NAFAS lega dihela apabila kaki sudah berada di dalam garisan luar sekolah. Nurin berjalan sambil menundukkan kepala memandang kedua kaki yang mengambil satu-persatu langkah di lantai. Rasa sedikit lega apabila Arrazh bersetuju dengan permintaannya dan benar-benar berbuat seperti yang diminta oleh Nurin.
Walaupun begitu, fikiran Nurin masih berserabut dengan memikirkan bermacam-macam fikiran negatif yang menimbulkan ketakutan serta kerisauan di dalam dirinya. Sungguh berserabut otaknya.
Overthinking dan anxiety mengucar-ngacirkan perasaan Nurin. Tali beg galas yang tersangkut kemas di bahunya dicengkam erat.
“Macam mana kalau satu sekolah tahu aku ni wife dia? Tak ke naya aku nanti oleh semua peminat-peminat dia tu? " Gumam Nurin sendirian pada dirinya.
Walaupun Arrazh tidak menghantarnya sehingga ke sekolah dan hanya ke perhentian bas berdekatan, namun Nurin masih tidak mampu untuk bertenang. Dirinya dilanda dengan bermacam-macam imaginasi yang menakutkan jikalau rahsianya terbongkar.
Bagaimana jikalau ada para pelajar yang melihat?
Rasa hendak terjun bangunan Nurin memikirkan kemungkinan itu. Kaki yang terus berjalan tiba-tiba terhenti tatkala ada sesuatu menghentikan. Nurin merasakan ada tarikan kuat dari arah belakang pada beg galasnya yang memaksanya untuk berhenti serta-merta.
Kepala ditolehkan ke belakang diikuti separuh badannya yang turut berpaling sama. Sengihan kerang busuk lelaki yang sangat dikenalinya itu terpampang di ruangan pandangan mata Nurin. Wafiy. Tangan yang masih memegang beg galas Nurin dari belakang itu perlahan-lahan diturunkan oleh pemiliknya ke sisi.
“Kau dah kenapa? " Tiada sapaan mesra. Hanya soalan bernada malas-malas dilontarkan oleh Nurin memandangkan moodnya sedikit meruntun angkara fikiran yang berserabut dengan overthinking.
Wafiy mengerutkan sedikit dahi akan cara sapaan Nurin kepadanya. Mulut dimuncungkan tanda tidak berpuas hati. Tangan pula berubah posisi ke berpeluk tubuh. Seraut wajah yang bercampur aduk dengan riak masam manis itu diteliti kemas.
“Macam tu kau sapa aku? ‘Kau dah kenapa’? Amboi! Tergamaknya hati. Kita ni dahlah rindu dia. Seminggu menghilangkan diri tanpa khabar, lepas tu dia buat kita macam ni pula? Tak pun dia fikirkan perasaan kita ni kan? " Wafiy menarik nada suaranya. Kedengaran seperti nada merajuk bercampur dengan sindiran.
Muka masam dipasang. Gayanya seperti memasang niat hendak merajuk. Nurin menggulingkan mata ke atas. Beginilah sikap Wafiy jikalau perangai mengadanya menjelma. Bersikap terlebih manja sehinggakan rasa ringan sahaja tangan Nurin ingin melempang.
Salah satu penyebab sikap itu akan datang apabila Nurin mengambil cuti yang lama daripada hadir ke sekolah. Mulai lah tu Wafiy mengeluarkan sikap tidak matangnya yang tidak ubah seperti kanak-kanak berumur enam tahun.
“Fiy, kau dah sarapan ke belum? " Sekali lagi dahi Wafiy berkerut sebelum dia menganggukkan kepala dengan muka polosnya.
“Dah."
“Nak rasa sarapan kedua ke? Pelempang tiga rasa? Special aku bagi kau. Free. " Nurin mengangkat sebelah kening. Wafiy mencebikkan bibirnya. Semakin erat dia berpeluk tubuh. Mukanya semakin ketat.
“Ish kau ni! Sampai hati kau kan? Aku ni risaukan kau, tahu tak? Serius aku cakap. " Wafiy mengubah raut mukanya dengan memasang muka serius walaupun masih ada sedikit riak masam itu.
Nurin mendiamkan diri melihat sikap serius Wafiy itu. Dia sangkakan Wafiy bergurau kerana memang itu jugalah salah satu sikap semula jadi lelaki itu. Tetapi ternyata sangkaannya salah apabila muka dan nada suara Wafiy benar-benar bernada serius.
YOU ARE READING
Cikgu Itu Suamiku
RomanceSebuah Karya MISS RAH CIKGU ITU SUAMIKU (STATUS : ON GOING) NURIN SYAZWANI, seorang pelajar tingkatan lima yang dipaksa mengantikan tempat kekasih sepupu tirinya dan berkahwin dengan sepupu tirinya itu yang ternyata merupakan cikgunya sendiri.Tanpa...