Part 2

159 21 0
                                    

DAREENA hanya pandang muka Sha. Dari mula sampai, sampai sekarang dah boleh dibaca riak teruja si teman.

Macam dia pula yang dipinang orang.

"Hensem tak?" Sha pasang sengih. Riak muka langsung tak boleh nak simpan rasa teruja.

Dareena jongket bahu. Itulah kebenarannya. Nama pun tak tahu, apatah lagi wajah. Dia malas nak tanya lebih-lebih dengan mama semalam, tapi sekarang dia yang penasaran sendiri.

Sempatlah juga wajah imaginasi si bakal tunang menjengah masuk dalam mimpinya.

Bakal tunang.

Dareena sedut nafas panjang dan dilepas perlahan. Tak tahu kenapa hati seakan sedang menerima situasinya sekarang.

Mungkin dia terlalu kecewa dengan Fakrul. Sudah tak kisah walau dipaksa bertunang atau bernikah dengan orang yang dia tak kenal sekali pun.

"Tak pernah jumpa?"

Dareena pandang muka Sha lama. Nak angguk pun dia jadi malu sendiri.

Hakikat yang satu itu memang agak menjanggalkan baginya.

"Macam mana kalau tiba-tiba tak hensem. Macam mana kalau tiba-tiba tua? Kau nak terima juga?" Sambil bertanya, sambil laju juga tangan menyuap kentang goreng ke mulut. Sha pandang Dareena yang diam.

Kali ini terlepas pula keluhan Dareena.

"Nama?" Sha terus mengaju soalan. Belum habis terkejut dengan berita yang dia terima semalam, dan maklumat yang baru menjengah telinga buat dia bertambah curiga.

Memanglah dia lagi suka kalau Dareena tinggalkan Fakrul, tapi macam pelik pula kalau si teman menerima saja lelaki yang nama dan wajah pun jadi misteri.

"Aku tak tanya pun mama. Malas." Dareena sedut nafas sedalamnya. Buat tenangkan hati sendiri.

"So, kena unboxing malam pertama ke baru nak tahu segala bagai tentang dia?"

Dareena renung tajam. Kalau bab mengarut serahkan saja pada Sharina binti Muhammad Shukri. Kejap lagi mesti keluar soalan merepek lain juga.

"Aku takut kau kena unboxing dulu malam tu."

Kan. Baru je cakap.

Dareena ketap rahang. Hilang terus selera. Tapi apa yang dia harapkan dengan Sha, sebab memang inilah tujuan mereka bertemu.

"Aku rasa kau kena pakai purdah masa akad nikah nanti. Barulah jadi kejutan bila kena unboxing." Sha ketawa sendiri. Tak sedar pandangan mata Dareena makin tajam mencerlung padanya.

"Aku tak bagi kata setuju lagi." Dareena sandar tubuh ke belakang.

Lelah.

Ini baru Sha. Belum lagi teman-teman yang lain. Belum lagi sepupunya juga.

Dareena tebarkan pandangan ke segenap ruang restoren makanan segera itu. Beri peluang pula pada mata menjamu.

Terpusat matanya pada meja yang berselang tiga dengan meja Sha dan dia. Seorang lelaki yang sedang membelakangi dengan seorang wanita berambut pendek yang sedang berbual manja. Manja kerana dilihat pada liuk si wanita yang hujung jarinya sedang asyik menari di lengan si lelaki. Dan sesekali kedengaran tawa manja si wanita itu.

"Sha."

Laju saja pandangan berpindah pada wajah Sha.

"Kenapa?" Malas-malas saja Dareena bertanya. Terjentik rasa rindu pada Fakrul melihat mesranya pasangan itu.

"Aku yang patut tanya kenapa. Khayal entah sampai ke mana? Dua kali aku panggil pun kau termenung jauh." Sha paling kepala ke belakang. Meluruskan mata ke arah pandangan Dareena terpusat sebentar tadi.

"Kenal ke?" Sha jongket kening.

"Tak." Dareena kunyah kentang goreng perlahan.

"Habis tu?"

"Entah lah." Terletus keluhan kecil. Entah untuk apa keluhan itu, sendiri pun kurang pasti. Sama ada kerana merindui Fakrul atau kerana pinangan kenalan lama papa semalam.

Diluruskan kembali matanya pada pasangan di hadapan.  Apabila si lelaki bangun, matanya hanya mengikut gerak-geri susuk itu.

"You ni."

Suara dari meja yang tadi mencuri perhatian Dareena menyinggah anak telinga. Si wanita seakan membentak dengan bibir memuncung dan mata terlirik pada lelaki yang sudah menapak menjauh dari meja.

Drama sebabak.

Fakrul dan dia macam inilah. Manisnya sedikit dan selebihnya hanya perbalahan yang berakhir dengan lelaki itu menghilang tanpa khabar.

"Heim."

Bagaikan magnet, lurus saja Dareena memandang lelaki yang sudah menjauh itu. Dan selepas seketika berpindah pula melirik pada si wanita yang memeluk tubuh dengan wajah terpaling ke arah lain. Ada omelan di bibir tanpa suara.

Jadi wanita ni, memang kena banyak sabarkan diri agaknya. Dan lelaki, sejak dulu terlalu sukar dibaca apa kemahuan mereka.

Sama macam Fakrul.

Hati jadi lirih tidak semena. Apabila teringat mesej yang dihantar pagi tadi hanya terbiar sepi tanpa balasan, dia sebak memikirkannya. Sampai hati Fakrul melayannya begini.

"Aku nak pergi tandas." Dareena bingkas bangun. Dia takut menangis depan Sha. Bersoal jawab dengan temannya itu boleh jadi seisi yang hanya melelahkan.

Sha sekadar mengangguk dan kembali memandang skrin telefon pintarnya.

Melintasi pintu kaca menuju ke tandas, mata tertangkap susuk lelaki tadi sedang duduk di kerusi luar.

Inilah lelaki.

Langsung tak ada rasa bersalah meninggalkan teman wanita yang sedang merajuk. Boleh pula dia duduk bersantai macam tak ada apa-apa berlaku. Jadi lelaki ni serba-serbi mudah agaknya.

Dup!

Macam nak tercabut jantung saat si lelaki mengangkat kepala dan memandang dari luar. Dareena cepat-cepat melangkah menuju tandas.

Tak tahu kenapa hati tiba-tiba saja jadi lain. Pandangan si lelaki yang ditangkap lensa mata sebentar tadi, seolah ada rasa lain yang menjalar ke setiap inci tubuh.

Inilah akibatnya apabila hati melirih teringatkan Fakrul. Semua salah lelaki itu. Jadi jangan salahkannya kalau pinangan kenalan lama papa, dia terima tanpa banyak soal.

Mungkin itu yang lebih baik.

Mungkin itu juga yang sudah tersurat buatnya.

Jodoh yang diatur orang tua.

RASA YANG ADAWhere stories live. Discover now