empat

4 2 0
                                    


Iskandar membetulkan baju t-shirt berwarna kuning berbelang hitam lengan pendek yang diselitkan bahagian hadapan di dalam seluar slack berwarna hitam. Dipadankan gaya itu dengan kasut converse berwarna coklat dan putih. Santai sahaja gayanya hari ini.

Jam di tangan kanannya dikerling. Ada tiga puluh minit lagi sebelum masa pertemuan dengan Nuha yang telah dijanjikan. Sengaja dia datang awal barulah nampak gentleman. Lagipun kedai yang ingin dia singgah sebelum ke sini itu tutup.

Bila berseorangan pada kala ini, teringat pula akan date mereka yang pertama di sebuah restoran di Jepun.

Gadis yang berada di hadapannya ini nampak cemas semacam. Kejap-kejap awning tudung berwarna merah jambunya itu dibetulkan. Kemudian, bajunya dikemaskan entah ke berapa kali. Rasa jahat pula kalau nak gelak.

"Nuha, janganlah cemas sangat. Relax-relax je."

"Ermm.., ini kan date pertama kita. Mestilah saya nak nampak cantik." Dimuncung mulut gadis itu. Comel sangat di pandangan matanya. Entahlah. Mungkin disebabkan cinta itu buta. Buatlah seteruk manapun muka tetap nampak cantik.

"Awak dah cantik, Nuha." Lembut sahaja ayat yang dituturkan oleh Iskandar menyebabkan pipi gadis itu tampak merah.

"Is.., janganlah puji macam tu. Malula saya," tangannya giat mengipas mukanya.

Iskandar tergelak sakan. "Yela. Sudahlah, jom kita order."

Buku menu di atas meja ditarik lalu dibuka. Dilihat-lihat senarai menu yang ada. Mahal juga. Restoran yang menyajikan makanan halal berharga tinggi di negara bukan muslim. Apabila terasa gadis itu ingin melihat isi buku menu yang hanya satu disediakan itu, pantas tangan Iskandar menarik menjauhinya.

"Saya nak belanja awak harini. Tak manis la kalau tahu harga. Saya pilihkan, okey?" Dikenyit matanya kepada gadis itu.

Kekasihnya itu menunduk malu. "Erm.., okay."

Sekali lagi isi buku menu itu dilihat. "Makanan apa yang awak tak boleh makan?"

Gadis itu berfikir seketika. "Rasanya saya boleh makan apa saje asalkan halal."

Iskandar terfikir akan sesuatu. Terus diusik gadis itu. "Untung saya jadi suami awak nanti dapat isteri yang bukan memilih makanan." Senyumannya dileretkan.

Merah wajah gadis itu. Dikipas-kipas wajah itu dengan tangan. Iskandar hanya tergelak melihat telatah si pemilik hatinya ini. Tak lekang senyuman di bibirnya bila bersama si dia.

Pelayan restoran dipanggil untuk memberitahu menu yang sudah dipilih. Tak berapa lama kemudian, makanan pun sampai. Nampak mewah sekali hidangannya. Mereka ke restoran sajian tradisional Jepun. Sengaja mereka memilih restoran sebegini sementelah ini tahun terakhir mereka di negara matahari terbit ini. Takut terindu pula bila berada di Malaysia nanti.

Wajah gadis di hadapan matanya tampak merah daripada tadi. Air mata nampak timbul di tubir matanya. Sedikit peluh kelihatan di dahinya.

"Kenapa ni, Nuha? Awak nampak tak okey aje?" Risau Iskandar.

"Pedas!!"

Iskandar terus melihat hidangan yang berada di hadapan gadis itu. Sesuatu berwarna hijau itu dipandang. Wasabi. Iskandar memilih mi soba dengan wasabi untuknya.

Jus tembikainya diambil lalu diserahkan kepada gadis itu untuk menghilangkan rasa pedas. Mujur sahaja sedikit baru dicicipnya tadi. Hampir separuh jus itu diminum oleh gadis itu. Pedas sangat kut?

YESTERDAY, WE WERE IN LOVEWhere stories live. Discover now