tiga

7 3 0
                                    


SATU demi satu lauk diambil oleh Iskandar lalu diletakkan di atas pinggannya. Lapar sangat selepas habis kursus pada hari ketiga yang juga hari terakhir ini pagi tadi. Penat mengerah otak sampai perut pun minta diisi.

Dia mula duduk di tempat makannya apabila puas hati dengan hidangan bufet yang diambil. Keseorangan dia di sini sementalah dia sahaja wakil dari syarikatnya. Sebaik sahaja doa dibaca, tangannya lincah menggaul nasi. Tak berselera makan dengan sudu. Tak terasa nikmatnya.

"Eh, Iskandar!"

Namanya diseru dari belakang membuatkan suapannya terhenti. Dia berpaling ke arah empunya suara. Seorang lelaki berambut kerinting berwarna perang dan memakai kaca mata bulat berbingkai nipis itu tersenyum memandangnya. Dia mengamati wajah orang tersebut seketika. Cuba mengingati siapa jejaka tinggi lampai ini.

Lelaki yang memakai kemeja berwarna hijau tua itu mula melabuhkan punggungnya di kerusi kosong sebelah Iskandar. "Ni akulah. Mustakim. Takkan tak ingat? Kita serumah kut kat Jepun dulu."

Imbasan memori ketika di Jepun mula terlayar di benak fikirannya. Lantas Mustakim turut diingatinya.

"Weh, sorry terlupa. Lama kut kita tak jumpa. Kau pun nampak lain."

"Terasa jugak aku tapi bila ingat kau accident lepas sampai dari KLIA dulu tu aku biarkan jelah," Mustakim mula menggaul nasinya dengan sudu dan garfu. Dia pun baru hendak makan.

"Hrmm.., contact aku semua hilang masatu. Telefon kena curi kat tempat accident. Cepat diorang buat kerja."

"Oh... Panjang juga jodoh aku dengan kau, eh? Jumpa juga kat sini." Mustakim tersengih. Dah lama tak jumpa kawan satu rumah masa kat Jepun ni. Dialah keluarga dan sahabat masa tu. Sebagai anak manja keluarganya, Iskandarlah tempat dia melepas rindu tak dapat pulang berhari raya di tanah air. Biar tak nampak macho pun, asalkan dia mampu meluah isi hatinya itu pada seseorang dengan tangisan. Tenang sikit jiwanya selepas itu.

"Hahaha! Aku teringat muka cengeng kau dulu." Usik Iskandar pada sahabatnya ini.

"Itu cerita lamala. Tak payah nak ungkit balik. Aku pun dah ada anak bini pun. Kau tu bila nak kahwin? Cincin tak dipakai pun." Mustakim berhenti seketika apabila nasi ingin disuap ke dalam mulutnya.

"Takkan tak move on lagi?" Dia menyambung lagi kemudiannya.

"Kenapa pulak nak move on? Aku baru aje jumpa dia haritu." Mengingat akan hal itu Iskandar tersenyum. Pinggannya sudah licin menandakan makanannya sudah habis dimakan. Dia mengundurkan kerusinya.

Mustakim berhenti mengunyah. "Hah? Siapa?" Dipandang Iskandar dengan mata terbuntang.

"Siapa lagi? Nuha la. Takkan tak kenal?" Iskandar mula bangun dari duduknya. Waktu zuhur sudah mahu masuk jadi nak tak nak dia kena berlalu dari situ.

Mustakim yang terkaku di situ dipandangnya sekilas. Macam kena sampuk hantu pun ada. Bahunya disentuh menyentakkan Mustakim.

"Aku balik bilik dulu, ya? Zuhur dah nak masuk ni. Ni nombor telefon aku." Nombor telefon diisi pada sehelai tisu hotel yang tersedia di situ lalu diberikan kepada Mustakim.

"Ah? Ya." Mustakim yang masih separa sedar memerhati lipatan tisu yang diselit di bawah pinggannya itu.

"Assalamualaikum." Iskandar memberi salam lalu berlalu dari situ.

"Waalaikumussalam."

🌸🌸🌸

Satu paparan mesej dibuka. Jarang sekali orang mahu bermesej secara peribadi kepadanya. Bunyi notifikasi dari telefonnya biasanya dari aplikasi sosial ataupun mesej dalam ruangan grup. Sebab itu telefonnya jarang disentuh. Mesej dari Iskandar itu dibaca.

YESTERDAY, WE WERE IN LOVEWhere stories live. Discover now