CIS : Bab 4

275 13 0
                                    

ARRAZH Isqandar berpaling ke belakang setelah selesai sahaja doa diaminkan. Nurin yang tengah melipat sejadah itu dipandang sebelum tangan kanannya dihulurkan membuatkan kerja isterinya itu terhenti serta-merta. Kepala diangkat memandang suaminya dengan tanda tanya.

"Salam? " Kaku seluruh tubuh mendengar apa yang diinginkan oleh suaminya. Lama-kelamaan dia turutkan jua.

Tangan kekar suaminya dibawa ke dahi sebelum dilepaskan. Terbit senyuman di bibir Arrazh melihat Nurin yang mengabulkan kehendaknya.

Bibir dijuihkan ke arah sejadah berwarna hitam yang berada tepat di belakang Arrazh. Seolah-olah mengerti sinyal itu terus sejadah diserahkan kepada Nurin. Tanpa berkata apa-apa, terus Nurin menyambung kerjanya.

Arrazh hanya memerhati sahaja apa yang dilakukan oleh Nurin. Niat ingin membawa isterinya berbicara, namun biarlah dia tunggu dulu sehingga Nurin selesai melipat sejadah. Wajah yang datar itu tidak lepas dipandang.

Sejak tadi dia perasaan Nurin tidak mengeluarkan sebarang suara pun apabila bersamanya. Cuma sekadar mengangguk, menggeleng atau pun membuat sinyal muka saja. Diam lagi banyak.

"Nurin, stay dulu. Ada yang saya nak cakapkan dengan awak ni. " Halang Arrazh sebaik sahaja Nurin bangkit. Nurin diam, tidak menjawab.

Dituruti perintah suaminya. Dia kembali duduk berhadapan dengan Arrazh yang tidak lepas dari memandangnya semenjak dia mulai melipat sejadah lagi tadi.

"Nurin... " Nafas ditarik sedalam mungkin sebelum menyambung semula bicaranya.

"Saya tahu perkara ni jadi secara tiba-tiba. Dan saya rasa, awak masih terkejut dengan semua ni kan? Saya tahu awak tengah berperang dengan perasaan awak, dan saya juga tahu awak memang tak sangka saya orang yang akan berkahwin dengan awak. Jadi suami sah awak... "

Mata yang menatapnya itu direnung kembali oleh Nurin dengan perasaan berani dan tidak ada lagi perasaan malu bertentang mata dengan lelaki itu.

"Saya..."

"Saya cuma nak tahu satu perkara ni. Boleh awak jawab dengan jujur? " Potong Nurin tanpa membiarkan Arrazh menghabiskan ayatnya terlebih dulu.

Arrazh yang seolah-olah terpempan setelah mendengar suara Nurin itu perlahan-lahan menganggukkan kepala.

"Awak tahu ke saya orang yang akan berkahwin dengan awak sebelum ni? " Soalan Nurin membuatkan Arrazh tersenyum senget.

Arrazh akui. Sememangnya dia sudah tahu Nurin yang akan berkahwin dengannya sebelum dia mulai mengajar di sekolah menengah yang menjadi tempat Nurin menuntut ilmu.

Kerana itu jugalah, Arrazh semakin bertekad mahu mengajar di situ walaupun sebenarnya dia boleh saja mengajar di universiti dengan kelayakan tinggi yang diperolehnya. Namun demi ingin dekat dengan Nurin, dia bekerja saja di sekolah menengah itu sebagai guru biasa.

"Yep. "

"Awak mengajar di sekolah tu sebab saya or atas sebab lain? Atau pun, cuma sekadar kebetulan? " Soalan bertubi-tubi ditanyakan selepas suaminya menjawab.

Uish, tak rilek bini aku ni. Desis hati Arrazh.

Muka serius Nurin buatkan dia kecut perut juga. Lain macam muka isterinya itu kalau tengah dalam mood serius. Kalah kapten askar.

"Well... Tak boleh nak elak lagi. "

"So betullah? " Kedua bahu diangkat dengan menayang riak selamba.

"Ikut suka hati awak lah nak anggap macam mana. " Nurin mendengus geram. Tidak berpuas hati mendengar balasan daripada Arrazh.

Nasib suami, kalau tak dah cekik dah.

Cikgu Itu SuamikuWhere stories live. Discover now