-
-
-
-Dah 6 hari aku ulang alik tunggu Yoshi kat taman yang selalu aku lepak dengan dia. Tapi dia tak ada. Sejak aku balik daripada bercuti tu, aku langsung tak nampak dia. Puas juga aku cari dia. Tapi tak jumpa.
Esok aku dah start sekolah. Setelah seminggu aku kena gantung sekolah.
Aku jalan kaki balik ke rumah semula. Sejam juga aku tunggu kat taman tu. Tapi batang hidung Yoshi pun aku tak nampak. Yelah, tipulah kalau aku tak risau kat Yoshi tu. Aku risau apa apa jadi je. Dahlah aku tak tahu rumah dia kat mana.
Daripada jauh aku nampak Jihoon depan rumah a.k.a kedai buah omma aku. Dia dengan abang takguna aku. Baru nampak muka. Balik sebab nak duit jelah tu. Tak guna.
Aku memang takda mood kalau jumpa abang aku ni. Sebab dialah omma selalu sakit. Selalu menyusahkan omma. Takda tanggungjawab langsung. Berkawan dengan kawan kawan yang takguna, jadi takguna juga dia.
"Hah balik pun, kau pergi mana?" Soal Jihoon. Abang aku bila nampak aku dia terus masuk dalam. Panas betul hati aku nampak dia. Dia tak balik terus pun takpalah. Menyusahkan.
"Awat muka monyok je kau ni?" Soal Jihoon sambil bongkokkan badan dia sebab nak tengok muka aku.
"Dia cakap apa dengan kau?" Soal aku. Aku point kan kat abang aku tu.
"Nugu? Wonshik hyung ke?" Soal Jihoon. Aku angguk.
"Dia tanya jelah bila aku sampai apa semua. Wae? Kau pandang dia macam nak gaduh je. Kau gaduh ke dengan dia? Yelah kalau dulu 24 jam juga kau berkepit dengan dia." Jihoon pandang aku. Aku geleng je, takda mood nak cakap apa apa.
"Arraseo arraseo, aku ada beli kan kau aiskrim. Jom makan!" Pantas Jihoon tarik tangan aku masuk dalam. Dia ni macam tahu je aiskrim ni je mampu sejukkan hati aku yang tengah marah. Cehhh.
-
-
-
-Esoknya, aku dengan Jihoon masuk sekolah bersama sama. Semua dok pandang je kitaorang. Yelah Jihoon pulak murid baru. Akulah yang teman dia laporkan diri sebagai pelajar baru kat sekolah.
Selesai semua, tak sangka Jihoon sekelas dengan Jaehyuk. Fuhh boleh lah suruh Jihoon sebagai spy tak berbayar aku kalini. And yang paling aku tak sangka, Jihoon lagi pandai daripada aku hm. Ke aku yang bodoh sangat ni? Sesilap cikgu pun terpaksa masuk kan aku kat kelas ni sebab takda pilihan kelas paling bawah yang lain.
Dalam kelas macam biasa gosip time with Yoora and Jeongwoo hohoho.
"Weh Chagi, namja tadi tu siapa? Pakwe baru ke? Dah move on dengan Jae ke?" Soal Yoora. Dia ni memang kepoci.
"Eh bukanlah, tu kawan lama aku. Dia baru pindah sini. Takkan pernah aku move on daripada Jae okay. Aku ni setia pada yang satu." Jawab aku sambil mendabik dada. Bangga now.
"Handsome siott mamat baru tu. Kenal kenalkanlah dengan aku." Yoora siku siku lengan aku. Aku tampar kang apa pun tak dapat minah ni.
"Eh kau, dah ada Sahi sebok nak usya namja lain." Nyampuk si Jeongwoo. Tergelak aku dibuatnya.
"Jangan buat cerita eh Jeongwoo. Sahi tu pelajar antarabangsa. Aku ni budak local. Tak setaraf." Balas Yoora.
Tak lama lepastu, Cikgu Yoon masuk. Lemah betullah aku kalau cikgu botak tengah ni masuk kelas.
"Macam mana dengan homework minggu lepas? Saya nak check." Ujar Cikgu Yoon.
Aku diam jelah sebab minggu lepas aku kena gantung. Homework apa pun aku tak tahulah kan.
Cikgu Yoon pergi ke setiap meja sebab nak tengok homework tu. Tak lama tu Cikgu Yoon datang ke meja aku. Aku tak keluarkanlah homework aku. Sebab memang aku tak buat.
"Mana homework minggu lepas?" Soal Cikgu Yoon. Terkebil kebil mata aku pandang Cikgu Yoon.
"Homework? Minggu lepaskan saya kena gantung." Jawab aku.
"Jadi?" Soal Cikgu Yoon.
"Jadi saya tak datang sekolah and tak buat and saya tak tahu pun homework apa yang cikgu bagi." Balas aku.
"Kamu kena gantung ke, tak datang sekolah ke, tak tahu homework apa ke. Tu semua bukan alasan kamu tak siapkan. Rasanya kamu ada je kawan dalam kelas ni. Bukannya kamu seorang je dalam kelas ni. Kenapa berat mulut sangat nak tanya homework dengan kawan kawan kamu?" Marah Cikgu Yoon. Terdiam terus aku. Salah aku ke?
"Kalau kamu rasa diri kamu tu dah bodoh, usaha sikit nak jadi pandai. Bukannya dah tahu diri tu bodoh, masih malas lagi nak usaha." Cikgu Yoon terus jalan ke depan.
"Siapa yang tak buat atau tak siap homework saya minggu lepas punya tak kiralah kamu tak datang ke kena gantung ke. Sila berdiri di luar kelas. Saya taknak ajar orang yang bodoh lepastu taknak usaha nak jadi pandai." Sound Cikgu Yoon selamba.
Sumpah aku terasa gila. Bodoh sangat eh aku ni? Satu kelas pandang aku. Cikgu botak tengah ni dah melampau.
Aku diam je keluar dari kelas. Aku tahan weh airmata ni. Kang nanti orang cakap aku ni hati tisu, cepat koyak.
"Chagi, kau buat apa kat luar ni?" Soal Jihoon yang datang kat aku. Aku dongak pandang dia. Yelah aku ni dah macam pengemis mintak duit duduk bersila kat tepi koridor. Jihoon cangkung bila aku diam.
"Ceritalah kat aku. Asal kau tak belajar?" Soal Jihoon lagi.
"Kau cemana? Jadi budak baru, okay tak? Ada siapa siapa buli kau? Kalau ada bagitahu aku." Potong aku. Aku taknaklah Jihoon nampak yang aku ni tengah sedih.
"Chagi, kalau kawan kau yang lain kau boleh sorokkan kesedihan kau. Tapi bukan aku." Jihoon tarik tangan Chagi di dalam pelukkan dia.
Terbeliak mata aku. Wehhh asal rasa tenang gila. Serious hilang rasa sedih aku tadi.
"Aku harap dengan pelukkan ni dapat hilangkan rasa sedih yang kau tengah hadap sekarang ni." Bisik Jihoon kat telinga aku.
Jaehyuk keluar daripada kelas dengan bawak buku nak hantar ke cikgu. Langkahnya terhenti bila nampak Chagi didalam pelukkan Jihoon.
Nafasnya kelihatan berat nak dihembus. Marah, kecewa atau sedih mungkin.
"Siapa budak baru tu dengan Chagi?" Soal Jaehyuk sendiri.
-
-
-
-To be continue <3
YOU ARE READING
[ C ] Crush Aku Pengawas Sekolah
Fanfic[ YOON JAEHYUK FANFICTION ] Bila kau seorang yang nakal, tak ikut peraturan sekolah. Lalu crush kat seorang pengawas sekolah. Rasanya seperti anda menjadi ironman. Start : 20/12/2021 End : 12/09/2022 Status : complete ✅ © ayamgoleknyah #1 jaehyuk [...