Aku diam.
Suasana di cafe hanya kedengaran bunyi muzik yang di pasang. Lagu Bukan Lagi Kita nyanyian dari Nadeera menyapa telinga aku.
Aku hembus nafas perlahan sebelum air matcha latte aku sedut .
Sedap ! Dah lama tak minum air macam ni. Sekali dapat rasa puas sangat².
" Man kecewa "
Aku angkat kening . Oh lupa ada Adam Luqman dihadapan aku sekarang.
Kami berjumpa buat kali terakhir sebagai status tunangan sebelum ikatan ini terlerai. Aku buat keputusan untuk memutuskan pertunangan kami .
Dan keluarga aku pun tidak menghalang. Apa yang terbaik untuk aku mereka turutkan sahaja.
" Sampai hati Aisya . Kenapa sanggup putuskan hubungan kita? Besar sangat ke salah man pada Aisya?"
' hah besar ! Besar sangat² !'
Namun hanya mampu aku balas dalam hati.
Sebagai seorang perempuan yang comel lagi bergaya, aku tak mahu hati aku terus terluka. Ingat hati aku jenis kertas A4 ke?
Dah koyak engko tampal selotep macam tak ada apa-apa berlaku.
Wah kau !
" Rasa nya dah jelas apa yang saya cakap tadi. Memandangkan keluarga kita memang ada pertalian darah jadi saya rasa keputusan yang saya buat ini betul. "
Luqman mengeluh panjang. Dia cuba untuk pertahankan hubungan mereka tetapi nampaknya sia -sia sahaja.
Macam dah tak ada harapan lagi.
" Kan man dah jelaskan hal sebenar? Kenapa susah sangat aisya nak percayakan man? Kami memang tak ada apa-apa hubungan pun. Apa Aisya nampak tu semua tak betul."
Aku angguk kepala malas. Malas nak percaya dengan kata-kata manis dari mulut si Luqman ni.
Satu sampul surat aku ambil dari beg tangan sebelum letakkan atas meja.
" Tengok lah "
Tak tunggu lama Luqman ambil sampul surat itu dan beberapa keping gambar ditarik keluar. Lama matanya terpaku di gambar, riak wajah sudah berubah kelat.
" So ? Masih tak ada apa-apa hubungan lagi?" Soal aku malas.
" Mana awak dapat gambar² ni?" Luqman bersuara dengan berat hati.
Jadi semuanya sia² la?
" Lahh tanya saya pulak, sedangkan awak sendiri tahu siapa yang bagi dekat saya"
Aku juling mata ke atas. Dasar lelaki buaya !
Kura² dalam perahu, boleh pulak pura² tak tahu ! Cissssssskut betol !
" Tapi awak pun curang dengan saya juga kan? Siapa lelaki yang hantar awak dekat pejabat minggu lepas?"
Aku angkat kening. Maknanya hari itu dia tunggu aku sampai petang ke?
Siap nampak aku dengan amzar lagi.
" Kawan saya, kenapa? Ada masalah?"
" Seronok mainkan hati saya?" Soal Luqman dengan nada geram.
Wahhh ! Playvictim pulak mamat ni.
" Tak sekarang ni apa masalah awak??lagi sagu Awak sedar tak kalau gambar ni dapat dekat mama awak, apa yang dia rasa?"
Luqman terdiam. Matanya kembali jatuh pada gambar tersebut.
Kelihatan Luqman dan kekasih hatinya terbaring sambil berselfie dalam keadaan tidak berbaju, hanya selimut tebal menutupi tubuh mereka.
ANDA SEDANG MEMBACA
Aisya Fakhira
Cerita Pendekmacam mana jejaka yang boleh dikatakan SANGAT KACAK jatuh cinta dengan GADIS BERSAIZ XXXL??? gila.! rasa macam bermimpi. tapi tidak. ini realiti. siapa kata gadis XXXL tak boleh dapat jejaka KACAK? bukan dia yang merayu², sebaliknya jejaka KACAK itu...
