AILA – part 2 "Qaisara buat apa sorang sorang ni, jom ikut akak balik". Datang seorang perempuan berusia 20an memanggil adiknya dari jarak dekat. Inspektor Hasan terpandang perempuan itu dan terdiam seketika. Hasan ringankan mulut bertanya siapakah gerangan perempuan muda itu. "Siapa awak?". "Diara binti Badar, panggil saja Diara. Saya kakak dia. Awak ni siapa pula?" balas perempuan itu yang bernama Diara. "Saya Inspektor Hasan. Saya sebenarnya nak pergi ke satu rumah tapi ternampak adik awak pergi taman sorang sorang jadi saya teman dia kat sini. Bahaya kalau tak ada orang temankan dia". "Terima kasih temankan dia. Inspektor nak pergi rumah siapa?". "Saya nak ke rumah seorang student sekolah sini nama dia Aila. Awak tahu ke rumah dia kat mana?". "Oh Aila. Rumah dia dekat je, inspektor cuma pergi straight dari jalan ni dan terus belok kiri. Dia sekarang duduk dengan mak dia. Kenapa inspektor nak jumpa dia?". "Ada misi penting tapi maaf saya tak boleh dedah sekarang. Saya perlu gerak sekarang, kita jumpa lagi" kata Hasan lalu bergerak ke keretanya. "Hati hati inspektor" kata Diara. "Jumpa lagi pakcik" kata Qaisara sambil melambaikan tangan. . ..Beberapa minit menaiki kereta, Inspektor Hasan memerhati sebuah rumah satu tingkat di hadapannya. Dia kini sudah berada di satu taman perumahan bernama Taman Desa Kundang. Hasan melihat alamat rumah yang ada di tangannya, memang betul itulah rumah Aila. Hasan pun bertindak pergi ke pintu rumah itu. "Assalamualaikum". Lama juga Hasan menunggu salamnya dijawab. Pintu rumah dibuka lalu muncul sosok tubuh wanita di sebalik tingkap. Itulah ibu kepada Aila. "Waailaikumsalam, kamu ni siapa? Kenapa datang rumah ni?". "Saya inspektor Hasan. Saya ke sini untuk siasat anak makcik pasal kejadian kat sekolah menengah kat kawasan ni. Dia ada dalam rumah?". Perempuan itu memandang ke belakang. "Dia ada dalam bilik. Biasa waktu macam ni dia tengah rehat". "Oh ya ke?" tanya Hasan lalu memandang ke bawah. "Takpelah, Cik jaga anak Cik baik baik. Ada masa saya datang lagi". "Ok, terima kasih Inspektor" Perempuan itu menutup pintu rumah lalu kembali ke ruang tamu. Dalam masa sama, Aila masih terjaga di bilik tidurnya. Dia memerhati gambar gambar pelajar perempuan di atas meja sambil membelek belek satu persatu. Kebanyakan gambar itu ialah gambar pelajar sekolah Aila, sekolah di mana berlakunya pembunuhan seorang pelajar perempuan tingkatan lima. Aila meletakkan beberapa keping gambar tadi ke papan dart dengan teliti. Dia mengambil jarum dart dan berdiri dari jarak dekat dan mengambil tempat untuk membaling dart ke papan. Kemudian jarumnya dibaling secara tepat ke arah gambar seorang pelajar yang sangat dikenali di sekolahnya. "Raudhah. Kau akan mati malam ni" katanya dalam hati. Malam hari yang sama, Inspektor Hasan berada di dalam kereta. Keretanya berada tepat di bawah lampu jalan di berhampiran Taman Desa Kundang. Dia mahu tahu ke mana Aila akan pergi malam itu. Sudah satu jam dia asyik menunggu dalam keretanya. Akhirnya Hasan nampak Aila membuka pintu dan menutupnya kembali sebelum keluar dari kawasan rumah. Aila memakai pakaian serba hitam dalam malam yang gelap gelita. Hasan mengekorinya perlahan lahan supaya tidak diketahui Aila. Hasan tidak mahu rancangannya gagal. Tepat pukul 12 tengah malam, Aila tiba sebuah rumah yang berdekatan dengan pintu masuk taman perumahan itu. Dikatakan itulah rumah milik keluarga Raudhah. "Mana kau sekarang Raudhah, aku bunuh kau malam ni" kata Aila dalam hati. Inspektor Hasan mengambil pistolnya lalu keluar dari kereta untuk mengekori Aila masuk ke rumah. Aila sudah berada di ruang tamu. Keadaannya gelap gelita kerana semua orang telah masuk tidur. Raudhah satu satunya anak perempuan dalam keluarganya jadi Aila rasa dia tidur berseorangan di biliknya. Aila menaiki tangga bergerak ke bilik Raudhah. Aila memasuki biliknya kerana pintu tidak berkunci. Aila keluarkan pisaunya dan mengangkat dengan tinggi depan kepala Raudhah. Raudhah sempat membuka matanya. "AAARGHHH!" Ibu dan ayah Raudah terbangun setelah terdengar jeritan Raudhah di tingkat atas. Mereka bergegas ke biliknya untuk melihat apa yang terjadi. Alangkah terkejutnya mereka selepas melihat badan Raudhah berlumuran darah dan disahkan meninggal dunia. "RAUDHAH! Kenapa kau tinggalkan mak ayah" jerit ayahnya. Ayahnya tiba tiba terlihat kelibat seseorang berlari ke bawah tangga dengan laju. Ayahnya bangun dan terus mengejarnya ke pintu rumah. Ayahnya pasti dialah yang membunuh anaknya Raudhah. Ketika di luar rumah, sosok itu terhenti seketika. "Aila, jangan bergerak! Kamu dah dikepung!" Inspektor Hasan bersama pegawai muda yang lain berada di sekeliling rumah Raudhah. "Tangkap dia encik, dia bunuh anak aku!".Aila melepaskan pisau di tangan lalu melulut di depan mereka semua. Hasan mengarahkan dua pegawainya menggari Aila kerana sudah menyerah dia. Namun Aila sudah memikirkan sesuatu. Aila cepat ambil semua pisau dan menoreh leher kedua pegawai. "Apa kamu buat ni, Aila?" Hasan terkejut kerana melihat Aila membunuh di depan matanya. Seorang lagi pegawai polis cuba menembak Aila tapi Aila membunuhnya dengan membaling pisau ke dada pegawai itu. "Take cover!" hasan arahkan semua untuk berlindung dari diserang Aila. Hasan dan yang lain menembak Aila tapi dia sudah melarikan dari lokasi kejadian. Hasan tidak tahu ke mana lagi Aila pergi pada malam itu. Seorang pegawai telah diperintah untuk memanggil ambulans untuk membawa jasad Raudhah ke hospital dengan segera. Sudah terbukti siapa yang terlibat dalam pembunuhan di sekolah menengah tempoh hari. Bersambung...
YOU ARE READING
AILA
HorrorSelepas dilaporkan oleh pihak sekolah, Hasan, seorang inspektor di Balai Polis Rawang ditugaskan untuk menyiasat seorang pelajar perempuan sekolah menengah yang didakwa psiko di sekolah dan menyimpan mayat di rumahnya. Ketika dalam pembongkaran iden...