AAISYAH
MALAM ni... Aayan mula tunjuk hero kat omma dia. Setiap tiga ke empat jam dia bangun nak menyusu. Sampaikan aku rasa... Susu aku pun dah tak ada!
"Kalau macam ni setiap malam Aayan Faleeq... Omma kamu ni boleh jadi kering tau. Tak sempat nak proses, kamu dah bangun nak menyusu. Tapi, omma bagi peluang dua malam aje macam ni dengan kamu. Lepas, kita dah duduk dengan abah... Kamu tak boleh buat perangai macam ni, Aayan Faleeq. Malu kat abah! Jaga air muka omma ni sikit! Walaupun, omma tak belikan kamu barang-barang macam abah kamu tu... Omma sayang kamu lebih daripada orang lain."
Aku mengusap kening Aayan...
Terpejam-pejam mata dia sambil menyusu.
Geram!
"Dahlah omma banyak kerja nak buat hari ini. Kamu pula tambahkan kerja omma. Walaupun kamu baru aje berjumpa dengan abah kamu... Kamu dengan abah kamu memang banyak betul persamaannya. Dua-dua bagi omma banyak kerja!"
Tak boleh lupa aku bila Ozan membahasakan diri dia abah.
"Saya bakal ketua keluarga ni. Saya bakal suami awak, bakal abah Aayan. Saya tak rasa salah kalau saya nak yang terbaik untuk bakal isteri dan anak saya. Kan?"
"Abah?"
"Yalah. Atau... Perlu ke saya tanya awak, apa yang perlu Aayan panggil saya nanti? Saya nak dia panggil saya abah. Kena minta izin awak juga ke?"
"Hesy... Ikut sukalah. Ikut suka. Rumah, kereta... Jangan cakap awak nak wasiatkan dia semua harta-harta awak pula."
"Hmmm... Sebut pasal wasiat."
Mata aku dah terbeliak.
"Tak... Tak ada. Itu main-main aje."
Abah kamu memang suka nak buat omma sakit jantung. Haih... Abahlah sangat abah kamu tu, Aayan Faleeq. Untuk setahun aje pun... Tapi, dia punya lagak macam selamanya. Ambil ajelah peluang ini, Aayan Faleeq... Sebab selepas setahun, kamu hanya ada omma aje.
Sebenarnya... Aku tak marah pun dengan Ozan... Aku marah dengan diri sendiri. Aku yang tak mampu nak beli semua barang-barang tu untuk Aayan, tak pasal Ozan yang kena tempelak. Sepatutnya, aku kena bersyukur. Disebabkan Ozan... Aayan dapat segalanya.
Haih...
Banyak benda yang omma nak kena baca ni Aayan Faleeq. Kamu kena tidur lama sikit ya... Omma nak kena study ni. Aku ingatkan dah habis belajar, aku tak perlu nak membaca dah. Kahwin dengan anak keluarga chaebol (keluarga kaya). Memang banyak kena buat persediaan!
Aku membaca laporan yang disediakan Hakim dalam tablet komputer. Laporan tentang semua hal yang berkaitan dengan Ozan. Dah macam... Baca buku bibliografi. Aku kena hafal semua ini supaya aku tak nampak janggal nanti. Bak kata Hakim, keluarga Ozan pasti akan buat ujian sejauh mana aku kenal Ozan... Sebab dia orang kan kenal Ozan, takkan aku tak kenal suami sendiri pula?
"Pukul berapa ni?"
Hana menggosok matanya. Terpisat-pisat dia bangun dan berjalan ke arah aku. Aku duduk di atas sofa di ruang tamu sambil menyusu Aayan tadi. Tak sanggup aku nak keluar masuk bilik... Menganggu Hana tidur aje.
"Baru pukul 4 pagi..."
"4 pagi dah?"
"Haah... Kau terjaga sebab bising eh? Mianhae (maaf). Pergilah tidur balik, awal lagi ni. Aku baru sudah menyusu Aayan dan dia pun tengah tidur. Sementara dia tengah tidur, baiklah kau tidur."
Malam ni saja dah tiga kali Aayan bangun menyusu. Sedap sangat susu omma ya? Aku meletakkan bantal di sekeliling Aayan dan bangun... Menarik kerusi meja makan dan duduk depan Hana. Hana dah mula hidupkan komputer riba dia tu. Sahih... Dia nak buat kerjalah tu.
YOU ARE READING
MR. GROOM
RomanceSemua ini sebab mama. Kalau dia tak sibuk nak tunangkan aku dengan Elena, aku tak akan ikut idea gila Olive tu. "That's it... Kahwin kat sana dan bawa balik bini. An arranged bride. Balik sini, terus jadi CEO. Habis cerita. Tak ada siapa boleh kacau...