prolog

16 3 0
                                    


🌸🌸🌸

she and I
look at cherry blossoms
happily
and yet something between us
begins to fade

-Cherry Blossoms Tanka by Chenou Liu

🌸🌸🌸




ANGIN BERALUN SEDERHANA. Daun-daun dan kelopak bunga berterbangan bebas di udara. Sang suria memancar terang ke bumi. Manusia yang berada di suasana tersebut sungguh leka menikmati indahnya nikmat ini. Lensa kemera terarah di beberapa sudut menggambarkan kecantikan yang tidak terhingga.

Dua kelopak bunga sakura yang jatuh di atas kain tudung yang melindungi mahkota wanitanya diambil. Dicantumkan kedua-duanya membentuk sekeping hati berwarna merah jambu. Wanita muda itu tergelak riang dengan telatahnya itu. Matanya nyaris tertutup apabila ketawa. Gigi yang tersusun elok terpampang di hadapan matanya. Cantik sungguh bidadarinya ini.

"Apa ni, Is? Cringe la," gadis itu mula berbicara diselangi sisa tawa yang masih tersisa.

"Alaaa.., sweet dengan love aje." Gelaran 'love' itu hanya ditujukan kepada pemilik hatinya itu.

Dia mengambil tempat di sebelah wanita itu. Kot tebal berwarna coklat itu dikemaskan agar dapat menghangatkan badannya pada musim bunga di negara matahari terbit ini. Mencengkam juga sejuk musim bunga di negara ini bagi rakyat Malaysia sepertinya.

"Nuha.." nama wanita itu dipanggil lembut.

Wanita bernama Nuha itu berpaling ke arahnya. Iskandar membetulkan awning tudung Nuha yang serabai ditiup angin tadi. Nuha mengangkat keningnya bertanya hairan.

Iskandar mengatur nafasnya seketika. "Nanti kita balik Malaysia, saya nak pinang awak, boleh?"

Nuha tergamam. Sudah lama dia mengimpikan untuk mempunyai hubungan yang halal dengan Iskandar namun dipendamkannya. Tak naklah jadi perigi cari timba.

"Betul ke ni, sayang?" terkeluar gelaran khusus buat Iskandar itu.

"Betulla, love. Saya dah bincang dengan keluarga saya pasal hal ni. Kita kan dah konvo sebab tu la saya rasa masa ni dah sesuai untuk kita menikah."

Nuha menekup mulutnya kemas. "Saya.. saya tak tahu nak cakap apa, tapi saya terharu sangat." Nuha rasa ada air mata yang mula bertakung di tubir matanya. Tak terhingga rasa terujanya itu.

"I know we both feel excited right now, right? Saya tak sabar nak peluk awak sekarang ni, love!!" tergedik-gedik Iskandar menahan keterujaannya. Nuha tergelak sedikit.

Selama pengajiannya di sini, Nuha sentiasa berada di sampingnya. Hubungan sebagai kawan pada mulanya berakhir dengan menjadi kekasih pada tahun akhir pengajian mereka. Tidak mahu memanjangkan hubungan yang tidak halal ini, laju sahaja Iskandar menyuarakan hasrat untuk berkahwin dengannya sebaik sahaja mereka pulang ke tanah air minggu hadapan.

Pandangan mata mereka bertaut. Jelas terukir cinta di dalamnya. Senyuman terukir di bibir masing-masing. Mekarnya bunga pada musim bunga di Jepun ini memekarkan lagi bunga-bunga cinta mereka.


.🌸🌸🌸.

Thanks for reading.

vote and comment if you are interested.
12/09/2022-Mon

YESTERDAY, WE WERE IN LOVEWhere stories live. Discover now