BAB 6

94 9 0
                                    

AAISYAH


BERBANDING aku...

Ozan lebih tersepit.

Takkan aku tak tolong dia sedangkan dia, tanpa mengenali aku... Dia tolong lebih daripada apa yang sepatutnya dia tolong.

Kahwin?

Aku tak rugi apa pun sebenarnya. Aku dah ada anak. Bercerai, buat aku jadi janda. Lebih baik status janda daripada status perempuan yang dirogol sehingga melahirkan. Sekurang-kurangnya orang tahu aku dah kahwin walaupun tak tahu status Aayan tu.

Ozan yang lebih rugi berbanding aku. Bercerai, dia tak dapat apa pun. Dia dahlah bujang dan banyak potensi. Dia berkahwin dengan aku yang tak ada apa-apa. Hanyalah kisah hidup yang sedih aje.

"Aaisyah... Saya... Saya tak tahu!"

"Sebelum awak buat keputusan untuk berkahwin dengan saya, awak kena tahu... Siapa saya. Sebab kehidupan saya yang lalu... Bakal menyusahkan awak di kemudian hari. Saya tahu awak tersepit sekarang dan awak akan pilih apa saja pilihan yang membolehkan awak keluar daripada masalah ini dengan segera. Tapi, saya tak nak jerat awak dengan cara macam ni. Saya cerita ni bukan nak minta awak simpati tapi nak awak buat pilihan dengan bijak."

Ozan mendekati aku. Dia meletakkan barang-barang dia atas katil dan menyorong semula kerusi tadi... Mendekati katil aku.

"Saya tahu ini bukanlah kahwin betul-betul walaupun ianya memang betul. Yalah, kita nikah depan tok kadi, tapi... Hanya kita aje yang tahu arrangement ni. Dan lambat laun kita akan ikut haluan masing-masing. Tapi... Untuk hidup sebagai pasangan yang betul, awak perlu tahu siapa saya dan Aayan. Saya takut, awak menyesal buat keputusan tu nanti tanpa awak tahu siapa kami."

Sebelum mulakan cerita...

Aku menghela nafas berat.

Tak ada siapa tahu cerita aku dan Aayan kecuali Hana. Hana yang paling banyak tolong aku. Dia bukan aje kawan... Dia tu dah macam mak, kakak... Kadang-kadang Abang kawasan pun ada. Dia yang memulakan perniagaan food delivery aku selepas dia cuba merasa Gimbap yang aku buat pada pertama kali aku jumpa dia masa sambutan hari raya tahun pertama aku di Korea. Sejak itu, Hana menjadi kawan baik aku. Masa tu... Dia dah dua tahun di Korea.

"Saya macam Aayan..."

"Maksud awak?"

"Saya pun anak luar nikah sama macam Aayan. Saya ditinggalkan oleh mak kandung saya selepas dia melahirkan saya. Cuma saya tak tahu saya ni hasil daripada dia dirogol atau dia terlanjur. Dia tinggalkan saya kepada seorang nenek yang merupakan bidan yang menyambut kelahiran saya. Nenek tu yang jaga saya sampai saya besar."

"Oh... Sebab itu awak mahir tentang..."

Ozan buat gaya memerah tuala dan...

Mengelap pada dada dia.

Aku menggelengkan kepala...

Mamat ni kan!

Tak boleh ke dia lupa benda yang memalukan tu?

"Saya ada belajar sikit-sikit."

"Awak pernah cari mak kandung awak?"

"Tak pernah cari sebab tak tahu nak cari macam mana. Dia cuma tinggalkan saya sehelai selimut aje. Kalau dia tinggalkan nombor telefon, mungkin... Saya boleh Whatsapp dia."

"Aaisyah!"

"Soalan awak tu... Yang mengarut!"

"Awak pun faham kan maksud saya. Sengaja buat tak faham!"

MR. GROOMWhere stories live. Discover now