DAREENA pandang muka Mel. Dan kemudian jatuh pula memandang jambangan bunga di meja.
Sepanjang tiga tahun berkerja di sini, memang tak pernah dia terima jambangan sebegini. Bunga rose pink dan merah, bersulam dengan coklat yang membuatnya jadi kaget.
"Untuk I ke?" Dareena masih waswas.
"Memang nama you." Mel tuding pada kad kecil yang berserta bersama.
"You tak nak, I ambil." Mel acah-acah nak gapai jambangan bunga, namun Dareena lagi pantas.
Mungkin Fakrul.
Kad dibelek, tapi hanya ada kata ucapan tanpa tertulis dari siapa.
Have a good day.
Pastilah Fakrul kalau dah ucapan tertulis begitu.
Dareena senyum, tak sedar langkah kaki membawa menuju ke lif. Saat dia tersedar, dia dah tak mampu mengelak. Nak berundur atau larikan diri, memang nampak ketara sangat.
Saheim sedang berdiri di depan lif keseorangan. Fokus matanya leka dengan pada tab di tangan. Apabila menyedari ada susuk yang mendekat, dia toleh sedikit. Terlirik pada wajah Dareena dan kemudian beralih pada jambangan bunga yang sedang dipeluk di dada.
Lidah Dareena kelu. Nak menegur, macam kekok. Tapi kalau diam saja, macam tak hormat orang atasan.
Dareena berdeham sedikit.
"Pagi, Encik Saheim." Antara dengar dan tidak. Rasanya suara nafasnya lagi kuat.
Rasa menyesal pula menegur apabila tiada reaksi dari orang yang ditegur.
Senyap. Bisu.
Terbuka saja pintu lif, menonong saja Saheim masuk.
Dareena jadi canggung. Kalau boleh macam nak ghaibkan diri.
Malu tak payah nak cakap.
Tiba-tiba rasa macam syok sendiri.
"Nak masuk atau tak?"
Dareena telan liur. Dada rasa gugup. Kalau ikutkan hati, nak saja dia berlari ke arah tangga. Biar mendaki ke tingkat lima sampai berpeluh dahi pun dia sanggup. Tapi melihatkan pintu lif yang masih terbuka dan renungan mata Saheim terarah padanya, dia sendiri tak sedar kaki melangkah masuk.
"I don't bite." Selamba suara Saheim sebaik pinti lif tertutup.
Yes, you don't bite, tapi mampu buat hati jadi huru-hara.
Dareena berdiri kekok. Terasa mata Saheim yang berdiri di belakang mungkin sedang memerhati tiap lekuk tubuhnya. Lelaki akan tetap lelaki. Sifat yang satu itu tak akan mempu dibuang walau sebaik mana pun lelaki itu.
Tingkat demi tingkat, Dareena tak sabar nak keluar dari ruang sempit yang buat tubuh jadi membahang tanpa sebab.
Entah kenapa dia jadi gelisah. Dulu bukan tak pernah GM bertukar sebelum Saheim. Dulu mungkin GM tak semuda Saheim atau tak sehensem ini juga.
"Saya tak nampak cincin yang awak pakai semalam."
Dup!
Terasa putus nyawa.
Dareena cuba menahan diri dari memberikan reaksi berlebih-lebihan. Hairan. Tak kan lah tengah tunggu lif tadi sempat diimbas cincin di jari.
Makin lama makin pelik.
"It's just a ring. Saya pakai bila saya nak pakai." Tiada gugup dalam menjawab pertanyaab Saheim. Langsung tidak menoleh memandang Saheim di belakang.
Tipu sunat. Itu sajalah jawapannya. Saat Fakrul menghubunginya malam tadi, menghilangkan rajuknya sekelip mata. Dan pagi tadi, disimpan kembali cincin belah rotan itu ke dalam kotaknya.
Mungkin itu lebih baik. Untuk Fakrul dan dia juga. Walau ada rasa bersalah dengan mama, tapi dalam situasi sekarang hati dia yang lebih utama, yang patut diambil berat.
"It's okay, saya tak nak tahu."
Eh.
Kali ini Dareena tak dapat menahan diri daripada menoleh. Memandang Saheim yang berdiri di belakang.
Tadi tanya, dan sekarang cakap tak nak tahu pula.
Apabila lif terbuka dan Saheim melangkah keluar, Dareena masih berdiri tidak berganjak. Hanya memerhati susuk berbaju kemeja hitam itu berlalu. Dia perasan sejak hari pertama, hanya itu seleksi warna kemeja yang dikenakan Saheim.
Tak kan pakai baju sama hari-hari.
Hilang saja susuk Saheim di celah-celah kubikel, Dareena bagaikan tersentak. Entah apa yang merasuk diri, kenapa hal lelaki itu yang sibuk dia nak ambil tahu. Bukan sapa-sapa pun. Hanya anak bos besar.
Apabila dia sampai di meja kerja, pantas saja Sha mendekat. Mulut melopong, mata membulat.
"Wow. Encik tunang bagi bunga? Wow." Sha sorongkan kerusinya mendekat. Hal begini kena kepochi. Bukan selalu si teman nak datang kerja dengan jambangan bunga sebegini.
Sangat luar biasa.
"Tak." Sehabis menjawab, tak tahulah kenapa ringan saja Dareena angkat muka dan luruskan pandangan pada satu arah.
Mati senyuman yang tadi terlempar buat Sha. Sayup-sayup kelihatan Saheim berdiri di jenang pintu dengan kedua tangan memeluk tubuh dengan mata terarah padanya.
Bukannya dia salah tengok. Memang Saheim sedang memandangnya.
Darah berderau, Dareena segera tundukkan kembali pandangan. Bunga di tangan diletak perlahan atas meja. Tingkah jadi serba kekok. Nak duduk pun jadi serba tak kena. Nak tarik kerusi pun sampai lupa cara.
Apa masalahnya sekarang? Atau memang ada larangan berbual sesama staf yang dia tak tahu. Datang kerja memang kena fokus langsung pada kerja? Langsung tak boleh menyapa teman yang lain?
Apabila dah duduk, Dareena beranikan diri angkat wajahnya. Lurus saja pandangan ke arah bilik Saheim.
Ajaib.
Sekelip mata menghilang susuk yang senget tubuh ke kiri bersandar pada jenang pintu tadi. Pintu kaca pun dah tertutup rapat.
Mustahil dia berhalusinasi. Memang dia cukup yakin memang Saheim yang berdiri di situ tadi.
"I dengar dia dah bertunang."
Laju saja Dareena menoleh mengikut arah suara itu. Terdongak dia memandang Farahin yang berdiri di belakang Sha.
Berat mulut Dareena nak bertanya siapa yang dimaksudkan Farahin.
"Siapa?" Sha pantas seperti selalu. Kalau bab menbawang bergosip, telinga kalah telinga lintah.
"Encik Saheim."
Sekali lagi kepala Dareena terdongak. Dan tak sedar bibir tercunggit di hujung.
Dasar buaya.
Dareena cebik bibir pula.
Sahlah perempuan di parkir tempohari si tunang yang dikatakan Farahin.
"Kenal awak."
Terngiang kembali suara husky Saheim.
Dareena geleng kepala tanpa sedar.
YOU ARE READING
RASA YANG ADA
Storie d'amoreSaat Dareena buntu apabila Fakrul sering menghilang, dia terima saja pinangan dari kenalan papanya. Tapi munculnya Saheim telah membuatkan hatinya huru-hara. Antara mahu teruskan apa yang telah dirancang atau kahwin lari mengikut kata hati sendiri...