22

558 79 31
                                    

----

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

-
-
-
-

Esoknya aku daripada sekolah terus lari pergi ke stesen kereta api. Bas dah penuh. Memang terpaksa lari jelah gamaknya.

Aku taknak terlepas jumpa Yoshi untuk kali terakhir sebelum dia balik Jepun.

Sesampai aku kat stesen keretapi. Ligat mata aku cari kelibat Yoshi. Tolonglah, dapat jumpa dia sekejap pun jadilah.

Daripada jauh aku nampak Yoshi dengan mak dia. Terus aku lari menuju ke arah dia. Semua orang aku rempuh, serius aku tak kira. Asalkan aku dapat jumpa Yoshi.

"YOSHI!! JJAKAMAN!!!" Jerit aku sambil berlari ke arah dia. Dia dengar jeritan aku. Dia cari siapa yang panggil dia.

Aku terus berlari lalu memeluk dia. Alangkah terkejutnya Yoshi bila aku terus peluk dia.

"Jaga diri kau." Ujar aku selepas itu aku melepaskan pelukkan. Yoshi tersenyum memandang aku.

"Gomawo Chagi-ah." Balas Yoshi.

"Awak pun jaga diri kat sini. Semoga bahagia selalu. Terima kasih sebab ajar saya erti kasih sayang yang sebenar." Sambung Yoshi lagi.

Berair mata aku. Lepasni dah jauh, dah tak boleh jumpa.

"Uljima Chagi-ah." Yoshi menglap perlahan airmata aku yang mengalir kat pipi.

Aku ni nampak je kasar. Tapi hati tisu beb. Aku tak boleh betullah bab bab tak dapat jumpa member ni. Memang auto jadi sendu.

"Nanti saya balik Korea lagi, kita jumpa okay?" Ujar Yoshi lagi bagi menenangkan aku.

Aku mengangguk perlahan. Nangis airmata darah sekalipun tetap dia akan pergi. Kan? Hm.

"Saya nak kena pergi dah ni."

Aku mengangguk.

"Bye Yoshi." Lemah tangan aku nak lambai dia.

Yoshi senyum and lambai balik kat aku. Dia dengan omma dia masuk dalam keretapi.

Walaupun perkenalan aku dengan dia tak lama. Tapi kenangan tu bermakna.

-
-
-
-

Jaehyuk turun daripada biliknya lalu menuju ke dapur. Tuan Yoon yang berada di ruang tamu tiba tiba memanggilnya.

"Jaehyuk. Sini sekejap, ada benda appa nak tanya."

Jaehyuk dengan akurnya datang ke arah Tuan Yoon.

"Nae? Apa dia appa?" Soal Jaehyuk.

"Sejak dua menjak ni, banyak sangat gosip pasal kamu kat sekolah." Wajah Tuan Yoon tetiba saja menjadi serius dan agak marah.

"Nae?" Jaehyuk masih tak faham lagi apa yang ayahnya cuba untuk sampaikan.

"Appa hantar kamu ke sekolah untuk belajar. Kamu nak jadi pelajar yang nakal ke Jae?"

"Apa yang appa cuba nak cakap? Jae tak pahamlah appa." Soal Jae.

"Satu sekolah tahu yang kamu rapat dengan budak nakal tu." Ujar Tuan Yoon.

"Jadi? Kenapa je kalau Jae rapat dengan dia?" Soal Jae lagi.

"Appa tak suka. Budak macam tu takda masa depan! Nanti kamu akan terikut ikut perangai tak senonoh dia tu. Dia tu banyak rekod disiplin. Kamu faham tak ni Jae?" Nada Tuan Yoon sedikit meninggi.

"Jae ada hak appa nak berkawan dengan sesiapa pun." Lawan Jae.

"Tengok, kamu tengok sekarang ni diri kamu tu. Dah berani melawan appa. Sebab kamu suka berkawan dengan orang orang yang tak betul!"

"Jae cuma taknak appa pikir keburukan orang lain. Sudahlah appa, Chagi tu pun manusia jugak. Sebelum ni dia masuk bilik disiplin sebab nak tolong orang lain dalam kesusahan. Tapi dia yang kena tanggung semua. Appa tak nampak lagi ke?" Jae betul betul kecewa dengan Tuan Yoon.

"Mwo?! Kamu bercakap dengan siapa sekarang ni Yoon Jaehyuk?!!" Tuan Yoon menengking Jaehyuk.

Jaehyuk menundukkan kepalanya.

Tiba tiba Tuan Yoon campak surat di atas meja.

"Ni untuk kamu, takda bantahan mahupun penolakkan. Appa akan bertegas dalam hal ni. faham tak?!"

Jaehyuk mengambil surat itu lalu membukanya.

"Appa? Apa ni?" Soal Jae.

"Wae? Ni untuk masa depan kamu." Jawab appanya.

"Kenapa appa sanggup buat macam ni kat Jae?" Soal Jae lagi.

"Dekat Australia nanti kamu akan jumpa kawan yang lagi bagus. Kamu dapat tawaran tu. Jadi appa terima. Tiket flight bulan depan pun appa dah beli. Walau macam mana pun, kamu kena pergi. Faham?!" Tuan Yoon ingin pergi dari situ.

"Jebal appa."

"Pergi atau kamu bukan lagi anak appa." Tuan Yoon terus jalan menaiki anak tangga.

Terdiam Jae sambil merenung surat tu. Dia kena di transfer kan ke Australia.

-
-
-
-

Waktu rehat, aku rehat dengan Jihoon.

"Weh makanlah, aku bawak tteokbokki ni." Ujar Jihoon ke arah aku.

Aku geleng sambil tersengih.

"Mulai harini, aku nak diet. Aku nak cantik depan Jaehyuk." Jawab aku yakin betul.

Jihoon pandang je aku.

"Kau dah cukup cantik dah." Dengan wajah serius Jihoon tu buat aku jadi seram pulak.

First time dia puji aku gitu.

Ting!

Tetiba bunyi mesej masuk. Aku keluarkan telefon aku dari poket jaket sekolah aku.

My Kekanda <3
Aku nak jumpa kau sekejap kat belakang sekolah.

Aku terus berdiri bila baca mesej daripada Jaehyuk. Yes! Jae nak jumpa aku!

Aku cecepat kemas barang aku.

"Eh kau nak pergi mana?" Soal Jihoon.

"Jumpa Jaehyuk sekejap. Kau makan tau, nanti perut masuk angin ehek." Pantas aku lari tinggalkan Jihoon.

Jihoon letak perlahan chopstick. Nafasnya dihembus berat. Sakit, tapi takpalah asalkan Chagi bahagia.

-
-
-
-

Aku berlari ke arah Jaehyuk.

"BAA!" Aku memang akan usik Jaehyuk. Tapi kalini, Jaehyuk takda apa apa respons hm.

"Kau okay ke?" Soal aku bila Jaehyuk serius je. Aku duduk sebelah Jaehyuk. Jaehyuk cuma tertunduk je.

"Okay Jae, aku ada teka teki tuk kau." Ujar aku.

Jaehyuk toleh pandang aku.

"Dalam banyak banyak sayur, sayur apa yang kuat lari?"

Jaehyuk mengangkat bahu je.

"Sayur-run HAHAHAHAHAH!!" Aku gelak terbahak bahak.

Jaehyuk pandang je aku dengan hanya senyuman tipis di bibirnya.

Tak kelakor ke? :(

Aku terus terdiam bila dia memang tak support gelak aku hm. Aku tunduk jela sambil kaki aku kuis kuis lantai.

"Kita putus, Chagi." Jaehyuk bersuara. Aku terus pandang dia.

-
-
-
-

To be continue <3

[ C ] Crush Aku Pengawas Sekolah Where stories live. Discover now