dua

10 3 0
                                    


KATIL bersaiz queen itu dituju pantas. Dihempas badannya di atas tilam tersebut. Badannya dibalikkan untuk memandang siling bilik yang berwarna putih dihiasi ukiran bunga-bunga kecil.

"Nuha?" bisiknya perlahan.

Gambaran memori yang terjadi sejam yang lalu kian jelas di ingatannya. Dia tersengih senget. Rasa nak gelak pun ada.

_____

"Nuha!" kedengaran jeritan dari belakangnya. Namun tidak diendahkannya.

Apabila terasa lengannya yang berlapik cardigan berwarna coklat cair dipegang seseorang, dia berpaling.

"Nuha! Oh, how much I miss you." Lelaki di hadapannya itu mula bersuara.

"Erm.., sorry. Do I know you? Saya tak pakai kaca mata sekarang ni." Tidak betah bertembung mata dengan lelaki bukan mahram maka dia sanggup menipu.

"Ni Is. Iskandar." Tangan lelaki itu yang memegang lengannya tadi dilepas perlahan-lahan.

"Is? Iskandar?" Kepalanya diangkat secara refleks dan wajah di hadapan matanya itu mula jelas pada pandangannya. Nama yang sudah lama tidak menyapa di fikirannya itu mula singgah di memorinya.

"Ya, Nuha. Ke mana awak menghilang lepas kita balik dari konvo haritu?"

Konvo? Rasanya tiada pula dia ke mana-mana selain terperap di dalam rumah menunggu panggilan kerja.

"Saya tak kemana pun. Kenapa?"

Jelas riak terkejut dari wajah Iskandar. "Kenapa saya mesej atau call awak tak balas pun? Awak tukar nombor ke?"

"Erm.., adalah sekali tahun lepas. Awak nak nombor saya ke?" biar betul Iskandar nak minta nombor telefonnya. Buang tebiat ke dia ni.

Seketika wajah hairan ditunjukkan Iskandar. Kemudian, riak itu ditukar dan senyuman diganti. "Mestilah,"

Mereka mula bertukar nombor telefon masing-masing. Tidak tahu kenapa terasa kekok selepas itu. Tiada sepatah perkataan pun yang keluar daripada bibir mereka selain nombor telefon. Iskandar merasakan mungkin disebabkan sudah lama mereka tidak bertemu.

"Sorry, Is. Saya dah lambat sangat ni nak balik rumah. Saya balik dulu, ya. Assalamualaikum." Dia mula mengatur langkah meninggalkan Iskandar di situ.

_____

Memori tadi berhenti di situ. Tak sangka ada juga orang yang memanggil nama itu kepadanya. Tak pernah sekalipun ia ditujukan kepadanya. Asbabnya adalah tidak mahu tertukar nama. Entah kenapa bila nama tersebut dituturkan oleh sang jejaka bernama Iskandar itu menghadirkan rasa teruja di hatinya.

🌸🌸🌸

AWNING tudung berwarna lilac itu dikemaskan di hadapan cermin yang tinggi sama dengannya. Beg sandang dicapai. Pantas kakinya melangkah ke luar bilik. Tidak dilupa segala suis dimatikan.

"Fatihah!" Namanya dilaungkan dari bawah. Satu persatu anak tangga dipijak laju.

"Dah nak turunlah ni ma." Dia membalas sahutan ibunya itu.

"Tengok dah lewat ni! Mama dah pesan gosok baju malam tadi tak diturut juga. Abah kamu dah bising kat luar tu."

Bebelan ibunya yang tak pernah berhenti sejak dia dilahirkan di dunia ini terngiang di telinganya. Dua keping roti dicapai dari atas pinggang yang terhidang elok di meja makan. Makan dalam kereta lagi la jawabnya.

"Alaa.. ma. Orang penat la balik sekolah. Tertidur awalla. Orang pergi dulu. Assalamualaikum." Tangan ibunya dicapai lalu dicium kejap.

"Iyelah tu. Waalaikumussalam."

Mencicit kakinya menuju ke luar rumah. Ayahnya yang setia menunggu di bahagian pemandu di dalam kereta itu dipandang. Sengihan diukir di bibirnya buat ketua keluarganya itu.

"Hehe, maaf lambat." Pintu kereta bahagian sebelah pemandu dibuka. Dia memasang tali pinggang keledar selepas kerusi itu didudukinya. Ayahnya hanya mampu menggeleng. Dah biasa dengan tingkah anak daranya ini. Kereta mula bergerak meninggalkan kawasan rumah.

"Kau ni, kak! Aku dah lambat nak pergi sekolah tahu!"

Dia memandang empunya suara di bahagian penumpang belakang. Siapa lagi kalau bukan adik lelaki bongsunya, Nuh Farhan. Jejaka berusia 17 tahun itu direnung tajam.

"Abah tak bising, kau nak bising kenapa?"

"Eh, aku ada kuiz pagi ni! Nak study dulu tau!"

"Itu kau punya masalah. Apa kaitan dengan akak? Malam tadi tak nak study pulak!"

"Eh, sudahlah! Pagi-pagi buta dah bergaduh!" Nada yang agak tinggi tercetus dari arah tempat duduk pemandu. Encik Faris sudah menunjukkan kuasa vetonya. Tajam matanya ditenung ke arah mereka berdua. Mujur sahaja kereta mereka tengah berhenti di lampu isyarat berwarna merah.

Kedua-dua anaknya itu menikus di tempat duduk masing-masing. Tak mampu nak mengeluarkan sebarang suara apabila ayahnya sudah marah itu.

Encik Faris menghela nafas perlahan.

"Maaf, abah tinggikan suara. Kamu berdua ni dah besar, behave la sikit. Dua-dua ada sebab tersendiri. Fatihah penat dengan sekolah sampai tak mampu nak gosok baju pastu Nuh pun sama sibuk dengan study kat sekolah sampai tak sempat nak ulangkaji. Abah nampak kamu berdua tidur nyenyak semalam sampai tak sanggup nak kejut. Tapi janganlah cari salah masing-masing. Dua-dua minta maaf, ya?" Lembut sahaja nasihat Encik Faris diberikan kepada kedua-dua cahaya matanya ini. Senyuman diberikan. Tenang pada pandangan mata.

Nuh mengeluh seketika. Faham akan keterlanjuran tingkah tadi. "Nuh minta maaf, Kak Fatihah," tangannya dihulurkan ke arah kakaknya itu.

"Ya, akak pun sama." Tangan adiknya disambut. Nuh mencium tangan kakaknya sekilas. Tergaris senyuman di wajah Encik Faris yang fokus pada pemanduannya.

Sekolah Menengah Aman Sentosa mula terpampang di hadapan mata. Tag nama di pasang di tudungnya.

Nuha Fatihah.

Segaris nama indah yang diberikan oleh kedua orang tuanya ditonjolkannya bangga.

"Fatihah pergi dulu, assalamualaikum." Tangan Encik Faris dicium. Dia pun meninggalkan Encik Faris dan Nuh Farhan yang sudah berlalu pergi dengan kereta. Adiknya itu bersekolah di sekolah yang berbeza dengannya.

Dia mengemaskan baju kurungnya yang berkedut sedikit akibat dihenyuk ketika duduk. Fatihah mula melangkah memasuki perkarangan sekolah menengah ini sebagai seorang guru bahasa inggeris.

🌸🌸🌸

KERETA itu masih tidak berganjak dari situ. Sejurus sahaja adik sepupunya mendekati pintu pagar Sekolah Menengah Aman Sentosa, matanya menangkap satu susuk tubuh yang turut memasuki sekolah itu. Hairan juga difikirannya apabila melihatkan pakaian yang dipakai orang tersebut.

'Awak ambil course pendidikan ke selepas kita konvo haritu? Bukan awak minat nak jadi engineer ke?' Getus hati Iskandar.

Mujur sahaja hari ini dia menurut permintaan mak saudaranya untuk menghantar adik sepupu lelakinya itu ke sekolah harini. Dia pun ingin ke Sabah kejap lagi disebabkan ada kerja di sana selama tiga hari. Jadi, dia tak sibuk untuk ke pejabat hari ini.

Tidak sangka dia dapat bertembung dengan Nuha pada harini. Jelas sekali Nuha ialah seorang guru. Takkanlah seorang jurutera berpakaian baju kurung dan tag nama dipinkan pada tudung itu berada di sekolah.

Jam dikerling sepintas lalu. Dua jam lagi dia akan berlepas ke Sabah. Kereta itu mula dipandu keluar dari kawasan sekolah terbabit.

Tanpa disedari, susuk tubuh yang giat diperhatikannya tadi turut perasan akan kelibatnya apabila kereta tersebut melintas di hadapan matanya.


.🌸🌸🌸.

Thanks for reading.
Vote and comment if you are interested.
17/09/2022-Sat

YESTERDAY, WE WERE IN LOVEWhere stories live. Discover now