buat selama ni? Kenapa kau sanggup buat perkara terkutuk macam ni?" Hasan mengacu pistol ke arah Aila.
Aila selangkah ke depan.
"Kau pun tak ingat apa kau dah buat dengan keluarga aku dua tahun lepas? Apa kau dah buat bila kau pergi banglo lama yang kau pernah siasat dua tahun lepas? Apa kau buat dengan orang dekat situ?" tanya Aila kemarahan.
"Apa kau cakap ni hah?" balas Hasan.
"Jangan buat lupa! Kau tuduh orang tak bersalah, kau bunuh keluarga aku, kau perangkap aku! Bukan aku yang mati, kau yang patut mati!".
"Tak guna!" Hasan terus melepaskan tembakan tapi sempat dielak Aila.
Aila dengan pantas menolak dada Hasan sebelah tangan sehingga dia terpelanting jauh ke belakang.
"Allahu akbar!" jerit Hasan yang menanggung kesakitan selepas menghempap dinding rumah."Cubalah apapun, kau takkan dapat kalahkan aku bila bila pun. Kau lemah, ilmu kau terlalu cetek untuk kalahkan aku!" Kata Aila sebelum meninggalkan kawasan kampung itu....Zakirah berada di balai polis Rawang. Dia menunjukkan bukunya kepada kepada pegawai polis di situ.
"Buku ni tak membuktikan apa apa, macam mana kami nak percaya apa awak cakap?" tanya pegawai itu.
Zakirah buka semula buku dan menunjukkan halaman buku itu.
"Tuan tengok kat sini, buku ni tulis yang Aila ni jadi pembunuh sejak dua tahun lepas. Padahal masa tu Aila bukan pembunuh tapi student sekolah saya. Takkanlah kebetulan nama watak sama dengan Aila. Lagipun kisah banglo dalam buku ni kisah benar, tuan pun mesti pasal ni" balas Aila.
Pegawai itu menunjukkan halaman buku itu ke pegawai lain. Mereka pun tidak berkata apa apa."Macam ni, saya boleh kata kisah buku ni betul sebab cerita tentang Hasan betul. Buku ni dah ramal tentang Hasan sejak dua tahun lepas. Cuma kami belum dapat sahkan lokasi Hasan di mana sekarang".
Zakirah pun mengeluarkan telefon pintar lalu membuka aplikasi yang dapat mengesan kedudukan Inspektor Hasan.
"Saya pernah dapatkan nombor Inspektor Hasan sebelum ni. Dengan nombor tu saya dapat detect lokasi Hasan kat mana sekarang. Cuma saya tak tahu apa lokasi ni, mungkin tuan tahu".Pegawai tadi melihat lokasi Hasan dengan jelas di telefon Zakirah.
"Kalau tak salah ni lokasi lebuhraya kan, cuba kau tengok" kata pegawai kepada pegawai lain."Haritu keluar berita ada kemalangan kat sini tapi kenderaan dengan mangsa tak dapat dikesan".
Pegawai itu teringat akan sesuatu tentang Hasan.
"Minggu lepas dia beritahu nak bertugas luar kawasan tapi dia tak beritahu saya apa tugasnya. Pelik juga Hasan ni. Mungkin Hasan tahu banyak perkara dari kita".
Sekarang pegawai tahu di mana lokasi Hasan. Dia mengarahkan pasukannya bergerak ke lebuhraya itu untuk mencari Inspektor Hasan. Zakirah juga akan bersama mereka kerana bukunya menceritakan perkara yang akan berlaku. Misi utama mereka ialah memastikan Inspektor Hasan berada dalam keadaan selamat. Aila juga akan diburu atas perbuatan jahatnya.
Bersambung...
YOU ARE READING
AILA
HorrorSelepas dilaporkan oleh pihak sekolah, Hasan, seorang inspektor di Balai Polis Rawang ditugaskan untuk menyiasat seorang pelajar perempuan sekolah menengah yang didakwa psiko di sekolah dan menyimpan mayat di rumahnya. Ketika dalam pembongkaran iden...