CIS : Bab 15

74 4 0
                                    

Bau sedap yang datang dari dapur mendorong Nurin untuk pergi ke dapur untuk melihat apa yang sedang dimasak oleh Arrazh. Seperti biasa, Arrazh memang nampak hot bila tengah memasak.

Tapi kali ini sedikit berbeza sebab Arrazh nampak comel memasak dalam berpakaian pajama hitamnya dengan rambut yang kusut masai.

Nurin rasa macam mahu tarik-tarik saja rambut Arrazh. Geram pula tengok. Nurin menghampiri Arrazh. Terjenguk-jenguk kepala Nurin memandang ke dalam kuali leper untuk mengenal pasti apa yang sedang Arrazh masak.

“Saya masak spaghetti carbonara." Beritahu Arrazh setelah menyedari kehadiran Nurin. Nurin menganggukkan kepala tanda maklum.

Pada saat itu, kedengaran bunyi deringan telefon pintar. Arrazh menyelukkan tangan ke dalam poket baju pajamanya untuk mengeluarkan telefon pintar. Dia meneliti dulu nama yang tertenra di skrin telefon pintarnya sebelum menunjukkannya kepada Nurin.

Danny.

Kening Nurin berkerut membaca sebaris nama yang terpampang di skrin telefon pintar Arrazh itu. Macam pernah dengar nama itu disebut?

“Awak dah lupa ke siapa Danny? " Nurin diam tidak menjawab. Dalam kepala cuba mengingat gerangan yang bernama Danny itu.

“Dia pemilk butik tempat ibu dan mama tempah baju kahwin dan barang-barang kahwin kita tu. " Beritahu Arrazh.

Mulut Nurin bersusun membentuk huruf O dengan kepala yang terangguk-angguk. Baru dia teringat. Danny, lelaki yang boleh tahan lembut gayanya itu. Kawan Arrazh juga.

Macam manalah Nurin boleh lupa. Padahal Danny pun turut ada sewaktu majlis pernikahannya dengan Arrazh. Duduk bersebelahan Adyeen pula tu.

"Nurin, gaul sekejap! Kalau kuah dah kering sikit baru matikan gas. " Arah Arrazh kepada Nurin sebelum berlalu pergi untuk menjawab panggilan telefon daripada Danny.

Nurin hanya menurut. Senduk silikon di dalam kuali leper itu dicapai lalu digaul-gaul spaghetti di dalam kuali leper yang hanya tinggal tunggu masa untuk masak. Sesekali kepala Nurin menjenguk untuk melihat Arrazh.

Memori pertemuan Nurin dengan Danny buat pertama kali menjamah ke dalam benak fikiran semula. Ada sesuatu yang seakan-akan menganggu fikiran Nurin. Fikiran Nurin melayang ke saat di mana momen ibu mertuanya memperkenalkan Danny kepada Nurin.

“Rin kenalkan, ni Danny. Pemilik butik ni. Danny ni kawan rapat Razh. Diorang berkawan semenjak Razh study dekat US dulu. Memang rapatlah. Hah, Danny. Ni bakal menantu auntie. Nurin Syazwani namanya. "

Senyuman lebar terbit di bibir Nurin. Baru dia teringat! Ibu mertuanya ada mention pasal Arrazh sambung belajar di US bersama-sama dengan Danny dahulu. Sekarang dia tahu tapi tidak sepenuhnya.

Arrazh sambung belajar di universiti mana?

Kini persoalan baharu menganggu fikiran Nurin. Sekali lagi Nurin menoleh melihat ke arah di mana Arrazh menghilangkan diri tadi. Biarlah dulu. Buat masa sekarang Nurin cuba untuk menepikan terlebih dulu perkara itu. Nantilah dia tanyakan terus pada Arrazh.

“Macam sedap aje. " Bisik Nurin pada diri sendiri melihat spaghetti di dalam kuali leper itu. Nurin mendiamkan diri buat seketika. Setelah itu pantas tangannya membuka laci kabinet dapur untuk mengambil sudu.

“Nak rasalah. " Kuah spaghetti carbonara itu diambil sedikit lalu dibawa dekat ke bibir untuk ditiup sebelum dimakan.

Nurin tersenyum lebar apabila sudah merasai spaghetti carbonara air tangan Arrazh itu. Sedap memang sedap. Arrazh memang ada kebolehan dalam memasak. Air tangannya tidak pernah mengecewakan.

Cikgu Itu SuamikuWhere stories live. Discover now