AILA – part 3
Esoknya pihak sekolah telah mengumumkan bahawa penutupan sekolah akan dilanjutkan kepada sebulan selepas mendengar kes pembunuhan melibatkan Aila. Semua pelajar diminta untuk melaksanakan pembelajaran dari rumah secara atas talian bersama guru mereka. Majoriti pelajar amat terkejut selepas mendapat tahu rupanya Aila yang membunuhnya rakannya di tandas sekolah tempoh hari. Ketika ini Fisya, Amelia dan Zakirah berada di perpustakaan pada waktu pagi.
"Aku macam tak percaya bila berita kata Aila dah jadi pembunuh kat tempat kita. Patutlah kebelakangan ni dia macam pelik je" kata Fisya sambil memegang buku. "Haahlah, tapi kenapa dia tergamak buat macam tu? Dia tak pikir ke dia masih ada mak lagi, dahlah ayah dia meninggal tahun lepas. Aku dengar Aila dah hilangkan diri dari rumah dia. Polis dah cari dia sekitar bandar tapi masih tak jumpa. Mak dia pula sedih kat rumah. Harap mak dia selamat kat rumah sudahlah" balas Amelia.
"Betul tu Amelia, aku rasa Aila dah tak macam orang. Aku dengar semalam dia dah bunuh pegawai polis dengan pisau! Setahu aku Aila tak sekuat macam tu. Aku syak Aila ni dah ada ilmu?". "Ilmu apa tu?".
"Mungkin ilmu sihir, tapi tak tahu lah mana dia belajar sampai jadi kuat macam tu". Ketika Amelia dan Fisya berborak di tempat mereka, Zakirah masih membelek buku di rak buku yang tersedia di situ.
"Hai, tak habis lagi ke pasal Aila? Kalau ya pun nak kaji, study lah jugak untuk exam nanti" kata Zakirah dalam hati.
Dia ingin mencari buku berkaitan geografi untuk mengulangkaji pelajaran sebagai persediaan menghadapi SPM pada tahun ini. Dia amat meminati subjek itu. Ketika ingin mencapai satu buku, tiba tiba ada satu buku tebal terjatuh terkena kakinya.
Zakirah ambil buku itu dan melihat kulit buku. Buku itu bertajuk Banglo Yang Dirindui. Zakirah pernah terdengar sesuatu berkaitan banglo namun dia rasa itu hanya perkara biasa. Dia tertarik dengan tajuk buku jadi dia melihat beberapa helaian muka surat dengan sepintas lalu. Walaupun tidak membacanya satu persatu, dia rasa ingin tahu lebih tentang buku itu.
"Buku ni ke keluarga aku pernah cerita dulu? Kenapa aku macam teringat sesuatu? Buku ni relate dengan life aku ke? Aku kena baca buku ni sampai habis jugak, aku tahu buku ni ada rahsia".
Zakirah bawa buku tebal itu ke kaunter pertanyaan untuk meminta meminjam buku tadi. Fisya dan Amelia baru sahaja perasan keberadaan Zakirah di situ. Mereka hairan Zakirah hanya duduk bersama selama beberapa minit sahaja.
"Zakirah, kau dah nak balik ke?" tanya Fisya.
"Haah, aku ada hal penting sekarang. Papehal call aku nanti" balas Zakirah sebelum keluar dari perpustakaan.
Mereka berdua diam seketika sebelum menyambung perbualan tadi. . . . Inspektor Hasan memandu kereta persendiriannya pergi ke lokasi yang tidak diketahui. Laluan yang dilalui tiada kereta lain bersamanya. Dia tidak dapat lupakan peristiwa menyayat hati semalam. Dia dah lihat ramai anggotanya dibunuh secara kejam oleh pembunuh cilik bernama Aila. Dia tidak menyangka Aila tergamak bunuh dua orang kawannya sendiri. Sampai hari ini motif pembunuhan tidak dipastikan.
Hasan hairan, kawasan sekelilingnya penuh dengan kabus padahal tiada langsung kabus ketika memasuki jalan itu. Keadaan itu memaksanya memandu dengan perlahan. Kemudian, Radio keretanya tiba tiba tidak berfungsi. Hasan cuba membetulkan radio tapi tidak berhasil mengeluarkan bunyi melainkan isyarat radio yang tidak beberapa jelas. Dia cuba menukar saluran radio lain tapi hasilnya tetap sama.
"Kenapa pulak radio ni? Takkan tak ada pencawang kat sini. Takkan sebab kabus kot" Kata Hasan nada tinggi.
Hasan menyerah dan menutup sahaja radio itu. Kemudian Hasan memasang CD untuk mendengar lagu kegemarannya bagi menghilangkan bosan. Datang pula masalah lain mengganggu fikirannya. Tiada masalah dengan CD atau lagu tapi telinganya terdengar satu bisikan. Bisikan itu tidak terhenti.
"Mati...mati...mati...".
Hasan cuba sedaya upaya tidak melayan bisikan itu supaya tidak mengganggunya memandu. Hasan juga tidak cukup tidur sejak semalam selepas kes pembunuhan itu berlaku. Bahagian depannya penuh dengan cawan plastik kopi.
Ketika ingin melintasi satu bukit di seberang jalan, dia ternampak seseorang berada di atas bukit sambil berdiri. Pelik bagi Hasan, siapa yang berani panjat bukit setinggi itu. Lagipun, macam mana dia boleh panjat bukit yang berisiko seperti itu? Hasan tidak dapat kenal pasti siapa orang itu kabus amat tebal. Amat susah dia nak tengok dengan jelas.
Hasan terus ambil teropong untuk melihat orang itu. Alangkah terkejutnya Hasan yang orang itu melihat Hasan dari atas bukit. Pandangannya seolah olah sudah kenal dengan Hasan. Teropong terjatuh ke tempat duduknya akibat terlalu terkejut kerana orang di atas bukit itu ialah... "AILA! Ke mana kau nak pergi lagi hah?".
Hasan terus pandang ke atas selepas terdengar hon lori di depannya. Lori itu bergerak laju ke arah Hasan sedangkan jalan raya itu jalan dua hala. Hasan berjaya mengelak dari dilanggar oleh lori tadi, namun malang baginya apabila brek kereta dipandunya tidak berfungsi lalu terlanggar besi penghadang jalan dan menembusi gaung yang dalam.
"ARGHHH!!".
Hasan menjerit walaupun keretanya sekarang berguling guling melanggar batu batu di sisi gaung sehingga keretanya remuk teruk. Hasan cuba menundukkan kepala untuk keselamatan dirinya.
"Ya Allah, selamatkan aku dari malapetaka ini". Sampai di dasar gaung, keretanya sudah terbalik dan terlalu remuk. Hasan memejam mata tidak sedarkan diri, merasakan ajalnya sudah sampai. Tangannya tidak lagi bergerak ketika itu. Sebelum memejam mata, dia ternampak sepasang kaki bergerak ke keretanya. Dia tidak berkata apa apa lalu terus memejamkan matanya... Bersambung...
YOU ARE READING
AILA
HorrorSelepas dilaporkan oleh pihak sekolah, Hasan, seorang inspektor di Balai Polis Rawang ditugaskan untuk menyiasat seorang pelajar perempuan sekolah menengah yang didakwa psiko di sekolah dan menyimpan mayat di rumahnya. Ketika dalam pembongkaran iden...