BEBERAPA TAHUN KEMUDIAN.
Meja yang berselerak itu disusun rapi. Buku-buku disusun di dalam kotak buku yang diletak di hujung mejanya. Kot kerjanya pula hanya disangkutkan pada lengannya. Tak muat nak dimasukkan ke dalam beg laptop. Dia menutup segala suis yang berada di sekitarnya. Hanya beberapa ketul manusia yang masih tekun menyiapkan kerja di pejabatnya ini. Maklumlah, sudah beberapa minit waktu pejabat berakhir.
Bahu lelaki di sebelahnya ditepuk. "Luq, aku balik dulu. Jangan lama sangat wei. Bini kat rumah tu," Iskandar menasihati teman sebelah mejanya ini yang fokus merenung komputer. Tak beralih lansung matanya.
"Ya. Untuk family aku juga ni."
Iskandar menggeleng kepalanya melihat nasib Luqman. Kerusi disorong ke bawah meja. Pantas kakinya digerak keluar pejabat.
Sampai sahaja lif di bahagian bawah tanah iaitu tempat meletak kereta, diraba poketnya mencari kunci kereta. Iskandar berjalan menuju ke arah bunyi yang terhasil dari kunci keretanya.
Dia memasuki kereta berwarna silver itu dan mula memandu ke lokasi yang ingin ditujunya. Perutnya sudah mengalunkan irama yang sungguh mengasyikkan ini.
🌸🌸🌸
ISKANDAR menghentikan keretanya di tempat letak kereta di hadapan sebuah kafe. Lega hatinya melihat kafe yang selalu dikunjungi itu masih dibuka pada waktu ini. Imaginasi kek cawan hokkaido dan minuman coklat panas terawang-awang di mindanya.
Dia keluar dari keretanya. Tak semena-mena terasa satu titisan air menitik di bahunya yang berlapik kemeja berwarna biru laut. Jelas kesan tompokan di situ. Iskandar memandang langit. Awan gelap berkumpul memenuhi langit malam menunjukkan tanda-tanda hujan bakal tiba. Dia bergegas membuka pintu bahagian penumpang belakang. Payung lutsinar dicapainya lantas dibuka. Keretanya dikunci kemudiannya.
Kaki digerak laju menuju ke dalam kafe apabila hujan mula turun membasahi bumi. Suasana kafe kian jelas di pandangan matanya berbanding dari luar yang dikaburi wap pendingin hawa pada tingkap kaca.
Pesanan mula dibuat di kaunter. Ramai juga yang berkunjung ke kafe ini padahal sejam lagi kafe ini bakal ditutup. Iskandar mengambil tempat duduk yang terletak di hujung kafe berdekatan tingkap sementelah di situ sahaja tempat kosong. Dia hanya membuat pesanan take-away sahaja. Tak betah makan dengan pakaian kerja yang tidak bertukar dari pagi tadi. Entah bau apa yang mula terhasil dari badannya ini. Solat isyak pun belum lagi ni.
Telefon pintarnya dikeluarkan dan aplikasi Whatsapp dibuka. Nama wanita yang sentiasa berada di hatinya di cari. Ditekan nama itu untuk membuka paparan mesej. Papan kekunci di skrin telefon ditekan-tekan.
Is singgah Kafe Me&You ni. Ada nak pesan apa-apa ke?
Takde kut. Cepatlah balik. Dah lewat ni.
Ok. Dalam 10 min sampai.
Telefon itu ditutup apabila kedengaran namanya dipanggil dari kaunter. Payung yang diletak di sisi kerusi itu diambil. Kaunter didekati dan mengambil paket pesanannya tadi.
Iskandar membuka pintu kaca kedai dari luar. Payungnya dibuka. Lintasan satu figura yang berjalan di luar kafe tersebut menangkap pandangannya. Iskandar yang sudah berada di luar kafe itu mula memandang ke arah orang tersebut yang terlindung dengan payung berwarna kuning. Wajahnya tidak dapat dilihat kerana badannya yang membelakangi pandangan Iskandar.
YOU ARE READING
YESTERDAY, WE WERE IN LOVE
Romance[ON GOING] Genre: Romance [Why then, if she is so perfect Do I still wish that it was you?] - a glimpse of us by joji Selepas pulang dari negara matahari terbit, satu kejadian yang tercetus mengakibatkan dia banyak terputus hubungan. Lebih-lebih lag...