Part 6

7 0 0
                                    

AILA – part 6


Inspektor berjalan kaki dengan keadaan separa normal selepas badannya kesakitan diserang Aila. Dia mengekori jejak Aila melalui tapak kaki dan beberapa kesan cakaran di setiap jalan. Bahunya masih basah dengan darah mengalir perlahan. Mujur dia sudah membalut dengan kain putih. Banyak mayat bergelimpang di sekitar jalan membuatkan Hasan berasa loya, mungkin ini angkara Aila.


"Sampai bila kau nak bunuh orang tak bersalah, Aila? Kau tak sedar ke apa kau buat? Kenapa? Kau pun nak bunuh aku?" kata Hasan kemudian berhenti seketika.


"BANG! BANG!"


Hasan terdengar bunyi tembakan tak jauh dari dia berdiri. Hasan berjalan mengikuti arah bunyi itu sampailah ke satu rumah dengan mengheret kakinya. Rumah yang besar, yang usang, yang reput di tepi jalan raya. Dari luar rumah itu kelihatan sudah lama ditinggalkan. Dia cepat cepat bersembunyi di sebalik pintu rumah untuk mendengar lagi bunyi di dalam rumah. Hasan bersedia dengan pistolnya.


"SUDAH! Apa kau nak lagi dari aku hah? Tak cukup lagi dengan apa kau dah buat dekat tempat kau? Tergamak kau bunuh anak buah aku? Kau nak bunuh, bunuh aku! Mereka tak bersalah!" kata seorang lelaki dalam keadaan lemah.


Hasan mengintai dari tingkap untuk melihat dengan siapa lelaki tadi bercakap. Rupanya Aila berada di situ dalam keadaan mengamuk.


"Kau jangan lupa apa kau dah buat dulu! Kau suruh orang orang kau bunuh ayah aku, kau bakar rumah aku! Kau buat mak aku merana sampai harini! Tapi kau silap, ayah aku tak mati sebab tangan dia tak sejijik tangan kau! Kau patut mati dari dulu, manusia tak sedar diri!" kata Aila.Lelaki tadi cuba berdiri.


"Habis, kalau kau tak salah, kenapa kau bunuh dua kawan kau? Kau bunuh Raudhah dan Jasmin. Dekat sekolah kau bunuh, dekat rumah dia pun kau bunuh? Manusia jenis apa kau ni?" balas lelaki tadi.


Mata Aila menjadi semakin merah.


"Tak payah pura pura bodoh. Jasmin tu anak kandung kau! Aku bunuh dia dekat sekolah sebab aku tahu apa kau nak buat. Kau suruh anak kau letak racun dalam makanan aku tapi aku lagi cerdik dari dia. Aku sengaja tak turun makan masa rehat, biar aku ada masa nak ikut dia ke tandas. Kau dengan anak malang kau memang patut mati tahu tak! Aku bunuh Raudhah sebab dia budak upahan kau, memang aku taknak dia serah bukti dekat kau, biar kau menderita!".


Baru Hasan sedar bahawa pelajar yang dibunuh di sekolah tempoh hari itu merancang untuk bunuh Aila tapi sebaliknya berlaku. Raudhah juga dibunuh kerana menyimpan bukti tentang kes pembunuhan itu. Sebab itulah Aila berada di kampung terpencil.


Lelaki tadi terus mengacu pistol ke arah Aila.


"TAK, kau yang patut mati harini! Aku takkan biar kau hidup! Berambus dari hidup aku!".


Lelaki tu melepaskan tiga das tembakan tepat ke arah Aila. Dia memejamkan mata beberapa saat kemudian membuka perlahan lahan. Aila hanya berdiri di situ dengan badannya penuh asap.


"Kau dah mati?".


Aila mencekik leher lelaki itu dengan tangan kanan, dia tidak dapat melepaskan genggaman Aila sehingga mukanya menjadi biru.

AILAWhere stories live. Discover now