DAREENA jadi gentar. Seram sejuk pula apabila melihat Saheim berjalan menuju mejanya. Sha yang melihat kelihatan tercengang juga.
Hampir tersedak air yang disedut apabila dengan selamba Saheim melabuh duduk di sebelah. Melihatkan riak wajah Sha, lagilah Dareena rasa macam nak pengsan.
"Tak ada tempat kosong."
Tipu!
Mata Dareena memandang sekeliling.
Bersepah tempat kosong. Meja di sebelah pun tiada siapa yang duduk. Malahan ketika ini kafe memang agak lengang. Seperti kebiasaan kalau hari gaji. Memang yang lain lebih suka makan di luar berbanding kafe di bawah bangunan.
"Tak makan?" Saheim senyum pandang muka Dareena.
Dareena dah tak keruan. Melihat Sha yang hilang kata, buat dia gerun seketika. Apa dia nak jawab nanti. Dia sangat pasti dah bersusun soalan demi soalan sebaik mereka berdua naik ke atas.
"The last time pun you tak makan." Selamba lagu Saheim bersuara. Tak hiraukan renungan mata Dareena yang seakan meminta simpati darinya.
Allah.
Berpinar mata Dareena.
Sha yang memerhati bertambah curiga. Dia pandang muka Dareena dan pandang pula muk Saheim. Memang ada yang tak kena.
"Encik Saheim makan lah." Dareena berbasa-basi. Melihat cara pandangan mata Sha, rasa macam nak hilangkan diri saja.
"Lupa?" Saheim sandarkan tubuh, mata lurus pada wajah Dareena.
"Lupa apa?" Dareena garu dagu yang tak gatal.
"Encik." Sepatah Saheim menjawab. Siap dengan senyum sumbing.
Dareena terbatuk.
Tolong jangan bukan-bukan Encik Saheim.
Muka Dareena dah pucat.
"Sha, tadi kau cakap nak naik atas kan. Jom." Dareena cipta alasan untuk larikan diri. Takut kalau Saheim terlepas kata. Haru dia nak menjawab dengan Sha.
"Aku tak kata apa-apa pun." Sha hadiahkan jelingan. Membuak rasa ingin tahu melihat gelisahnya Dareena ketika ini.
Macam ada sesuatu di antara keduanya. Selama ini tak pernah lagi Saheim dengan selamba duduk semeja di kafe dengan pekerja lain. Hari ni boleh pula tiba-tiba saja.
"I nampak you pakai cincin semula."
Dareena cepat-cepat turunkan tangannya di bawah meja. Memang tak dinafikan betapa tajammnya mata Saheim. Sha sendiri tak pernah bertanya. Pandang muka Saheim dan Sha, jelas keduanya mengharapkan penjelasan. Walau keduanya mahukan penjelasan yang berbeza.
"Cincin apa, Reena?" Sha dah tak boleh sembunyikan rasa curiga melihat tingkah Dareena dan Saheim.
Dareena diam.
"Are you guys know each other before?" Terhambur soalan itu dari bibir Sha. Curiga yang tak dapat disembunyikan lagi.
"No."
"Nope."
Keduanya yang menjawab hampir serentak mengundang senyum Sha.
"Fishy okay." Sha bersuara antara dengar dan tidak.
"Saya nak naik atas dulu, Encik Saheim." Dareena dah tak sabar nak hilangkan diri. Sekarang ini pun dia dah boleh agak dah bermacam-macam teori dalam kepala Sha.
Sahlah naik saja ke pejabat, pasti menderu soalan demi soalan diaju Sha. Sekarang pun dah jelas riak wajah macam tak sabar nak bertanya lanjut.
"Aku nak habiskan air ni kejap." Sha tahan senyum. Melihat gelisahnya Dareena, terasa benar apa yang bermain dalam fikiran. Perlahan-lahan anak mata bergerak pada Saheim yang hanya diam memerhati. Saat mata menangkap tangan Saheim menyeluk saku seluar dan mengeluarkan sapu tangan, dia kelu buat sesaat.
Sapu tangan dengan corak yang sama dengan Dareena tempohari.
"Explain that." Hanya bibir digerakkan tanpa suara dengan mata memandang Dareena dan mengerling arah Saheim. Begitulah cara Dareena dan dia berbual secara rahsia. Mengenali bertahun-tahun membuatkan mereka berdua dengan mudah membaca gerak bibir masing-masing.
Dareena geleng kepala dan kemudian kelip mata berkali-kali.
Tak pernah sepanjang hayat dia sakit dada, tapi hari ini tiba-tiba saja dada terasa ketat. Macam nak pitam pun ada.
"Your lips." Saheim tolak sapu tangan di atas meja.
"Hmm?" Tak tertelan air liur Dareena melihat sapu tangan Saheim bergerak di hadapannya. Ini bukan saja nak pitam, tapi perbuatan Saheim mengundang nahas.
"Lips apa?" Suara Dareena dah macam suara itik tersepit.
"Kesan air." Saheim toleh sedikit dan jarinya bergerak menyentuh bibir sendiri. Isyarat untuk dareena mengesat di bahagian yang sama.
Dareena pandang sapu tangan Saheim dan kemudian pandang Sha yang tengah tersengih dan akhirnya dia memutuskan hanya mengesat dengan jarinya saja.
"No wonder." Agak kuat suara Sha, siap dengan senyum simpul. Sumpah dia tak pernah melihat Dareena menggelabah sebegini sejak saling mengenali. Dan betapa kekoknya si teman saat Saheim melabuh duduk tadi. Dia bukan budak-budak langsung tak dapat membaca gerak bahasa tubuh sebegitu. Terlalu mencurigakan untuk dia bersangka baik.
"No wonder apa?" Dareena dan Saheim bertanya hampir serentak.
"Nothing." Sha senyum. Dia sedut air dan segera bangun.
"Saya naik atas dulu, Encik Saheim." Sha minta diri. Lagi cepat naik, lagi cepat dia boleh membahan Dareena di atas.
Patutlah, mudah saja memutuskan hubungan dengan Fakrul. Rupanya dah jumpa yang lebih baik.
Eh.
Sha toleh ke belakang. Memandang ke arah Dareena yang sudah bangun dan mengekorinya. Matanya tertunduk pada jari manis di tangan kanan Dareena. Baru dia perasan tentang cincin yang dikatakan Saheim tadi.
What if...
Langkah Sha terhenti dan diluruskan mata memandang Saheim yang sedang memerhati langkah Dareena.
Im.
Tiba-tiba saja dia teringatkan nama bakal tunang Dareena. Sha kerut dahi.
Terlalu kebetulan untuk dikatakan kebetulan.
Im.
Heim.
Saheim.
YOU ARE READING
RASA YANG ADA
RomanceSaat Dareena buntu apabila Fakrul sering menghilang, dia terima saja pinangan dari kenalan papanya. Tapi munculnya Saheim telah membuatkan hatinya huru-hara. Antara mahu teruskan apa yang telah dirancang atau kahwin lari mengikut kata hati sendiri...