09

710 89 1
                                    

----

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

-
-
-
-

"Mana baju aku?" Soal Heeseung kepada Chagi. Membulat mata Chagi. Baju apanya, beli pun tak lagi.

"B-ba-baju?" Aku terkebil kebil tak tahu nak jawab apa.

"Wuuu Heeseung, siapa ni? Awek baru kau ke?" Soal kawan dia sambil menyiku lengan Heeseung. Pantas aku menggeleng. Heeseung jeling je kawan dia.

"Dik, ni dah siap jjamjjamyeon nya." Ujar makcik tu. Dengan pantas aku hulur duit kat makcik tu and capai makanan aku.

"Mana baj--" belum sempat heeseung menyoal lagi, dengan pantas Chagi jalan meninggalkan Heeseung disitu.

"Eh dik, duit bakinya." Jerit makcik tu. Chagi dah jalan jauh kedepan, dahlah jalannya macam tikus mondok. Laju je. Heeseung menggelengkan kepala nya.

-
-
-
-

"Tadi kat depan gerai jjamjjamyeon tu kau jumpa siapa?" Soal Jaehyuk. Auto tergamam aku. Macam mana dia tahu? Dia usya jeke aku kemana tadi Jaehyuk pandang je aku, menunggu jawapan daripada aku.

"Oh tu, ta-t-tadi." Aku buntu nak jawab apa. Cepatlah otak fikirkan jawapan yang logik dan bernas. bertambah nervous aku rasa bila Jaehyuk dok pandang je aku.

"Hahhh tu tadi jiran lama aku. Tak sangka kan jumpa dia HA! HA! HA! HA!" Jawab aku sambil tergelak kekok. Jaehyuk cuma menganggukkan kepalanya. Dia cuma nak tahu jawapan daripada Chagi je.

Chagi melepaskan nafas lega. Lega gila bila dapat jawab dengan jawapan yang logik. Tak tahulah kenapa, jadi gelabah bila crush sendiri care pasal dia. Crush sendiri yang nak ambil tahu siapa kita jumpa apa semua, lagi lagi berkaitan dengan lelaki lain.

Jaehyuk ni suka Chagi ke?

-
-
-
-

"Okay semua, sebelum kita akan naik feri. Diminta semua pelajar check barang masing masing, ada yang tertinggal tak dalam bas." Pesan Cikgu Yoon. Semua pelajar check beg masing masing.

"Takda cikgu." Jawab kesemua pelajar serentak.

"Okay baiklah, semua beratur naik ke feri. Jangan bergurau, bertolak tolak semasa naik ke feri." Pesan Cikgu Yoon lagi. Semua pelajar beratur dan naik sorang sorang ke atas feri.

"Fuhhh besar gilaaa feri ni." Jakun si Yoora. Kat feri ni aktiviti bebas. Sukahatilah pelajar nak buat apa. So masing masing berkumpullah dengan geng geng masing masing.

"Kalau aku kaya, dah lama aku beli feri besar macam ni." Ujar Jeongwoo.

"Lepastu bawak kitaorang jalan jalan." Balas Yoora, excited. Berharap tulah yang Jeongwoo akan katakan.

"Buatpa bawak korang, baik aku bawak bakal bini aku." Jawab Jeongwoo

"Pabo!" Pantas tangan aku dengan Yoora ketuk kepala Jeongwoo.

"Aduhh sakitlah!" Jeongwoo menggosok kepalanya berkali kali. Tetiba aku nampak Jaehyuk dengan geng geng dia lalu sambil borak borak lepastu gelak gelak.

Babi handsome nak mampos.

Rasa macam diri aku kat awang awangan. Nampak si Jaehyuk ni sorang je yang bercahaya, paling menarik, paling handsome, lepastu angin tiup sempoi. Lembut je rambut dia terbang terbang.

"Kalaulah mamat tu jadi milik aku, memang aku takkan lepaskan." Bebel aku sendiri. Pantas Jeongwoo and Yoora toleh ke arah Chagi.

"Member kau ni sihat ke tak?" Soal Jeongwoo kepada Yoora sambil bibirnya muncung ke arah Chagi.

"Seram sial bila dia cakap centu. Mamposlah Jaehyuk kalau betul dapat kahwin dengan minah ni." Ujar Yoora, muka dia nampak yang dia risaukan kesihatan minda Chagi.

"Oi, apa ingat aku ni gatal sangat ke?" Soal aku. Macam aku tak boleh dengar je benda diorang cakap.

"Gatallah jugak." Jawab diorang berdua. Tak guna. Nasiblah member, kalau tak memang dah kena smack down kat sini.

-
-
-
-

"Besar sia rumah ni. Mesti mahal kan cikgu bayar?" Soal Yoora.

"Pengarah yang bayarkan, bukan cikgu hahaha." Jawab Cikgu Hoseok.

Kitaorang semua stay kat sebuah villa. Dah nama pun villa mestilah besarkan. Puas betul tengok rumah ceni. Kalaulah rumah aku sebesar ni. Orang yang bukan sedara pun mengaku sedara.

"So korang pepandailah eh cari bilik memasing. Kat villa ni ada 20 bilik. Tapi jangan tidur bercampur pulak lelaki perempuan. Kena ketuk kang nanti dengan cikgu." Pesan Cikgu Taehyung.

Semua pelajar mengangguk dan mengiyakan pesanan Cikgu Taehyung lalu mengangkat bagasi masing masing untuk cari bilik.

"Aku nak bilik sebelah dengan bilik Jaehyuk!" Ujar aku excited.

"Tak habis habis." teruk Yoora jalan. Eleh jeleslah tu aku ada crush.

"Habis aku tidur dengan siapa? Ishh dahlah korang je kawan yang aku ada." Rengek si Jeongwoo. kesian pulak ek.

"Jomlah tidur sebilik dengan kitaorang." Pelawa Jaehyuk yang muncul daripada belakang kitaorang. Terangkat bahu kitaorang terkejut punya pasal.

"Boleh ke?" Soal Jeongwoo.

"Boleh, takkan tak boleh." Balas Asahi.

"Lagipun aku tidur berdua je dengan Asahi." Ujar Jaehyuk.

"Hah bolehlah, ada jugak kau kawan kan." Aku tolak tolak si Jeongwoo ni supaya setuju tidur sekali dengan Jaehyuk. Jeongwoo dah garu kepala dia. Kau reject siap kau. Memang aku suruh je kau tidur dengan Cikgu Yoon.

"Yelah. Bolehlah." Jeongwoo paham sangat dah dengan Chagi, memang dia akan suruh Jeongwoo tidur dengan Jaehyuk. Senang Jeongwoo info kat dia apa apa nanti.

Bagus, macam nilah kawan aku. Jadi kawan yang berguna jugak tuk aku.

-
-

"Apa apa nanti, korang ketuk tau bilik kitaorang." Pesan Jaehyuk sebelum dia masuk dalam bilik dia. Aku ambil bilik sebelah bilik dia. Pantas kan kerja? Sebabtu Jeongwoo memudahkan kerja aku huhu.

Pada malam tu, aku rasa macam bosan. Rasa macam nak jalan jalan sambil hirup udara segarlah kan. So aku ambil keputusan nak jalan jalan kat luar villa. Sebab kawasan sini pun penuh dengan taman and ramai orang, takdalah aku rasa takut nak keluar.

Aku jalan kaki keluar daripada villa, aku taknak jalan jauh jauh sangat. Sebelah villa ni ada pantai, so aku jalan kat pantai je ambil angin. Sumpah memang nyaman gila rasa.

"Huh, leganya rasaaa." Aku hirup udara segar tepi pantai. Angin yang bertiup sempoi je. Bau laut yang nyaman. Aku toleh ke arah kanan aku.

"Jaehyuk?" Buat apa pulak dia malam malam ni tepi pantai.

Angin tiup, rambut dia terbang. Weh handsome gila. Shitttttt!

"Sesuai ke masa sekarang ni aku nak confess dekat dia?" Soal aku sendiri. Lantas kaki aku melangkah ke arah dia. Cuma aku dengan dia, aku rasa waktu macam ni waktu yang tepat.

Tetiba langkah aku terhenti. Bila ada seorang perempuan datang and duduk dekat sebelah dia.

"S-si-siapa t-tu?" Soal aku sendiri. Aku nampak dia senyum ke arah perempuan tu sambil gosok lembut kepala perempuan tu.

Perempuan tu aku tak kenal and bukan budak sekolah aku mahupun classmate dia.

Siapa perempuan tu?

-
-
-
-

To be continue <3

[ C ] Crush Aku Pengawas Sekolah Where stories live. Discover now