BAB 02

65 31 2
                                    

KERTAS A4 bercetak itu direnung seketika hingga suara lain menegurnya. Baru dia sedar bahawa dia sudah membiarkan Encik Rizman, pekerja di syarikat yang sama menunggunya untuk masa yang agak lama. Encik Rizman memang dikenali sebagai kerani yang paling berpengalaman di syarikat tersebut.

Dek pengalaman dan teknik yang dimiliki lelaki itu, Encik Rizman diangkat sebagai ketua bahagian pengurusan kontrak pengesahan pengambilan bodyguard, termasuklah apa yang sedang dia lakukan sekarang. Menandatangani sebuah kontrak sebagai pengesahan dan bukti akan kerjanya kepada majikan baharunya.

Faith menarik nafas dalam. Kau buat semua ni sebab kerja, Faith. Dia kerja kau. Bukan kisah kau.

Lagi sekali nafas ditarik lalu tandatangan dijatuhkan, menyetujui syarat-syarat pemilikan sementara dan yang paling penting, penukaran majikan. Tapi Faith tak lupa, walaupun kontrak dan perbincangan menyatakan bahawa dia bertukar milik, Datuk Ghaffar masih memantau setiap pergerakannya.

"Ada sesuatu ganggu fikiran kau ke, Faith?" tanya Encik Rizman setelah selesai menyimpan kontrak yang sudah ditandatangani oleh Faith dan majikan baharu Faith yang dikenali sebagai Ayrana.

Faith tak membalas. Sejujurnya dia bingung. Haruskah dia menipu dan menambah beban di bahu kirinya? Atau jujur tentang fikirannya? Tak boleh! Dia tak mahu Encik Rizman atau sesiapa sahaja mengetahui dan terbeban dengan masalahnya. Cukup hanya dia yang tahu segalanya.

Kepala digeleng, menidakkan kata-kata Encik Rizman walhal fikiran sedang kusut memikirkan pelbagai hal. Encik Rizman tak lagi bertanya mahupun bersuara. Dibiarkan Faith yang seperti mahu menuntun keluar dari bilik kerjanya. Dia sedar akan perubahan pada jejaka yang sudah dianggap seperti anaknya sendiri. Tak selalu perilaku Faith berubah kepada pendiam kerana Faith seorang yang kuat berceloteh. Kecuali ada sesuatu yang sedang jejaka kelahiran Melaka itu fikirkan. Dan semestinya sesuatu yang besar.

Nafas dihembus buat kesekian kali. Entah berapa kali sudah dia hembus nafas hari ini sahaja. Namun kali ini, perasaannya bercampur aduk. Entah bahagia mahupun duka. Dia sendiri keliru dengan perasaannya. Kenapa selepas kehadiran gadis itu kembali, hidupnya yang selama ini tenang mulai kacau-bilau? Bukan fizikal yang terganggu namun mentalnya yang disentuh.

Faith memang sudah bersedia untuk menghadapi risiko itu, tapi jika sedianya runtuh, maafkan dia. Dia hanya seorang hamba yang lemah imannya.

"Ya Allah, Kau permudahkanlah kerja hamba-Mu ini," ujar Faith berdoa. Itu sahaja dia mampu lakukan selain melakukan sehabis baik.

+++

TAK perlu menunggu arahan, Faith sudah mengetahui apa yang harus dilakukannya. Bertemu dengan Datuk Ghaffar untuk menandatangani perjanjian persendirian.

Kereta berhenti di dalam kawasan rumah besar nan megah milik Datuk Ghaffar lalu dia keluar diikuti dengan debaran jiwa. Dia berharap sangat agar dia tidak bertembung atau hanya melihat kelibat gadis itu.

Namun, dia terlupa satu perkara.

Telefon pintar bergetar. Faith menyeluk poket seluarnya lalu gajet itu diambil. Skrin telefon terpampang nama Datuk Ghaffar. Nafas ditarik dan doa dibaca dalam hati, memohon agar Datuk Ghaffar tidak memetir di pagi hari.

Butang hijau diseret ke atas dan tak menunggu lama, telefon dilekapkan ke telinga.

"Kau dah sampai?" Tanpa salam, suara Datuk Ghaffar menyapa indranya. Mahu sahaja dia memberi ceramah percuma jika dia lupa siapa Datuk Ghaffar.

Dia berdeham sebentar sebelum menjawab. Seperti yang diduga, dia dipelawa masuk dengan cara lelaki itu sendiri.

Panggilan diputuskan oleh Datuk Ghaffar lalu dia melangkah masuk. Kedatangannya tidak disambut seperti selalu oleh Mak Cik Gayah. Mungkin wanita itu sedang bercuti. Desis Faith.

[ON GOING] MRS FAITH QALIEDYANWhere stories live. Discover now