-
-
-
-Esok sekolah macam biasa. Time to skodeng crush.
Tiap pagi aku akan lepak depan pintu semata mata nak tunggu crush lalu pergi ke kelas dia. Kau tahu tak saat saat macam ni heaven nak mampos!
"Tak penat ke Gi tiap hari buat benda sama?" Soal Yoora.
"Ish kau ni, temanla aku sekejap. Kalau aku duduk depan kelas ni sorang sorang nanti apa orang ingat." Kepala aku tak reti duduk diam. Nak tengok Jaehyuk dah sampai ke belum.
"Memang seronok jadikan kitaorang ni bahan untuk menutupi kegatalan kau kan?" Perli Jeongwoo. Sumpah nak je aku pijak mamat ni. Apa masalah ntah, busuk hati sangat aku ada crush ni kenapa. Aku malas nak layan, aku jeling je dia.
Aku nampak dari jauh Jaehyuk jalan dengan Asahi. Yes! Timing memang nice. Tak sia sia aku datang cepat harini. Satu pencapaian yang baik setakat ini.
Dia jalan makin dekat dengan kelas aku. Wtf- sumpah handsome nak mampos! Harini kelas aku dengan kelas dia ada sukan. Sebabtu aku suka hari isnin! Yang penting dia handsome gila pakai baju sukan. Sumpah!
Dia lalu depan aku. Dia pandang aku sekilas then dia senyum.
Damn!
Aku tengok je dia jalan masuk ke kelas dia. Kenapa lah aku bukan classmate dia.
"Eleh sukalah tu crush senyum." Dengki ek si Jeongwoo ni kat aku. Aku jeling tajam ke kat Jeongwoo ni. Tchhh menyakitkan hati aku je.
"Dah puas? Crush dah masuk kelas dah tu. Kau tak reti reti nak masuk kelas ke?" Soal Yoora memerli. Tahulah aku yang paksa diorang teman aku. Tapi tak payahlah perli perli.
"Hah jomlah masuk kelas errr." Terus aku masuk dalam kelas.
Sementara tunggu bunyi loceng sekolah. Baru kitaorang pergi padang. Bersukan kononnya. Sukan tak pun aku ni, tapi nak usya Jaehyuk je huhu.
-
-
-
-Kringgggg ~
Oh yeah time tu sukan! Aku orang pertama yang keluar dari kelas. Tak sabar nak sukan.
"Ishh minah ni, tak menyabar langsung." Bebel Jeongwoo yang kelam kabut kemas barang barang dia.
"Kau ni macam baru kenal dengan Chagi je en?" Soal Yoora memerli. Aku tinggalkan je dua ekor tu. Aku terus pergi padang. Dimana tempat kitaorang akan berkumpul.
Kelas aku, aku orang first yang dah duk bersila kat padang. Yang lain masih lenggang kangkung lagi jalan nak ke padang.
Tak lama tu, semua berkumpul. Termasuk kelas Jaehyuk hehe.
"Harini cikgu nak buat satu aktiviti. Aktiviti yang melibatkan kedua dua kelas." Ujar Cikgu Jungkook. Semua pelajar fokus dengar apa yang Cikgu Jungkook sampaikan.
YOU ARE READING
[ C ] Crush Aku Pengawas Sekolah
Fanfiction[ YOON JAEHYUK FANFICTION ] Bila kau seorang yang nakal, tak ikut peraturan sekolah. Lalu crush kat seorang pengawas sekolah. Rasanya seperti anda menjadi ironman. Start : 20/12/2021 End : 12/09/2022 Status : complete ✅ © ayamgoleknyah #1 jaehyuk [...