AILA – part 4
Zakirah tekun membaca bukunya yang dipinjam dari perpustakaan dari pagi sehingga larut malam. Zakirah sudah meminati buku itu walaupun belum sampai 24 jam buku itu berada dengannya. Buku misteri itu membuatkan dia tidak melakukan aktiviti lain di biliknya. Biasanya Zakirah akan keluar bersama kawannya atau menyiapkan kerja sekolah. Paling tidak pun Zakirah akan pergi makan di luar.
Sudah masuk beberapa bab, kisah di dalam buku itu dirungkaikan dengan peristiwa serangan hendap pelbagai pasukan khas di banglo usang yang terletak kawasan Jengka. Pelbagai unit bawah PDRM bertembung dengan angkatan Hizbullah, pasukan elit yang diketuai oleh pemimpin ajaran sesat bernama Abuja. Sampaikan pihak dari luar negara, membuatkan Zakirah tidak faham dengan situasi dan apakah motif serangan yang berlaku di sana.
"Macam tak logik je cerita ni, tapi buku ni tulis berdasarkan kisah sebenar. Siapa yang tulis buku ni?".
Zakirah terus menggali isi cerita bukunya. Pasukan polis yang berada di banglo itu dianggotai oleh Hafiz Hannan, Hasan dan Faiz diberi tugasan rahsia untuk menangkap anak buah Abuja iaitu Razlan dan Rahman. Pasukan PGK dianggotai oleh Leon dan Ely juga diberi tugasan yang sama, namun rupanya kedua dua pasukan itu telah berpakat untuk menggunakan ahli ajaran sesat itu sebagai kambing hitam.
"Kambing hitam untuk siapa?".
Pada tiga tahun lepas, seorang usahawan lelaki telah berjaya dalam perniagaan mereka. Dia menjalankan perniagaan dalam menghasilkan produk makanan di Pahang. Lelaki itu bernama Yunus. Mereka berusaha sedaya upaya membina kejayaan sebagai usahawan bersama. Seorang warga Amerika Syarikat bernama James diberi peluang bekerja dalam perniagaan itu dan dilantik sepagai pengurus atas usaha dan tanggungjawab sebagai pekerja.
Sebulan kemudian, James telah membocorkan rahsia besar syarikat Crushy. James membuktikan sebenarnya makanan yang dihasilkan syarikat itu mengandungi bahan terlarang dan boleh mengakibatkan kematian atau penyakit berbahaya. Belum sempat menyebarkan bukti rahsia itu, James telah dibunuh oleh orang orang Yunus dan mayatnya tak dikesan sehingga sekarang. Walaupun spekulasi bertiup kencang tentang syarikatnya, Yunus berkata tiada apa perlu diragui tentang produk makanannya.
Apa yang mereka tidak tahu, James ialah anak kepada Komander US Army dan dilantik sebagai pengintip untuk mengintip syarikat itu secara rahsia. Jadi, PDRM mengarahkan unit mereka untuk menyelesaikan masalah ini. Selepas Yunus berjaya dibunuh, Ely meletakkan mayat Yunus ke dalam keretanya. Apabila sampai di rumah ustaz Razlan, mayat itu dipindahkan ke dalam bonet kereta ustaz Razlan.
Mereka semua tahu ustaz Razlan tiada kaitan dengan pembunuhan Yunus tetapi kerana berfahaman ajaran sesat, Ustaz Razlan dan rakannya Ustaz Rahman dijadikan mangsa keadaan. Mereka berdua telah ditangkap dan dihukum bunuh oleh pihak polis.
Selama ni mereka berpura pura seperti tidak tahu agar misi selesai dan kekal rahsia."Jadi agen agen ni gunakan ustaz ajaran sesat ni sebagai mangsa keadaan, dan biar semua orang fikir ustaz tu pembunuh Yunus. Yunus bunuh James, PGK bunuh Yunus, tapi yang semua orang tahu, Ustaz Razlan bunuh Yunus, akhirnya polis bunuh Ustaz Razlan".
Zakirah membaca helaian seterusnya, mengetahui bahawa Abuja masih hidup sampai hari ini. Abuja tidak dapat menahan emosinya bila dua orang anak buahnya dihukum bunuh sedangkan mereka tidak membunuh sesiapapun. Abuja kenal dengan semua orang yang datang ke banglonya dua tahun lepas, jadi dia menghidupkan makhluk pembunuh seperti Joker, Mikail, Qaisara dan Aila untuk menghantui penduduk sehingga hayat mereka tamat.
YOU ARE READING
AILA
HorrorSelepas dilaporkan oleh pihak sekolah, Hasan, seorang inspektor di Balai Polis Rawang ditugaskan untuk menyiasat seorang pelajar perempuan sekolah menengah yang didakwa psiko di sekolah dan menyimpan mayat di rumahnya. Ketika dalam pembongkaran iden...