GUGUP Nurin jadinya apabila bersentang mata dengan Arrazh. Dia menundukkan kepala memandang lantai, tidak berani mahu menentang panahan mata Arrazh kepadanya. Husna dan Hanan saling berpandangan sebelum terbit sengihan di bibir mereka berdua. Adyeen hanya bersikap selamba. Silih berganti matanya memandang wajah-wajah di hadapannya.
"Hai Cikgu Arrazh! Boleh kami join? " Husna memulakan lakonan. Dia tahu ini yang dimahukan Arrazh. Dia dan Hanan hanya sekadar turut serta jika tidak manalah Nurin mahu.
Arrazh tersenyum melihat sahabat isterinya itu seakan-akan dapat membaca apa yang difikirkannya. Sempat matanya melirik ke arah Nurin. Arrazh perasaan air muka isterinya berubah setelah Husna bertanyakan soalan untuk meminta kebenaran turut serta.
"Of course. Silakan. Boleh juga kita sembang-sembang kan? " Senyuman Arrazh melebar apabila perasaan akan Nurin yang menjelingnya.
Husna dan Hanan cepat-cepat mengambil tempat duduk yang kosong. Mereka berdua memandang ke arah tempat duduk yang kosong di sebelah Arrazh. Melihat Wafiy yang berura-ura mahu mengambil tempat duduk di sebelah Arrazh terus laju Husna mencelah.
"Nurin! Kau duduk sini. " Berkerut kening Nurin mendengar arahan Husna.
Langkah Wafiy pun terus serta-merta terbantut apabila Husna bersuara. Dia mengangkat wajah memandang si kembar. Hanan menunjukkan signal kepada Wafiy agar duduk di sebelah Adyeen.
Wafiy tanpa ada sebarang prasangka mahupun perasaan was-was hanya menurut. Dia melabuhkan punggung di sebelah Adyeen. Nurin pula tanpa ada pilihan terpaksa duduk di sebelah Arrazh. Arrazh tersenyum puas. Matanya melirik kepada Wafiy yang memandang Nurin sebelum mengalihkan pandangan.
"Dah order dah? " Arrazh sengaja bertanya walhal dia sudah tahu. Sekadar mahu menutupi sebarang prasangka. Keempat-empat mereka menganggukkan kepala mengiyakan.
Nurin diam tidak berkutik. Dia perasaan lirikan mata suaminya dalam diam itu tetapi Nurin berpura-pura seperti tidak perasaan. Pandangan Arrazh kemudian tertuju kepada Adyeen yang turut sama memandangnya. Baru Arrazh teringatkan sesuatu.
"Kenalkan, ni kawan saya, Dr. Adyeen Malique. He is a lecturer at UM. " Arrazh memperkenalkan Adyeen kepada kawan-kawan Nurin. Mereka semua menganggukkan kepala termasuk Nurin yang berpura-pura baru mengenali Adyeen padahal sudah dua kali mereka bertentang mata.
"Hai guys. " Adyeen menyapa ringkas. Seguris senyuman diukir di wajah kacaknya. Sekadar mahu berbasa-basi.
"A lecturer? Dr. Adyeen mengajar dalam bidang apa? " Wafiy yang sedari tadi mendiamkan diri akhirnya bersuara. Mata Wafiy tertumpu kepada Adyeen di sebelahnya.
"Fizik dan kimia. " Jawab Adyeen ringkas bersama seguris senyuman.
Melopong juga mulut Wafiy, Husna dan Hanan. Masing-masing mengagumi kerjaya Adyeen. Hanya Nurin sahaja bersikap biasa sebab dia sudah tahu tentang Adyeen daripada Arrazh pada tempoh hari. Arrazh melirik Nurin lagi. Tangannya diam-diam mencuit lengan isterinya.
Nurin mengalihkan pandangan menghadap Arrazh. Takut-takut dia berbuat demikian. Risau akan disedari oleh Wafiy tapi memandangkan Wafiy tampak seperti menumpukan perhatian sepenuhnya kepada Adyeen dengan bertanyakan soalan, Nurin menjadi sedikit berani untuk menoleh memandang Arrazh.
"Kenapa? " Tanya Nurin dalam nada bisikan. Arrazh diam untuk seketika. Memikirkan sama ada dia mahu bertanyakan soalan itu sekarang ataupun nanti. Tidak lama kemudian, Arrazh menggelengkan kepala.
"Tak ada apa-apa lah. " Kepala kembali dipalingkan ke hadapan. Jadi hairan Nurin dibuatnya. Apalah agaknya yang bermain di dalam benak fikiran Arrazh.
Nurin memilih untuk mendiamkan diri juga. Dia memalingkan kepala semula memandang Adyeen dan Wafiy di depan. Suasana riuh dengan Wafiy, Husna dan Hanan yang asyik melontarkan soalan kepada Adyeen. Nasiblah Adyeen sabar saja melayan. Sibuk sangat dengan hal orang.
YOU ARE READING
Cikgu Itu Suamiku
RomansaSebuah Karya MISS RAH CIKGU ITU SUAMIKU (STATUS : ON GOING) NURIN SYAZWANI, seorang pelajar tingkatan lima yang dipaksa mengantikan tempat kekasih sepupu tirinya dan berkahwin dengan sepupu tirinya itu yang ternyata merupakan cikgunya sendiri.Tanpa...