lima

6 1 0
                                    


TANGANNYA yang lincah mengawal stereng itu terhenti apabila terasa lengannya dipegang kuat. Nuh Farhan berpaling memerhatikan gerangan di sebelahnya itu.

"Jom, balik," ujar Fatihah pada adiknya itu.

"Kejaplah. Nuh nak try banyak game lagi." Balasnya sambil matanya fokus pada skrin permainan kereta di hadapannya itu. Stereng dipusing-pusing.

"Akak cakap balik, kan? Jomlah!" Fatihah mula meninggikan suaranya. Genggaman tangannya pada lengan Nuh itu diperketatkan sehingga dia mengaduh sakit.

"Ish, sakitlah!"

"Yelah.. yelah..." Nuh terus menglog keluar permainan tadi dan mula berdiri untuk keluar dari situ.

Fatihah menarik lengan adiknya untuk laju keluar dari pusat permainan arcade itu. Nuh pula terkebil-kebil memandang tingkah kakaknya yang nampak kalut semacam itu. Mereka mula berjalan laju keluar dari pusat beli-belah itu.

Lengannya ditarik kuat apabila terasa genggaman kakaknya mula terlerai. Nuh berdiri kaku di situ sehingga menghentikan langkah kakaknya yang berjarak semeter di hadapannya.

"Akak ni kenapa kalut semacam? Belum masuk tengahari lagi kalau nak solat Zuhur pun,"

Fatihah berpaling ke hadapan menghindari pandangan Nuh dari merenungnya. Tangannya digenggam apabila terasa getaran di situ. Dia hanya mahu pulang ke rumah secepat yang mungkin. Dia takut terserempak lagi dengan Iskandar selepas kejadian tadi.

"Pedas!!!"

Pantas tisu dihadapannya ditarik untuk mengelap sisa-sisa wasabi yang masih ada di bibirnya. Air yang dipesan pula teh hijau panas. Masih berasap pula tu dengan suhu pendingin hawa di dalam restoran ini.

Senyuman yang mula mahu terukir di bibir Iskandar laju disembunyikan. Dia teruja dengan melihat tingkah Fatihah yang mengingatkannya sewaktu di Jepun dahulu. Laju tangannya menghulurkan jus tembikai miliknya kepada Fatihah.

"Nah, Nuha. Kenapa awak still makan lagi kalau tahu tak boleh tahan rasa wasabi itu. Saje nak throwback masa kita kat Jepun dulu, ke?" Dalam senyuman Iskandar itu turut terbit rasa risau melihat Fatihah itu.

"Apa? Jepun? Saya first time makan wasabi lah," Terus dihirup jus tembikai yang masih belum diusik oleh Iskandar itu. Yelah, ralit melihat anak dara orang dari tadi.

Iskandar tersentak sedikit. Takkan dah tak ingat date pertama dia orang? Iskandar terus mengusir andaian buruk yang mula berlegar di kepalanya itu. Mungkin Fatihah ini sengaja nak main-main manja dengan dia kut? Lagipun mereka baru bertemu setelah sekian lama.

"Yelah... yelah. First time la sangat. Sengaja kan nak manja-manja dengan saya?" Dengan nada mengejek bicara itu ditutur Iskandar.

Jus tembikai yang sedang dihirup Fatihah membantutkan jawapan balas kepada Iskandar. Jadi dibiarkan sahaja jawapan Iskandar itu.

Keluhan lega keluar dari bibir Fatihah apabila terasa pedasnya tadi mula beransur-ansur hilang dengan kesejukan jus tembikai itu. Ditolak mangkuk mi soba wasabi itu ke sisi meja. Walaupun terasa bersalah apabila makanan yang baru dijamahnya tadi tidak habis namun mengenangkan rasa pedasnya itu terpaksa ditolak. Lapar pun ada rasanya sebab Fatihah hanya makan sedikit sahaja sarapan nasi goreng pagi tadi.

Fatihah memandang jejaka di hadapannya ini. "So, apa sebab awak nak jumpa saya ni?"

Tanpa membalas soalan Fatihah itu, Iskandar hanya menolak makannya mendekat ke arah Fatihah. Fatihah terkelip-kelip memandang tingkah Iskandar itu. "Kenapa ni?"

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 29, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

YESTERDAY, WE WERE IN LOVEWhere stories live. Discover now