AAISYAH
AKU terjaga...
Sedar-sedar aku ada atas katil.
Aku pegang perut...
Agak kempis berbanding beberapa bulan yang dulu.
"Sarang? Mana Sarang? Where is my baby? Nae agineun eodie (mana bayi saya)?"
Aku mula menggelabah.
Aku cuba untuk capai loceng...
Tapi ada seorang lelaki, tiba-tiba bangun dari sofa dan menahan aku daripada bangun dari katil. Aku agak terkejut melihat dia yang ada dalam bilik tu.
"Awak... Sekarang awak ada kat hospital. Awak dah selamat melahirkan seorang bayi lelaki. Sihat dan sempurna. 3.5 kilogram. Awak perlukan rehat sekarang sebab... Awak dah kehilangan banyak darah. Kejap lagi saya akan panggilkan misi."
Kata-kata dia buat aku lebih tenang.
Aku ingatkan, aku dah kehilangan anak aku.
Dahaeng-ida (lega)!
Aku mula teringat tentang kejadian yang berlaku tadi...
"Helo... Aku kat depan rumah kau. Bukalah pintu. Sejuk ni..."
"Mianhae (maaf). Aku belum habis. Aku kat universiti lagi ni. Aku nak jumpa lecturer kejap, aku kena perbetulkan tesis aku. Kau pergilah lepak kat kafe depan jalan, nanti aku terus ke kafe ambil Gimbap tu."
"Hesy... Aku nak terus ke hospital ni."
"Kenapa? Kau nak bersalin dah ke?"
"Aku dah kena masuk hari ini."
"La... Pasai apa tak habaq kat aku? Kalau aku tau hang nak kena masuk hospital hari ini, aku tak suruh hang buatkan Gimbap. Aduh... Aku dah rasa bersalah dah ni. Sat-sat... Tunggu sat. Aku lari secepatnya."
"Mana boleh aku tolak oder daripada regular customer cum kawan baik aku. Cepatlah. Aku tak nak lambat."
"Yalah... Yalah. Aku on the way dah ni."
Haih...
Kalut betul Hana ni.
Bila dia kalut...
Mula dia cakap bahasa lidah dia.
Tapi...
Tak sempat Hana sampai...
Perut aku mula sakit.
Dan...
Tiba-tiba...
Kaki aku basah.
Air ketuban aku pecah dan aku... Sakit yang amat sangat sampaikan aku terpaksa ketuk pintu rumah sebelah. Dan... Seorang lelaki keluar dan nampak terpinga-pinga. Bila aku mula menjerit, dia terus menggelabah. Lepas tu, aku tak sedar apa-apa... Sehingga sekarang.
"Saya dah panggilkan misi... Nanti dia datang. Saya keluar dulu. By the way... Kawan awak ada datang tadi. Hana..."
"Errr... Mana dia tahu yang saya kat sini?"
"Telefon awak berdering dan saya jawab."
"Oh..."
"Dia minta saya tunggu awak sehingga dia sampai. Kalau dia tak sampai lagi, dia minta saya call dia kalau awak dah sedar. Patut ke saya call dia? Dia nampak risau sangat tadi."
"Ya... Dan terima kasih. Terima kasih banyak-banyak. Saya, Aaisyah."
"Saya..."
"Ozan. Betul?"
YOU ARE READING
MR. GROOM
RomanceSemua ini sebab mama. Kalau dia tak sibuk nak tunangkan aku dengan Elena, aku tak akan ikut idea gila Olive tu. "That's it... Kahwin kat sana dan bawa balik bini. An arranged bride. Balik sini, terus jadi CEO. Habis cerita. Tak ada siapa boleh kacau...